Malam ini Rain mengikut bapa mentuanya dan abang iparnya ke masjid di kampung.Selesai solat isyak Pak Dim meminta Nu'man membawa Rain balik dulu.
Nu'man akur dengan arahan Pak Dim padanya.Rain masuk dalam kereta Nu'man.Dia melihat Abang Nu'man seakan mengelak untuk berbicara dengannya dari dia sampai rumah tadi.
Radio dipasang bagi menghilangkan rasa sunyi suasana dalam kereta.
Nu'man memandu keluar dari masjid.
"Saya nak minta pada Abang Nu'man sebab saya punca hubungan Abang Nu'man dengan Liya sekarang agak panas"ucap Rain.
Nu'man mencebikkan bibirnya.
"Tak pernah-pernah dia back up orang....selama dia hidup dalam keluarga..dia patut semua pilihan yang ditetapkan oleh keluarga.Setiap keputusan hidup dia...dia mesti akan tapis dengan kami... tapi aku jujur memang aku marah kau kahwin dengan dia macam barang nak pergi pasar kau buat adik aku..."ucap Nu'man.
"Saya tahu...saya pun mengaku salah Saya...banyak dosa...yang tak terampun...tapi kalau boleh..saya tak nak benda ni dipanjangkan... lagipun Saya dan Liya balik sini nak dapatkan restu.. untuk hubungan kami... supaya perjalanan kami untuk Umrah nanti lebih tenang...."ucap Rain.
Nu'man mengeluh berat.
"Adik..aku tu...dia tak ada kasih sayang seorang ibu...dari lahir...dia punya tumpang kasih sayang pada Daddy dan Aku je... Aku saksi dia membesar depan mata...kalau aniaya dia...ibarat orang aniaya aku..."ucap Nu'man meluahkan perasaannya.
Rain mengangguk perlahan.
"Ya...saya tahu... kehilangan tu buat Liya tumbuh sebagai anak yang sangat kuat...dan hormat orang...saya tak nafikan didikan Daddy dan Abang Nu'man pada Liya tu...jadikan dia seorang wanita yang hebat...dan kehebatan dia.. memikat hati saya...saya takkan sia-siakan dia...itu janji saya...saya akan bahagiakan dia...hingga akhir nafas saya...itu janji saya..."ucap Rain perlahan.
Nu'man memandang adik iparnya itu.Hatinya diruntun pilu dan sebak.Siapa dia nak halang perhubungan yang dah memang sah disisi islam.Itu ibarat dialah iblis kalau dia nak hancurkan perkahwinan mereka.Dan itu sifat paling dibenci Allah.
"Aku ni... bukan...apa trauma...dalam hidup aku ni...bila kita senang orang mai....macam dapat gula-gula.Tapi bila kita susah orang ludah je kita..."ucap Nu'man berkias.
Rain disebelah membuat muka pelik.Dia tak tahu nak reaksi bagaimana?.
Nu'man mencebikkan mukanya.
"Kau...lah... Aku kata aku ni trauma.Dulu aku hampir nak bertunang... last-last perempuan yang aku nak tunang tu...pergi lari ikut jantan lain...kalau jantan tu lebih segak dari aku takpalah...ni muka macam Duta Mamee..."ucap Nu'man mengutuk muka lelaki yang melarikan bekas tunangnya dulu.
Rain tergelak kecil.
"Hang gelak pasaipa?"soal Nu'man dengan muka serius.
Tapi Rain tetap tidak tahan menghambur gelaknya.
"Duta Mamee...yang warna biru...tu..."ucap Rain menyambung.
"Ha...tulah satu je...dari dulu sampai sekarang....biru tak tukar pun...."ucap Rain tersenyum sedikit.
Sampai dirumah Rain terus masuk ke bilik tidur Liya.Dia melihat Liya sedang duduk di meja belajar.
Liya tersenyum melihat suaminya balik dari masjid.
Rain mencium ubun Liya.
"Sayang...buat apa?"soal Rain yang duduk dikatil menarik kerusi yang Liya duduk mendekati dirinya.
"Tak buat apa... macamana dengan Abang Nu'man?"soal Liya yang risau dari tadi memikirkan tentang perkara itu.
Rain mencebikkan mukanya.
