Liya melihat jarinya yang sudah terbentuk cincin.Kalau orang lain kahwin mesti perasaan suka dan gembira tapi bagi dirinya perkahwinan ini seakan tiada apa-apa makna.
Baju yang dipakainya tadi digantung pada almari.Dia duduk diatas katil sambil memeluk lututnya.
Rain masuk ke dalam bilik memandang gadis itu yang sudah bergelar isterinya sedang termenung.
"Tak sempat ambil gambar pun..awak dah tukar baju..."ucap Rain mendekati katil.
Liya menjelingkan matanya.
"Awak cakap nak nikah je...jadi nikah jelah...tak perlu gambar-gambar.Saya tak hingin pun nak jadikan semuanya kenangan manis untuk saya..."ucap Liya kasar.Walaupun dia tahu berdosa cakap macam tu dengan suami.
Rain mahu mencapai tangan Liya.Pantas Liya menepis.
"Besok kita balik...tapi malam ni aku akan tidur sini"ucap Rain tak ada rasa bersalah langsung.
Dia membaringkan diri disebelah Liya.Cepat-cepat Liya bangkit dari atas katil.
"Awak nak buat ni? Pergilah bilik awak..."marah Liya.
Rain tersenyum sinis.
"Kitakan dah jadi suami isteri...memang seorang suami kena tidur dengan isteri.. dia..."ucap Rain.
Liya memeluk tubuh.
"No....awak boleh keluar dari sini...saya tak nak....awak jangan perasan saya nak tidur dengan awak..."ucap Liya.
Rain menepuk ruang disebelahnya sambil tersenyum senget.
"Saya takkan keluar dari bilik ni..."ucap Rain.
Liya mengenggam tangannya kuat dan dia menuju ke katil mengambil bantal dan selimut.
Rain hanya memerhati isterinya menghamparkan selimut dan meletakkkan bantal.
Liya membaringkan diri membelakanginya.
"Saya bagi peluang dekat awak....katil ni besar..."ucap Rain.
Liya memejamkan matanya rapat malas layan "Suaminya".
Rain bersiul-siul.Liya menutup telinganya rapat.
Rain menutup lampu bilik sebaik terdengar dengkuran halus isterinya.Dia mendekati Liya dengan baring disebelahnya memandang wajah isterinya yang begitu lena itu.
Tangannya naik menyentuh wajah itu.Dia tersenyum meleret.Walaupun dia tahu untuk mendapatkan kepercayaan Liya saat susah tapi dia tahu sampai saatnya nanti Liya pasti faham semuanya.
Dia memejamkan matanya rapat.Malam itu berlalu dengan sunyi tanpa sebarang bicara mahupun cinta.
***********
Liya membuka matanya dan terkejut melihat Rain ada disebelahnya tidur beralaskan lengan.Dia bangun dan duduk menjauh sedikit.Dia melihat setiap incinya masih lengkap berpakaian.
"Suaminya" itu tidur dalam posisi merengkut mungkin kesejukkan tanpa selimut.Jam menunjukkan jam lima pagi.Dia terus cepat-cepat bangun menuju ke bilik air untuk mandi.
Bunyi air dalam bilik air membangunkan Rain.Disisinya bayang si isteri sudah tiada.Dia meraup wajahnya sambil melihat pergelangan tangannya jam menunjukkan pukul lima tiga puluh pagi.
Pintu bilik air terbuka, Rain memandang Liya yang baru siap mandi sudah lengkap berpakaian dan tuala dililit dirambutnya basah.
Liya seakan-seakan tidak mengendahkan kewujudan Rain dalam bilik itu.Dia mengambil selimut dan bantal dilantai dan diletakkan atas katil.
"Kenapa awak tak kejut saya?"soal Rain melabuhkan punggung atas katil dan memandang isterinya.
Liya mahu berlalu tapi tangan Rain lagi pantas menarik.
Liya memandang tempat lain.
"Perlu ke saya kejut awak? Awak nak nikah dengan saya... saya dah tunaikan permintaan awak...jadi tak perlu rasanya untuk saya jadi isteri yang betul pada awak" ucap Liya.
Rain menggigit bibirnya.
"Sayang..."ucap Rain.
Liya mencerlung tajam.
"Don't ever call me like that with your mouth"ucap Liya agak kasar.
Rain mengangkat tangannya.
"Okay....saya nak awak siap-siap.Saya nak mandi...macam yang saya janjikan lepas nikah kita balik..."ucap Rain menyentuh pipi Liya sebelum keluar dari bilik itu.
Liya mendengus perlahan.
*************
Dalam perjalanan Liya banyak diam memandang ke luar tingkap.Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya.Macamana dia nak bagitahu Daddy yang dia sudah kahwin? Macamana kalau Abang Nu'man tahu tentang perkahwinan ni?.Dan kenapa kahwin dekat sempadan?.
Airmatanya mengalir laju.
Rain memandang Liya disebelahnya yang masih tenggelam dalam emosi.Tangannya mahu menyentuh tangan isterinya tapi dia tahu Liya amat benci diperlakukan sebegitu untuk waktu sekarang.
"Saya izinkan awak... untuk tinggal dekat rumah awak tu...saya akan tunggu sampai awak sedia untuk terima saya balik..."ucap Rain setelah hampir tiga puluh minit tiada sebarang suara dalam kereta itu.
"Awak yakin ke saya boleh terima awak?"soal Liya.
Rain memegang jarinya yang ada cincin itu.Ya yakinkah dia untuk mengikat Liya dalam hidupnya?.Tapi dia tak boleh hidup tanpa Liya?. Macamana mereka nak hidup walaupun sudah ada ikatan?.
