Beberapa bulan berlalu dengan sangat cepat....Baru rasanya semalam dia berada dalam bilik pembedahan.
Rain terasa badannya kembali segar pagi ini.Earpod dipasangkan ditelinganya untuk memulakan rutin setiap minggunya.
Dia melakukan jumping jack dan beberapa gerakan menggunakan dumbbell.Ternyata dia tidak mudah penat sekarang.
Itu adalah pencapaian yang luar biasa baginya.Berat badannya dah kembali kepada asal.Kali ini Rain yakin sel-sel kanser dalam dirinya sudah dibunuh.Dan dia berharap kenangan hitam itu tidak datang lagi.
Rain seterusnya melakukan push up dan beberapa latihan high intensity training untuk stamina badannya.Peluh mula membasahi wajahnya dan badannya yang hanya memakai sleeves sahaja.
Dia bangun mencapai tuala dan mengelap wajahnya.Dia terpandang pada kalendar yang digantung oleh Liya dalam bilik.Dia mendekatkan dirinya dan tulisan pada kalendar itu menarik perhatiannya.
" Our 1st Anniversary "
"Journey to meet our little junior"
Rain tersenyum.Dia fikir Liya lupa tentang tarikh pernikahannya dulu.Not bad.
"Sayang...."panggil Liya yang membawa air untuk suaminya.Dulang yang dipegang diletakkan atas meja.Dia memerhati suaminya yang sedang khusyuk menghadap kalendar yang tergantung didinding.
Sentuhan tangan Liya mengejutkan Rain.Dia membuka earpod ditelinganya dan memandang isterinya.
"Sorry... Sayang... panggil ke?"soal Rain meminta maaf.
Liya tersenyum.
"Liya panggil tapi tengok awak khusyuk menghadap kalendar tu.Kenapa?"soal Liya.
"Ahhh...takdelah Saya tak sangka awak ingat tarikh kita nikah dulu"ucap Rain.
Setelah hampir setahun Liya berkahwin dengannya, terlalu banyak pengorbanan dan airmata yang Liya lalui.Isterinya cukup sabar dengannya walaupun kadang rasa bersalah itu ada pada orang yang dia sayang ini.Nasib Liya tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang mengandung.
Rain berdiri dibelakang Liya.Tangannya memeluk perut Liya yang memboyot itu.
Liya menyentuh wajah suaminya.Kumis mula tumbuh dan badan suaminya sudah semakin sihat dan tegap.
"You know you look so sexy when you workout"ucap Liya memuji suaminya.
Rain mencium rambut isterinya yang harum itu.
"Tapi saya tak cukup sexy macam Nathan...boleh angkat barbell"ucap Rain.
Liya tergelak kecil.
Perlahan-lahan dagu Rain jatuh pada bahu Liya.Liya mengetap bibirnya.
Rain masih ingat saat dia berada dalam bilik pembedahan dulu.Dia paling takut kalau sesuatu terjadi padanya.Dia banyak berserah pada Allah supaya melindungi dia dan keluarganya.
Sabarnya Liya tidak mampu dibayar dengan duit.Malah kalau perlu gadaikan nyawanya dia sanggup kerana Liya sudah jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sangat baik.
Liya berpaling dan tangan suaminya merangkul pinggang Liya.
Ada peluh yang mengalir pada wajah suaminya serta bau badan Rain yang maskulin sering kali menggetarkan hati Liya.
Sepanjang Rain dihospital tidak ada sesiapa yang melawat kecuali keluarga terdekat dan rakan yang mengenali mereka sahaja.
"Awak fikir apa?"Liya cuba meneka apa yang berada dalam fikiran Rain.
Rain tersenyum tidak memberi jawapan.Mata mereka bersabung tanpa sepatah kata.
Liya memeluk tubuh itu.Rasa tenang dan damai.Dia rasa bersyukur dapat mendengar degupan jantung suaminya yang masih lagi berdetak.
Setiap pagi mesti perkara yang wajib dia buat adalah memastikan suaminya dalam keadaan baik baru dia rasa lega.
Tangannya merangkul leher Rain.Dia lega tiada lagi benjolan kecil itu.Akhirnya dia boleh bernafas seperti biasa.
*************
Rain menyarung baju melayu kuning air yang digosok Liya untuknya.Liya yang baru selesai pakai selendang menuju ke arah suaminya yang sedang bersiap bersama butang baju melayu ditangannya.