"Okay... Abang Nu'man tu tak adalah teruk sangat pun..cuma saya faham dia nak terima orang baru ni... agak perlahan sikit...tapi tak apa Saya okay..."ucap Rain.
Liya mengeluh kecil.
"Abang Nu'man tu...dia jadi sangsi sebab kenangan lama dia...sebab tu dia tak mudah percaya orang baru...tapi kita doakan semoga dia boleh terima awak... lama-lama nanti okaylah tu..."ucap Liya.
Rain tersenyum manis.
"Saya rasa ngantuk awal malam ni"ucap Rain membuka baju melayu yang dipakainya.Kini hanya berseluar sahaja.
Wajah Liya dah berona merah.
Rain mendekati dirinya pada Liya.Liya mendongak memandang suaminya.
Tangannya diraih dan satu ciuman hinggap dibibir kering Liya.Liya memejamkan matanya rapat.
Tangan Rain mahu membuka butang bajunya.Tapi tindakan mereka mati disaat pintu bilik Liya dibuka oleh Nu'man.
Nu'man memandang mereka berdua terkebil-kebil.Liya dah menyorok belakang Rain.Dia menutup wajahnya.
"Abang Nu'man nak... apa-apa ke?"soal Rain tergagap-gagap menahan malu.
Nu'man melihat adik iparnya tidak berbaju.Nu'man memulas tombol pintu bilik itu.
"Tak.... Aku rasa tombol pintu ni rosak... Aku kena baiki esok ni..bahaya...ni...nasib aku yang terjah..bukan Daddy..."ucap Nu'man.
"Agaknyalah...."ucap Rain.
"Takpelah... Aku lupa nak cakap apa tadi?.Takpe...boleh sambung balik... kunci semula pintu"ucap Nu'man terus keluar dari bilik menutup semula daun pintu.
Rain menghela nafas panjang.
Dia berpaling dan mencari Liya yang menunduk dibawah.Liya masih menutup mukanya.
Rain tersenyum senget.
Dia menundukkan badannya.
"Sayang...dahlah tu... Abang Nu'man tak ada dah"ucap Rain.
Liya mengangkat wajahnya melihat di pintu dan menghela nafas lega.
"Betul ke tombol rosak? Ke awak tak kunci pintu tadi?"soal Liya.
"Agaknya betullah saya kunci tadi tombol.Dahlah jom tidur...tak payah fikir pasal tadi"ucap Rain menarik Liya naik ke atas katil.
Liya memeluk tubuh Rain.Liya mencium badan suaminya.
"Saya suka bau badan awak...saya ingat lagi..masa sebulan saya lari dari awak... perkara yang tak boleh saya lupa..minyak wangi yang ada dekat badan awak..."ucap Liya.
Dia terdengar dengkuran halus.Dia mengangkat kepalanya dan melihat Rain sudah tidur.Mungkin penat sangat agaknya harini.
Baru harini dia dapat betul-betul mengamati wajah suaminya.Kumis yang nipis dan rambut Rain yang sedikit kerinting itu.Mungkin nanti kalau mereka ada anak..salah seorang mesti ikut rambut suaminya.
Dia mengucup dahi suaminya.
"Ya Allah kau....sempurnakanlah apa yang kurang dari antara kami..sesungguhnya hanya dikau yang sempurna..."doanya dalam hati.
************
Rain berjumpa dengan Dr Nathan sebaik sahaja menghantar Liya ke tempat kerja.Memandangkan hujung minggu ni dia depan Liya akan berangkat untuk menunaikan umrah.
Rain memegang tangannya menanti penuh sabar kemunculan Dr Nathan.
Dari jauh dia nampak Dr Nathan yang berkaca mata hitam berjalan arahnya.
Tangan dihulur dan mereka bersalaman.
Dr Nathan melabuhkan punggung atas kerusi didepan Rain.
Kaca mata hitam dibuka dan diletakkan pada bajunya.
"Kau sihat?"soalan pertama keluar dari mulut lelaki yang kacukan India melayu itu.
Rain mengangguk perlahan.
"Alhamdulilah...sihat...minta maaf sebab kacau hari kau... untuk jumpa Aku..."ucap Rain.