Dr Nathan dan Effa sudah menanti ditempat yang diberitahu oleh Rain.Sepanjang perjalanan Dr Nathan kena bebel dengan Effa.Naik bernanah telinganya kena ceramah.Yang buat salah orang lain,orang lain yang kena ceramah.
Effa dah mundar-mandir menanti kemunculan Liya.
"Boleh duduk diam tak? Ke hulur ke hilir peninglah saya?"soal Dr Nathan.
Effa menjelingkan matanya.
"Ohhh...fikir awak punya pening je...saya tak... pandai buat pandailah tanggung"ucap Effa.
Dr Nathan bengang dia meluru ke arah Effa dan memegang bahu gadis itu.
"Awak nak buat apa ni?"soal Effa dengan terkejut.
"Lagi sekali kau bising aku cium kau dekat sini"ugut Dr Nathan.
Effa menjauh sedikit dari lelakinya itu.Dia menutup mulutnya dengan tangan.
Kereta yang dinaiki Rain dan Liya berhenti.Liya memandang pada arah depan.
"Kita dah sampai...tapi ada benda saya nak cakap dengan awak..korang semua keluar dulu"arah Rain pada dua orang lelaki yang berada di bahagian depan kereta.
Kini tinggal mereka berdua.
"Sebelum kita berpisah dekat sini.. saya nak bagitahu yang saya minta maaf...sebab sakitkan awak...saya...marah...dan saya tak sanggup nak hilang awak... because your too precious for me... Liya..."ucap Rain mencapai tangan isterinya.
Liya hanya diam sahaja.
Rain menyentuh cincin yang disarungkannya semalam.
"Saya merayu....pada awak...jangan sesekali lepaskan cincin ni..saya sayangkan awak...saya cintakan awak...ingat saya kahwin dengan awak bukan sebab dendam tapi sebab saya cintakan awak..awak harta paling berharga buat saya..saya izinkan awak buat apa saja tapi jaga aib suami."ucapnya bagi melembutkan hati Liya.
Liya memandang lelaki itu.
Rain menarik Liya dalam pelukannya.Liya kaku tidak tahu nak balas bagaimana?.
Rain melepaskan pelukan.Dahinya mereka bersentuh.
Rain mencium ubun Liya lama sebelum dia melangkah keluar dari kereta.Dia melangkah penuh berat mendekati pintu sebelah Liya.Dia menarik nafas lalu membuka pintu itu.
Liya memandangnya."Suaminya" menghulurkan tangan pada Liya.
"Jom saya hantar awak ..."ucap Rain.Liya tidak menyambut tangan Rain.Dia terus keluar dari kereta.Rain memandang tangannya yang tidak disambut.
Liya memandang sekeliling ini kali pertama sejak dia kena kurung dengan Rain dia dapat lihat dunia luar.
Effa dan Dr Nathan memandang ke arah depan mereka.Dari jauh dia nampak lelaki yang bernama Rain dan Liya berjalan ke arah mereka.
"Liya!!!!"jerit Effa.
Liya memandang ke arah suara itu.Terus dia berlari sekuat hatinya ke arah Effa.Dia memeluk tubuh sahabatnya itu dan menghambur tangis dengan lebat sekali.
Dr Nathan memandang Liya yang kelihatan kusut.Pandangan teralih ke arah Rain yang cukup tenang.
"Hello Nathan"sapa Rain sambil mengangkat tangannya.
Nathan meluru ke arah Rain lalu melepaskan tumbukan pada lelaki itu.Rain terjatuh ke jalan.
Liya yang terdengar bunyi itu berpaling melihat Rain sudah terduduk di jalan.
"Apa benda yang kau buat ni?"soal Nathan.Rain mengesat hujung bibirnya yang berdarah.
Rain bangkit membetulkan baju dan rambutnya.
"Aku tak buat apa-apa pun.."ucap Rain selamba.
Dr Nathan menyerang Rain lagi sekali hingga jatuh.Dr Nathan menumbuk muka Rain buat kali kedua.
"Kau ingat kau banyak duit kau boleh buat sesuka hati kau ke!!!"jerit Nathan.Keadaan jadi tidak terkawal.
"Sudah Dr Nathan "ucap Liya supaya lelaki itu menghentikan tindakannya.
Liya menolak tubuh Dr Nathan menjauhi Rain.
"Kenapa awak nak pertahankan orang yang sakitkan awak Liya?"soal Dr Nathan.
"Betul tu Liya....dia ni tak pernah kena jasa kau..dia yang halau kau dulu..kau tak ingat ke...pastu kau nak back up dia lagi"ucap Effa menyokong Dr Nathan.
Liya memandang Rain yang berdiri semula dengan bibirnya berdarah.
"Dah Liya jom kita balik..."ucap Effa menarik tangan Liya untuk mengikutnya pergi dari situ.Rain hanya mampu melihat kawan Liya dan Dr Nathan membawa isterinya pergi.
Liya menoleh ke belakang memandang Rain yang masih berdiri.Effa menutup pintu kereta dan Rain dengan rela membiarkan sahaja Liya pergi.
Pandangannya kosong kerana separuh jiwanya hilang dan pergi bersama Liya.
"Perpisahaan memang tak akan pernah mudah karena sifat dasar manusia ingin memiliki bukan melepaskan."
"Perpisahaan memang tak akan pernah mudah karena sifat dasar manusia ingin memiliki bukan melepaskan."
Share this novel