Dia tak sangka kini dia berada dalam mahligai milik keluarga lelaki itu.Dia memandang sekeliling sunyi sepi tanpa apa-apa bunyi.
Dia memandang gambar yang terletak ditengah rumah.Dia mengamati gambar itu.Seorang lelaki dengan seragam juruterbang dengan senyuman penuh menarik perhatiannya.
Jadi dia pilot?.Liya memandang sekali lagi.Memang patut pun senyuman dia hilang kerana ini.
"Minta maaflah...buat kamu tunggu lama"ucap Datin Fazira menghidangkan minuman buat tetamunya.
"Takpe Datin saya faham.."ucap Liya.
"Kamu datang sini naik apa? Saya tak nampak sebarang kenderaan dekat luar?"soal Datin Fazira.
Alamak? Takkan aku nak cakap yang aku...tak boleh bagitahu je perkara yang betul.
"Ahhh...saya naik teksi datang sini..tapi mulai esok saya datang naik motor"ucap Liya.
Datin Fazira mengerutkan dahi.
"Kenapa tak naik kereta? Dalam resume awak ada lesen kereta kan? Bukan apa bahaya orang perempuan naik motor"
Liya rasa panas mukanya.Walaupun penghawa dingin rumah ini agak kuat.
"Erm... sebenarnya lesen kereta saya kena gantung...sebab saya ada langgar jiran saya punya kereta...dia report polis..jadi sementara ni saya bawa motor je boleh.."terang Liya walaupun terpaksa pusing cerita.Takkan dia nak bagitahu yang lesen dia kena tarik gara-gara kemalangan itu.
"Ohh...takpelah...nak buat macamana... jemput minum.."ucap Datin Fazira menghulurkan gelas air oren itu.
Liya mengambilnya dan membasahkan tekaknya yang kering.
"Saya dah tengok resume awak...dan saya dah bincang dengan bekas suami saya..untuk upah awak sebagai petugas fisioterapi untuk anak lelaki saya..tapi saya ada lebihkan skop kerja saya harap awak tak kisah.."ujar Datin Fazira.
"Saya okay... Datin boleh teruskan..."ucap Liya.
"Saya nak awak tolong kembalikan anak saya macam dulu...saya dah putus asa tak tahu nak buat apa dengan dia.."luah Datin Fazira.
Liya rasa sebak melihat luahan perasaan Datin Fazira didepannya.Dia menundukkan wajahnya dan memegang tangannya.
"Saya akan cuba sedaya upaya saya..tapi boleh saya tahu...waktu kerja saya macamana?"soal Liya.
"Saya bagi awak tiga hari dulu. masuk pukul lapan pagi dan awak balik pukul lima petang.. untuk cuba..sebab sebelum ni ramai yang tak sampai tiga hari lari..sebab tak tahan dengan mulut anak saya"ucap Datin Fazira.
Liya mengangguk perlahan.
"Kalau macam tu saya anggap awak setuju.. nanti saya bagi kontrak dekat awak.. sekarang...saya bawa awak jumpa dengan anak saya...dan saya akan kenalkan awak dengan doktor peribadi dia..."ucap Datin Fazira.
"Kejap... doktor peribadi...tapi kenapa Datin upah untuk petugas fisioterapi?"soal Liya.
Datin Fazira senyum.
"Sebab kadang dia tak selalu ada dekat sini...jadi saya perlukan pembantu untuk dia.."terang Datin Fazira.
Datin Fazira menunjukkan jalan untuk ke bilik lelaki itu.Liya memegang tali begnya kuat menaiki lif rumah itu.Dia melihat Datin Fazira menekan nombor dua
"Jadi kalau dia nak pergi tandas ke macamana?"soal Liya.
"Itu awak jangan risau...bekas suami saya ada...Dr Nathan pun boleh tolong..awak cuma perlu pulihkan semangat dia...dan yakinkan dia boleh sembuh.Dan awak kena banyak bersabar"ucap Datin Fazira merenung pada wajah Liya.
Liya mengangguk perlahan.
Pintu lif terbuka dan dia keluar mengikut langkah kaki Datin Fazira yang berhenti didepan pintu bilik kayu itu.
