Rain mendekati Liya yang duduk dihujung bilik sambil memegang lututnya.
"Liya....makan sikit...dari semalam awak tak makan...nanti tak ada tenaga..."pujuk Rain menyentuh tangan Liya.
Liya menepis kasar tangan itu.Dia mencerlung tajam pada lelaki itu.Kalau dulu perasaan cinta itu ada pada lelaki dihadapannya tapi kini penuh dengan rasa benci.
"Okay saya tak sentuh....tapi tolong makan...nanti awak pengsan lagi.."pujuk Rain sambil melutut padanya.
"Kau tak faham ke...aku tak nak makan...aku tak nak kahwin dengan kau!!!"jerit Liya.
Rain bangkit dan memeluk tubuhnya.
"Aku minta kau kahwin dengan aku je...mudah kan?"soal Rain mendatar.
Liya bangkit dari lantai.
"Mudah....kau faham tak... sekarang ni..apa sebab kau nak kahwin dengan aku? Sebab aku tipu kau?"soal Liya.
Rain diam membeku.
Tangan Liya menolak tubuh Rain.Tapi tubuh itu tidak bergerak seinci pun.
"Kalau sebab aku tipu...aku minta maaf...sebab aku pun tak minta benda tu jadi...malam tu...aku tak minta benda tu jadi...."ucap Liya sambil melutut pada Rain.
Rain mengigit bibirnya.Dia menundukkan badannya dan tangannya menyentuh bahu Liya.
"Jangan sentuh aku!!!!"jerit Liya sekuat hatinya dengan bibirnya menggeletar.
"Okay aku takkan sentuh kau....tapi aku nak kau nikah dengan aku malam ni...jugak...aku janji dengan kau aku akan jaga kau...aku takkan sakitkan kau..."ucap Rain.
Liya menggelengkan kepalanya.Senyum sinis terbit di hujung bibirnya.
"Belum... kahwin kau dah sakitkan aku...ini pulak...lepas kahwin... bahagian mana yang kau nak aku faham?"soal Liya pada Rain.
Rain mendengus kasar.
"Nikah...selagi kita tak nikah...kau tak boleh keluar dari sini...dan kau nak ke...kalau dalam perut kau ada benih aku?"soal Rain tanpa perasaan.
Liya mendekati lelaki itu dan dipukul dada Rain berkali-kali.
"Kenapa aku? Kenapa aku yang kau pilih?"soal Liya sambil tangannya masih memukul kuat pada dada Rain.
"Sebab aku cintakan kau Liya...."ucap Rain sambil mengalirkan air matanya.
"Kalau kau cintakan aku kau takkan sakitkan aku macam ni...keluar dari sini!!! keluar!!!!"ucap Liya menolak tubuh itu keluar dari bilik dan pintu ditutup.Dia terduduk di belakang pintu.
Rain meletakkkan kepalanya dipintu.
************
Kereta Dr Nathan berhenti didepan sebuah rumah.Effa keluar dari kereta dan melihat keadaan rumah yang sunyi.
Dia memandang Dr Nathan.
"Betul ke rumah ni?"soal Effa.
Dr Nathan mendekati pagar cuba untuk membuka tapi dimangga.Dia melihat tiada tanda-tanda ada orang dekat sini.
Dia berpaling
"Saya rasa rumah di dah lama tinggal"ucap Dr Nathan.
"Habis macamana? Dah nak dekat satu hari Liya hilang.Saya tak kira saya nak report polis juga."ujar Effa mahu berlalu.
Dr Nathan mengejar langkah Effa.
"Cik Effa sabar....saya rasa Liya takkan apa-apa dengan Rain.Saya kenal Rain macamana"ujar Dr Nathan.
"Awak ada bukti ke yang Si hujan tu takkan buat apa-apa dengan kawan saya.Apa saya nak jawab kalau keluarga Liya tanya nanti?"soal Effa.
"Rain takkan apa-apakan Liya sebab dia cintakan Liya"ucap Dr Nathan bagi menyakinkan kawan baik Liya.
Effa memeluk tubuhnya dan meletuskan tawa yang kuat.
"Dr Nathan.... macamana saya nak percaya semua tu....kalau saya tak tengok Liya depan mata saya "ucap Effa.
Telefon pintar milik Dr Nathan berbunyi.Tangannya diseluk dalam poket seluar dan mengeluarkan telefon melihat nama diskrin.
Dia menjawab.
"Hello.... Kau dekat mana?"soal Dr Nathan.
"Sorry....aku dekat sempadan Thailand sekarang"ucap Rain.
Dr Nathan memicit pelipisnya.
"Liya mana?"soal Dr Nathan.
"Ada dengan aku....Aku nak kau cakap dengan kawan dia... Liya tak ada apa-apa..."ucap Rain.
Effa merampas telefon dari Dr Nathan.
"Hello....mana kau sorok Liya? Apa kau nak buat dengan dia?"soal Effa pada lelaki yang dia tidak pernah jumpa itu.
Dr Nathan hanya memerhati.
"Sorry...aku terpaksa culik kawan kau...jangan risau dia okay je...kalau kau nak jumpa dia boleh...besok pagi dekat sempadan..."ucap Rain sebelum panggilan dimatikan.
"Hello....helloo...ishhhh...."marah Effa sebaik panggilan itu ditamatkan.
Telefon diserahkan semula pada Dr Nathan.
"Dia cakap apa?"soal Dr Nathan.
