Rain memandang Liya yang manis bertudung litup itu.Sejuk hatinya memandang penampilan isterinya.
"Awak sihat?"soal Rain.
Liya tersedar dari lamunan.
"Sihat Alhamdulilah..."jawab Liya dengan nak tak nak.
Rain tersenyum.
"Alhamdulilah...lega saya dengar...saya nak cakap sesuatu dengan awak boleh?"soal Rain.
"Minta maaf saya sibuk..."ucap Liya.
Rain menundukkan wajahnya dan tersenyum senget.
"Takpe...saya faham...kalau awak sibuk saya minta diri dulu... Asalamualaikum..."ucap Rain berjalan melepasi Liya.
Liya berpaling
"Apa awak buat dekat sini?"soal Liya.Pelik kalau lelaki itu datang ke sini hanya untuk berjumpa dengannya.Kerana sebelum ini lelaki itu tidak kelihatan disini.
Rain berpaling dan memandang isterinya.
"Saya ada urusan dekat sini...jumpa kawan saya.."ucap Rain menipu.
Liya mengecilkan matanya.Dia tak percaya apa kata lelaki itu.
"Kenapa awak jumpa keluarga saya?"soal Liya pada Rain.
"Sebab saya nak betulkan kesilapan saya pada awak.Untuk saya minta maaf pada semua yang terluka sebab saya..."ucap Rain tenang.
Liya pelik dengan perubahan sikap "suaminya".Mana pergi Rain yang suka mendesak dan memaksa dia.
"Perlu ke?"soal Liya.
Rain tersenyum manis.
"Perlu....sebab puncanya saya.Jadi pengakhiran pun saya...saya ingat nak bincang pasal perkahwinan kita tapi awak nampak sibuk jadi saya rasa mungkin lain kali.Saya minta diri"ucap Rain terus meninggalkan lobi utama Institut Kanser Negara itu.
***************
Rain sampai di rumah lebih awal.Harini sengaja dia tak masuk ke restorannya.Dia perlukan rehat.Dia perlukan seseorang untuk dia luah apa yang sedang dia lalui sekarang?.
Datin Fazira sudah bersiap-siap mahu keluar.Dia melihat Rain termenung berseorangan di ruang tamu rumah.
"Rain....awal balik? Tak pergi restoran ke?"soal Datin Fazira.
"Entah...Rain penat..nak rehat..dekat rumah..."ucap Rain perlahan.
Datin Fazira menyentuh bahu Rain.
"Are you okay?"soal Datin Fazira.
Rain mendongak.
"I'm fine... Bonda cantik-cantik nak keluar ke?"soal Rain melihat penampilan Datin Fazira nampak lain.
"Ya... Bonda nak jumpa klien dari Singapore harini..mungkin lewat sikit balik lepas magrib"ucap Datin Fazira.
"Okay...take care.Rain nak naik bilik...."ucap Rain bangkit berjalan ke arah lif.
Datin Fazira terus keluar meninggalkan rumah.
Rain mengeluarkan ubat diletakkan atas meja depan cermin.
Dia meraup wajahnya sambil membuka butang bajunya untuk mandi bersihkan diri.
Pancuran air dibuka dan dia membiarkan sahaja air membasahi tubuhnya.Bahunya terlalu berat dengan beban.Fikirannya terlalu serabut sekarang.
**********
Liya termenung memandang luar rumahnya mengambil angin malam.
"Sebab saya nak betulkan kesilapan saya pada awak.Untuk saya minta maaf pada semua yang terluka sebab saya..."
Liya berdecit sikit memikirkan tentang pertemuan dengan Rain pagi tadi.
Dia menggigit jarinya.Dia tak sedap hati sebenarnya.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Dr Nathan.
Dia menunggu untuk beberapa saat.
"Hello....Dr Nathan...boleh tak kalau saya borak kejap"ucap Liya.
"Boleh...borak pasal apa?"soal Dr Nathan yang sedang duduk sambil menonton televisyen.
"Pasal Rain..."ucap Liya.
Dr Nathan memperlahankan suara televisyen.Dia fokus pada panggilan Liya.
"Kenapa dengan Rain? Awak ada jumpa dia ke?"soal Dr Nathan.