Liya menarik badan suaminya menghadapnya.Tangannya mengemaskan baju melayu itu.Dan memasangkan butang pada baju melayu suaminya.
Tangan nakal Rain menarik pinggang Liya lebih rapat padanya.
"Awak...ni..jangan macam ni..kita nak pergi majlis Effa dengan Dr Nathan nanti lambat..."ucap Liya.
Rain tersenyum manis.
"Alah...biarlah...bukannya tak boleh nikah kalau tak ada kita...bagilah kita ni...nak sweet-sweet.Lepas ni awak akan berpantang..dan awak ada pengganti saya yang baru"ucap Rain.
Liya menjelingkan matanya.Dada Rain ditumbuknya.
"Kenapa cakap macam tu?"soal Liya marah.
"Betullah lepas ni junior saya keluar...awak mesti tak layan saya....punya..."ucap Rain.
Liya mendengus perlahan.
"Awak ni kan jangan fikir yang merepek boleh... pandailah saya bahagikan masa saya dengan awak..."ucap Liya.
Liya mencapai songkok diatas katil dan dipakaikan atas kepala Rain.
Rain membelek rupanya di cermin.Rasa lama dia tidak mengenakan baju melayu lengkap.
"Tak sangka segak juga saya macam Beto Khusyairi tak?"soal Rain pada Liya.
Liya membuat muka malas layan dia terus berpaling dan mengambil beg tangannya.
"Dah jom lambat nanti..."ucap Liya terus keluar dari bilik.
***********
Majlis pernikahan Dr Nathan dan Effa berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam.
Liya duduk disamping pengantin perempuan manakala Rain menemankan Dr Nathan sebagai saksi.
Dr Nathan nampak lain dari biasa.Ini baru pertama kali Liya melihat Dr Nathan berbaju melayu putih lengkap dengan sampin.
Effa manis dengan persalinan baju kurung Pahang berwarna putih juga.
Dr Nathan menghulurkan tangan pada Tok kadi.
"Yusuf Nathan Bin Omar Abdullah aku nikahkan dikau dengan Nur Effarina Binti Majid dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai"
Dengan sekali lafaz Effa menjadi milik Dr Nathan.Dia mengucap syukur dan memeluk tubuh kawan baiknya itu.
Dr Nathan memeluk Rain disebelahnya.
"Tahniah.....dah jadi suami...."ucap Rain bisik pada Dr Nathan.
Liya memandang pancuran air yang ada di masjid itu.Dia kagum dengan seni binanya.Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru.
Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun.
Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.
Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.
Rain mendekati Liya yang tersenyum sorang-sorang.
"Sayang....orang sibuk ambil gambar dekat sana...awak dekat sini?"soal Rain.
Liya tersenyum sahaja.
"Saya rasa seronok tengok Effa dan Dr Nathan tadi"ucap Liya.
Rain berdeham.
"Awak nak macam tu jugak ke?"soal Rain pada isterinya.
Dia tahu tiada wanita yang tidak mengimpikan sebuah perkahwinan dan majlis pada hari bersejarah.Mereka dulu pun kahwin koboi sahaja.
Dan mungkin Liya mengimpikan impian seperti itu.
"Takdelah... Saya okay...jom..."ucap Liya berjalan meninggalkan Rain dahulu.
Rain menoleh memandang isterinya.Dia berlari mencapai tangan Liya.
************
Liya menutup tingkap biliknya memandangkan sudah mahu petang.Dia memandang suaminya yang masih lena.Sejak balik dari rumah Effa tadi Rain kata dia penat.
Liya mendekati katil dan duduk disisi suaminya.
"Awak....awak..."panggil Liya.
Rain tidak terjaga dengan panggilan isterinya.
Liya mengoncang badan Rain beberapa kali.Hatinya mula tidak sedap.
"Rain.... Rain...."panggil Liya dengan perlahan.
Airmatanya terus mengalir lebat.
"Rain.!!!!.... Rain!!!!!...."Liya terus meraung kuat memegang pipi suaminya.
Dia memeluk tubuh itu menangis semahu-mahunya. Rain sihat je... Kenapa? Kenapa ini terjadi?.
"Awak mungkir janji awak..."ucap Liya menangisi tubuh itu.
Azan asar pun berkumandang.....
Tidak ada seorangpun yang tahu apa yang akan diusahakannya besok. Dan tidak ada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal
Tidak ada seorangpun yang tahu apa yang akan diusahakannya besok. Dan tidak ada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal
Share this novel