Tok! Tok!
Ketukan diberikan dua kali oleh Datin Fazira seakan perlu meminta izin masuk dalam gua berpenghuni.
"Ada seseorang yang Bonda nak kenalkan"ucap Datin Fazira.
"Alright Datin"sahut Dr Nathan di dalam bilik itu.Pintu dibuka dan dada Liya bergerak pantas seiring nadinya sekarang.Nak lari tak boleh lari dah...
Liya mendekati pintu itu masuk.
"Rain dan Dr Nathan..Kenalkan ni petugas fisioterapi yang baru Nuryn Eliya.Tapi panggil dia Liya"ucap Datin Fazira pada mereka yang ada di dalam bilik itu.
Liya menunjukkan muka senyum pada lelaki yang sedang duduk atas kerusi roda dengan wajah bengis dan mencuka.Manakala disebelah lelaki itu ada seorang lelaki tinggi lampai berpakaian biasa mungkin itu Dr Nathan.
"Asalamualaikum....saya Nuryn Eliya.. Tuan boleh panggil Liya.Kali terakhir dia melihat lelaki ini gaya rambutnya pendek dan kemas.Kini penampilan itu nampak kusut dan penuh dengan kumis yang mula tumbuh.
"Walaikumusalam...."jawab lelaki itu dengan suara parau dan agak menakutkan Liya.
Dr Nathan maju dan bersalaman dengan Liya.
"Nice to meet you...Liya.."ucap Dr Nathan.
Liya tersenyum sahaja kerana dia agak kekok kerana diperhati oleh lelaki depannya itu.
"Baiklah... Liya saya akan tinggalkan awak dengan Dr Nathan untuk bercakap pasal rutin harian dan keperluan Rain yang awak perlu tahu"ucap Datin Fazira.
"Bonda....tak perlu nak over...Rain bukan lumpuh otak pun nak cakap macam tu..."ucap Rain.Dia memandang gadis depannya itu dengan rambut panjang tidak berikat dan berpakaian kemeja putih dan berseluar warna maroon gelap.No common sense... fashion terrorist...
Datin Fazira mengeluh dan memandang gadis itu sebelum keluar dari bilik itu.
Liya berpaling memandang Datin Fazira keluar dari situ.Kini tinggal dia dan dua lelaki dalam bilik itu.
Walaupun pintu terbuka tapi dia rasa tak mampu bernafas dengan cara yang betul.
"Okay.... Liya you come with me...Rain waits here.."ucap Dr Nathan pada Rain.Liya mengikut langkah Dr Nathan.Disebalik bilik itu terdapat satu bilik lagi yang dikawal ketat.
Buku berwarna hitam itu diserahkan pada Liya.
"Dalam buku ni semua tercatat rutin harian Rain.Dari segi ubat pun ada dalam ni.Jadi saya buat kerja yang berat je.."ucap Dr Nathan menunjukkan salinannya.
Liya memandang senarai itu.
"Maksudnya saya kena kawal ubat dia?"soal Liya.
"Setiap ubat dah ada label dia..ubat kejang, ubat saraf...untuk kuatkan balik dia punya muscle...lepastu kalau dia perlukan ubat tahan sakit..awak boleh bagi kalau dia..minta...usahakan jangan bagi dia ambil ubat tidur...nanti buruk hari awak nanti.."ucap Dr Nathan menunjukkan jenis ubat yang diperlukan lelaki itu.
Liya menelan air liurnya.
"Banyak yang saya perlu ingat?"soal Liya.
"Don't worry... Liya semua sudah ditulis.Dia mungkin tak nak makan ubat yang awak akan bagi.Tapi awak jangan risau...awak akan dapat nombor saya.. kebanyakan pesakit sekitar kawasan ni..jadi saya takkan jauh..."terang Dr Nathan dengan jelas.
"Macamana kalau dia...nak..."ucap Liya menunjukkan gaya orang nak membuang.
Dr Nathan gelak.
"Don't worry...awak tak perlu uruskan perkara tu..."ucap Dr Nathan.