"Saya ada jumpa dia tapi...saya jumpa dia dekat IKN pagi tadi.Dia ada kawan yang kerja sana ke?"soal Liya bagi memastikan sesuatu.
Dr Nathan mengerutkan dahi.
"Saya tak sure...pulak"ucap Dr Nathan.
"Kenapa dia nampak lain? Maksud saya dia nampak kurus? Dia sakit ke?"soal Liya pada Dr Nathan.
Dr Nathan mengeluh berat.
"Macam ni Liya....Rain sejak kebelakangan dia sibuk dengan kerja mungkin salah satu faktor kenapa badan dia susut.Tambah lagi dia kurang rehat..sejak sebulan lepas kejadian korang nikah dulu... I think you should ask him about it"ucap Dr Nathan.
"Saya fikir dia nak paksa saya ikut dia pagi tadi macam dia pernah buat dulu.Tapi dia macam bukan diri dia...awak faham maksud saya kan Dr Nathan?"soal Liya.
"Saya faham Liya....tapi macam yang saya cakap awak kena jumpa dia dan bersemuka dengan dia.Mungkin ada yang dia cuba nak cakap dengan awak"ucap Dr Nathan.
Liya mendiamkan diri.
***********
Rain berpusing ke kiri dan ke kanan tapi dia masih tak boleh pejamkan matanya.Jam dah menunjukkan jam dua pagi.
Dia bangkit dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Dia menunaikan solat hajat,solat tahajud dan solat taubat dalam keheningan pagi dia mengadu pada maha pencipta.
Dia mengambil telefonnya dan melihat gambar Liya yang dicuri-curi diambil masa Liya menjaganya dulu.
"Kenapalah aku terpaut dengan kau....mungkin melepaskan kau lebih membahagiakan kau.."ucap Rain.
Besok dia ada appointment lagi dihospital kalau tak cukup tidur mungkin dia akan kepenatan terus.
Dia membuka songkok dikepalanya dan diletakkan atas meja solek.
Dia cuba merehatkan diri walaupun matanya tidak boleh dilelapkan.
**********
Liya membeli roti dan kopi terlebih dahulu untuk sarapan pagi memandangkan pesakitnya lambat harini untuk temujanji.
Dia berjalan mahu keluar dari Cafe ternampak Rain lalu didepannya menuju ke lif utama.
Dia mengikut langkah kaki Rain sampai di lif dia tidak sempat mengejar.Dia mengambil lif yang seterusnya dan tingkat yang lelaki itu pergi tadi adalah Jabatan Perubatan Nuklear.
Dia sampai di sana matanya melilau mencari dimana perginya Rain.Dari jauh dia nampak Rain sedang duduk sambil menyilangkan kakinya.
"Apa dia buat dekat sini?"soal Liya dalam hati.Hatinya mula keruan memandangkan tempat ini bukan untuk orang sebarangan.Bermaksud Unit Perubatan Nuklear tempat dimana untuk mengesan kanser dan perawatan kanser.
Dia mahu menapak tapi tiba-tiba Rain bangkit dan mengikut seorang jururawat yang bertugas untuk ke bilik rawatan.
Kakinya terhenti.
Rain berbaring dalam Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).Mesin gelung berwarna putih itu.Ini merupakan pengalaman pertama kalinya atas saranan doktor untuk mengesan apa yang berlaku pada badannya waktu ini.
"Aku redha Ya Allah...." ucapnya dalam hati.
Perasaan gugup dan gementar hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa takutnya dia.Dia memilih untuk bertenang.
Liya sedikit terganggu harini ini.Serba serbi yang dia buat semuanya seakan tidak kena.Fikirannya memikirkan tentang Rain.Mustahil lelaki itu datang ke sini semata-mata nak jumpa kawan.
"Ya Allah apa sebenarnya yang berlaku sekarang ni?"soal Liya dalam hati.
Dia menghubungi nombor Dr Nathan.
**********
Enjin kereta dimatikan.Dia gagahkan diri juga untuk datang ke restoran harini.Rasanya berlambak kerjanya atas meja menanti untuk diselesaikan.
Walaupun dia penat sebenarnya balik dari hospital tadi.Dia melangkah masuk ke restorannya.