"Dia cakap kalau nak jumpa Liya besok pagi dekat sempadan...apa maksud dia? Diaorang buat apa dekat sana?"soal Effa.
Dr Nathan menumbuk keretanya.
"Rain nak kahwin dengan Liya "ucap Dr Nathan perlahan.
Effa menarik lengan Dr Nathan supaya memandangnya.
"Kahwin? Dia gila ke apa...negara ni ada undang-undang...buat apa nak kahwin dekat sana...dan itu bermaksud dia paksa Liya kahwin dengan dia macam tu?"soal Effa.
Dr Nathan mengangguk perlahan.
"Uishh....kalau aku dapat si Hujan ni...memang aku karate dia... geram betul aku...bawa saya pergi saya pergi sempadan...malam ni kita gerak ke sana...."ucap Effa terus masuk dalam kereta.
Dr Nathan mengeluh berat.
"Aduh...kau suka susahkan orang betul Rain..aku nak kena bawa minah kepochi...ni pergi sempadan..."ngeluh Dr Nathan.
**********
Makanan yang dibawa oleh Rain dipandang kosong sahaja.Dia cuba mendekati pintu dan dipulasnya.
Tiada sebarang bunyi diluar pintu.Dia memberanikan diri keluar dari bilik itu perlahan-lahan.
Rumah itu ada dua tingkat sahaja.Dia menjengah ke bawah sepertinya tiada sesiapa dibawah.
Dia menuruni tangga perlahan-lahan mendekati pintu utama rumah itu.Tapi dia nampak ada dua orang lelaki sedang berjaga diluar.
Nampaknya dia tak boleh keluar ikut depan.Dia melangkah terus ke arah dapur.Dia nampak pintu dapur tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Dia cuba membuka selak secara perlahan-lahan supaya tidak didengari oleh sesiapa.
Pintu dapat dibuka, dia membuka secara perlahan dan melangkah keluar.Dengan berkaki ayam dia tidak tahu arah mana mahu tuju.Kerana tembok rumah itu terlalu tinggi untuk dipanjat.
Matanya melilau mencari cara untuk keluar dari situ.
Rain berjalan ke arah dapur dia melihat pintu bahagian dapur terbuka sedikit.Hatinya sudah tidak sedap.Siapa yang tak tutup pintu dapur ni?.
Liya cuba memanjat melalui tembok itu dengan kekuatan yang dia ada.
Rain menolak pintu tersebut dan terkejut melihat Liya cuba memanjat keluar dari tembok tinggi.
Cepat dia berlari mendapatkan Liya.
Liya hampir terjatuh sebaik kakinya dipegang kuat oleh seseorang dibawah.
"Turun Liya!!!!"jerit Rain padanya.
Liya cuba menendang Rain kuat tapi dia risau pegangan tangan akan terlepas.Ini saja cara untuk dia lari dari sini.
"Aku tak nak turun..."ucap Liya memanjat cuba melepasi tembok.
Rain terus menarik badannya jatuh ke tanah.Nasib kepala Liya ditahan gunakan tangannya.
Liya membuka matanya dan pandangan mata mereka bersabung.
"Awak okay?"soal Rain mengusap rambut Liya.
Liya menolak kasar tubuh itu supaya menjauh.Dia bangkit semula memandang tajam pada lelaki itu.
"Kau takkan dapat keluar dari sini... jangan berangan nak lari..masuk.. sekarang..."ucap Rain.
Liya menjelingkan matanya.Tak ada guna dia lawan lelaki ni.Buang tenaga dia saja.
Liya berjalan masuk ke dalam rumah itu semula dengan perasaan marah.
Rain menutup semula pintu dapur dan menguncinya.
Liya terus berjalan naik ke biliknya.Mata helang Rain menghantar Liya sampai ke bilik.
*************
Liya membuka pintu almari dia melihat ada beberapa helai baju dan telekung.Dia mengambil telekung dalam almari.
"Aku dah lama tinggalkan kau"ucapnya.
Selesai mandi dia menunaikan solat asar.Lama dia mengadu nasib pada Allah.Dia betul-betul jahil sekarang.Dia membaringkan diri atas sejadah.
"Ya Allah kalau ini yang engkau berikan padaku.Aku redha...Aku redha...
Matanya dipejamkan sambil mengalirkan air matanya.
Rain membuka pintu bilik Liya.Ruang bilik itu gelap gelita.Liya tak buka lampu ke?.Dia mencari suis dan ditekannya.
Dihujung katil dia nampak Liya terbaring dengan masih bertelekung.
Dia cepat-cepat mengoncang badan Liya.
"Liya....Liya .."panggil Rain cemas.
Liya membuka matanya memandang Rain.
"Awak nak apa ni? Tak pernah nampak orang solat ke?"soal Liya dengan nada kasar.
Rain terduduk sambil mengusap dadanya.
"Kalau ya solat pun tak payah baring atas sejadah...katil kan ada"marahnya.
Liya membetulkan kedudukannya.
"Lepas isyak siap tok kadi akan sampai...tu baju aku dah gantung.Tak payah mekap tebal pun takpe...kau dah cantik..."ucap Rain sebelum bangkit dan keluar dari bilik.
Liya bingung sekejap.Dia fikir drama pukul tujuh saja.Kahwin paksa?. Rupanya dia pun terjebak...jugak...
Ya Allah aku berserah semuanya pada kau......
Ya Allah aku berserah semuanya pada kau......
Share this novel