Jadi apa tujuan dia datang sini? Kalau setakat nak fisio rasanya dalam satu hingga dua jam saja.
"So why am I here?"soal Liya pada Dr Nathan.
"To cheer him"ucap Dr Nathan pendek.Liya menangguk perlahan.Tiba-tiba terdengar bunyi walkie-talkie dari Dr Nathan.
"Nathan boleh minta Liya turun ke bawah"arah Datin Fazira.
"Baik Datin.."balas Dr Nathan.Dia mematikan walkie-talkie.
Liya senyum.Nampaknya dia kena turun ke bawah.Dia keluar dari bilik itu dan terserempak dengan lelaki yang dia gelar Jebat rupanya orang panggil dia Rain.
Rain memandangnya lagi.
"Erm...tumpang lalu Tuan...Datin nak jumpa saya..."ucap Liya berjalan melepasi Rain.Tapi tangan lelaki itu memegang tangan Liya.
Liya agak terkejut.
"Aku akan pastikan kau takkan tahan dengan aku.."ucap lelaki itu.
Liya hanya menghadiahkan senyuman sebelum dia menarik kembali tangannya.Dia keluar dari situ.Rain memejamkan matanya dan menikmati haruman itu.Dia seakan pernah bau tapi otaknya tak ingat dekat mana.
Liya turun ke bawah melalui tangga.Datin Fazira memandang Liya.
"Kenapa tak guna lif?"soal Datin Fazira.
"Erm... takpe... tangga lagi laju turun.."ucap Liya.
"Dr Nathan dah jelaskan pada awak semuanya"ucap Datin Fazira.
Liya mengangguk laju.
"Good...jom ikut saya..."arah Datin Fazira.Dia hanya membuntuti langkah itu.
"Ini dapur rumah ni...kalau awak nak apa-apa ambil je..saya tak kisah...kalau nak masak pun terpulang...kenalkan ni Kak Anim..yang akan menguruskan hal dekat dapur...saya jarang ada dekat sini... kadang-kadang bekas suami saya akan datang lawat Rain..jadi saya harap awak pandai bawa diri..."ucap Datin Fazira.
"Insyallah...Datin..."ucap Liya.
"Kalau macam tu jom saya dah sediakan kontrak untuk awak tanda tangan.."ucap Datin Fazira kembali ke ruang tamu.
Liya menadah tangannya meminta supaya jangan rahsianya terbongkar.Dia cukup takut sebenarnya tapi melihat kesungguhan Datin Fazira untuk pulihkan Rain.Dia sanggup terjun ke kandang buaya.
Pintu rumah besar itu terbuka muncul seorang lelaki sebaya dengan umur Daddynya.Lelaki itu menghampiri mereka berdua.
"Petugas baru lagi?"soal lelaki itu.
Datin Fazira memandang sekilas sahaja.
"Kenalkan Liya ni bekas suami saya...Datuk Tuah Farid..."ucap Datin Fazira.
Liya berjabat tangan dengan lelaki itu.
"Rain ada dekat atas ke?"soal Datuk Tuah.
"Ada dengan Nathan"ucap Datin Fazira.
Datuk Tuah terus menuju ke arah lif.Nampaknya hubungan keluarga ini tidak berada baik.Dia dapat menghidu sesuatu yang kurang enak.
"Ni kontraknya Liya..."Datin Fazira menyerahkan kertas berwarna putih itu.
Liya menyambut dan membaca isi kontrak itu.
"Sekiranya berlaku apa-apa...atau awak ada kecemasan maklumkan pada saya atau kalau saya tak dapat dihubungi awak boleh contact Dr Nathan "ucap Datin Fazira.
Liya mengangguk perlahan.Dia membuka penutup pen itu dan menurunkan tanda tangan atas kertas itu.
Dan saat itu dia sudah mengadaikan masa depannya untuk lelaki itu.Demi sebuah kemaafan dan pengampunan.Dia perlu hadap semuanya...
Dan saat itu dia sudah mengadaikan masa depannya untuk lelaki itu.Demi sebuah kemaafan dan pengampunan.Dia perlu hadap semuanya...
Share this novel