Dia menutup pintu pejabatnya.Alat kawalan penghawa dingin diambil dan dikuatkan sedikit.Kerana kesan MRI tadi membuatkan dia panas.
Kancing butang bajunya dibahagian atas dibuka.Dia mengambil beberapa fail yang ada untuk menyelesaikannya terlebih dahulu.
Pen ditangannya dipusingkan sambil meneliti setiap satu kertas didepannya.Kepalanya mula rasa sakit.Dia membuka laci dan mengeluarkan ubat yang diberi oleh doktor padanya.
Dia menelan ubat dan air mineral diteguk perlahan bagi melepaskan ubat pada tekaknya.
Dia meletakkkan pen atas meja.
Dia menekan interkom yang disambung ke dapur masak.
"Hello...saya nak rehat kejap...nanti kalau dah nak closing bagitahu saya kalau ada supplier nak jumpa bagitahu saya busy...jumpa hari lain...."pesan Rain.
"Baik Tuan..."ucap krew restoran.
**********
Ketukan pintu pejabatnya menyedarkan dia yang sedang lena tidur disofa.Dia memicit kepalanya.Dan melihat jam sudah pukul sebelas malam.
Bermakna hampir lima jam dia tidur atau pengsan sebenarnya pun dia tak pasti.Pintu diketuk lagi sekali.
"Kejap!!!"jerit Rain dari dalam bilik pejabatnya.Dia membuka pintu dan mengerutkan dahi seribu.Dia mimpi atau dia dah mati?.Liya berada didepannya sekarang?.
"Liya awak ke ni?"soal Rain dengan keliru.
Liya memandang lelaki itu yang rambutnya kusut dan muka serabai seperti orang baru bangun tidur.
"Kenapa Dr Nathan telefon awak tak angkat?"soal Liya dengan nada marah ataupun lebih pada risau.
Rain berpaling dan mencari telefon pintarnya yang berada atas meja.Dia memeriksa skrin telefon terdapat banyak panggilan masuk.
Macamana dia boleh tak dengar?.Dia berpaling dan memandang Liya semula.
"Sorry....saya betul-betul tak dengar telefon bunyi...."ucap Rain terhenti sebaik sahaja Liya memeluk tubuhnya.
Rain tergamam dan mengeraskan tubuhnya.
"Liya....."ucap Rain sambil menarik tangan Liya untuk melepaskan pelukan ditubuhnya tapi Liya tidak mahu lepas.
"Kenapa?"soal Liya.
"Kenapa apa?"soal Rain semula.
"Awak sakitkan kan?"soal Liya pada Rain.
Rain mengigit bibirnya menahan diri.Dia membisu.
"Kenapa awak diam?"soal Liya lagi sekali.
Rain memejamkan matanya.
"Tak....saya tak sakit...cuma saya tak sihat je..."ucap Rain dengan perlahan.
"Bukan sama je ke?"soal Liya melepaskan pelukan ditubuh Rain.Dia mendongak memandang wajah itu.
Rain mengelak dari memandang terus pada Liya.
"Saya rasa awak patut balik..."ucap Rain pada Liya.
Liya menyentuh wajah itu.Tangannya terasa bahang menyentuh wajah "suaminya".
Pandangan mata mereka bersabung seakan ada tarikan kuat yang menarik.
Rain mendekatkan wajahnya pada bibir isterinya.Tapi dia baru sedar yang dia tak patut lakukannya.
Liya menarik kolar baju Rain dan dia menyentuh bibir suaminya.
Rain terkejut tapi dia memejamkan matanya rapat.Dia menolak tubuh Liya secara perlahan ke arah sofa berdekatan.Rindu yang mereka tangguh selama ini mula berlingkar.
Selepas menghantar Liya untuk berjumpa Rain, Dr Nathan mengeluarkan sebatang rokok menjadi pengawal keselamatan tak bertauliah diluar restoran milik Rain itu.Risau pulak dia kalau-kalau kena tangkap basah pulak dua orang dalam ni.
"Alasan mengapa sangat menyakitkan untuk berpisah adalah karena jiwa kita terhubung."
"Alasan mengapa sangat menyakitkan untuk berpisah adalah karena jiwa kita terhubung."
Share this novel