"Tak ada apa...aku okay je...cuma aku risaukan kesihatan kau.. Liya macamana ada syak apa-apa?"soal Dr Nathan.
Rain menggelengkan kepalanya.
"Doktor bagi tarikh untuk buat rawatan tapi aku minta delay lepas aku balik umrah nanti.Kalau boleh aku nak perjalanan ibadah aku dengan Liya tiada gangguan.Liya setakat ni tak syak apa-apa"ucap Rain.
Dr Nathan menyandarkan tubuhnya.
"Kau tak nak bagitahu Liya ke?"soal Dr Nathan.
"Aku tak sampai hati nak bagitahu.... Aku tak nak Liya sedih..dia tak layak untuk hidup dalam kesedihan...Aku cuma nak habiskan sisa hidup aku dengan dia..masa yang aku ada sekarang untuk Liya...bukan untuk aku..."ucap Rain.
Dr Nathan mengangguk dengan kata-kata Rain.Dia tahu lelaki itu cukup kuat untuk menjalani kehidupannya tapi dalam sudut hati Rain ada sedikit kegusaran yang mencengkam.
"Keluarga kau? Keluarga Liya macamana?"soal Dr Nathan.
"Aku cuma berserah... jawapannya ada pada Allah...kalau dia izinkan semua orang tahu.... Aku redha..."ucap Rain.
"Tapi aku nak kau janji dengan aku sepanjang dekat sana...kalau kau penat...rehat..jangan paksa diri..makan ubat yang Dr Kamarul bagi.. Aku cuma doakan semoga kau dengan Liya dilindungi sepanjang dekat sana..."ucap Dr Nathan.
************
Liya memandang suaminya yang sedang mengemas baju masuk ke dalam bagasi.Jubah putih dimasukkan dalam bagasi.
Liya memandang suaminya.
"Awak...kenapa banyak sangat jubah putih awak bawa...kan kita boleh basuh nanti..."ucap Liya yang duduk bersimpuh didepan suaminya.
Rain tersenyum manis.
"Takpelah....kalau kotor boleh tukar... lagipun mana banyak...sikit je ni...sayang cukup tak barang..kalau nak beli sempat lagi esok.."ucap Rain.
Liya membelek keperluannya yang sudah tersedia.
"Saya rasa cukup....je...kalau kurang kita boleh beli dekat...sana..."ucap Liya.
Rain mengangguk.
"Bila Daddy dan Abang Nu'man nak datang?"soal Rain.
"Insyallah diaorang sampai esok... Awak...saya rasa tak sedap hati... Kenapa ya?"soal Liya pada Rain.
Rain memandang Liya.
"Tak sedap hati...jangan fikir sangat... perasaan tu memang akan ada lagi-lagi kalau nak pergi tempat jauh...dan Saya harap kita pergi sama-sama dan doa pada Allah banyak..supaya setiap pergerakan kita dan perbuatan kita dilindungi oleh Allah"ucap Rain memegang pipi Liya.
Liya memandang suaminya yang bangkit dari duduknya dan menuju ke bilik air.Rain menutup pintu bilik air.Dia mendekati sinki dan pili air dibuka.
Dia memandang wajahnya pada cermin.Bagaimana reaksi Liya kalau rambut yang selama ini ada gugur sedikit demi sedikit?.... bagaimana reaksi Liya kalau bibir yang sentiasa tersenyum akan mula hilang senyumnya?. Ya Allah.....
Saat kita rasa lemah dan tak bermaya ingatlah ada seorang lelaki telah berjuang dengan air mata dan darahnya dan seluruh keluarganya dan para sahabah rhum demi melihat kita dan keluarga yang kita sayangi bahagia dan masuk syurga. Bangun dan bangkitlah kerana kita semua telah didoakan oleh Nabi saw. Jangan lemah dan berputus asa.
Saat kita rasa lemah dan tak bermaya ingatlah ada seorang lelaki telah berjuang dengan air mata dan darahnya dan seluruh keluarganya dan para sahabah rhum demi melihat kita dan keluarga yang kita sayangi bahagia dan masuk syurga. Bangun dan bangkitlah kerana kita semua telah didoakan oleh Nabi saw. Jangan lemah dan berputus asa.
Share this novel