Liya menghidangkan minuman untuk tetamu Tuan Rain.Dia kembali ke dapur semula.Seperti biasa memasang telinganya untuk mendengar perbualan mereka.
"So macamana dengan fisioterapi?"soal Carl padanya.
Rain hanya diam.
"You look great"ucap Carl.
"Betul tu"ucap Diana disebelah Carl.Situasi mereka sangat janggal.
Rain tersenyum sinis.
"So kenapa korang datang sini?"soal Rain.
"Kitaorang minta maaf sangat sebab terlalu sibuk..dengan kerja...flight sana sini.."ucap Diana sambil tersenyum agak janggal.
"Ya... sejak lepas covid flight management dah berterabur..."ucap Carl.
Liya mendekati ruang makan mengambil telefonnya.
"Sebenarnya kami nak kahwin tak lama lagi"ucap Carl.
Liya berhenti sebaik sahaja terdengar perbualan itu.Dia menjenguk ke arah Tuan Rain yang kelihatan tenang di kerusi roda.
"Please...Rain can you speak something?"soal Diana.
Rain menggengam penumbuknya.Kalau kakinya kuat untuk melangkah dah lama pecah muka Carl ni.
"Congratulations..."ucap Rain sambil merenung pada dua manusia yang bermuka-muka depannya.
"No....Rain...benda ni tak dirancang pun...kita dah lama kawan dan jujur saya cakap Carl selalu ada dengan saya lepas awak kemalangan..."terang Diana.
Rain tersenyum sinis.
"Baik betul dia..."ucap Rain.
Carl memandang Rain didepannya.
"Kami rasa kami minta diri dulu... sorry Rain aku harap kau cepat sembuh"ucap Carl pada Rain sebelum mereka berdua keluar dari rumah.
Liya sedar situasi sedang sangat buruk sekarang.Dia melihat Rain sudah naik ke bilik melalui lif.
"Liya....kalau kamu nak tahu...Diana tu bekas teman wanita Rain tau? Berani dia tunjuk muka dekat sini...mesti Rain tengah sedih sekarang..."ucap Kak Anim yang muncul dibelakangnya.
Baru Liya faham kenapa situasi perbualan tadi sangat janggal.
Prang!!!!
Liya memandang atas terus dia berlari sekuat hatinya untuk sampai ke tingkat atas.Pintu yang terbuka itu didekati.
Kaca bertaburan dilantai.Dia memandang Rain yang bengis wajahnya.Berkecai kaca bingkai gambar yang dilempar Rain.
"Aku saja buang sebab aku rasa mata aku sakit"ucap Rain pada Liya.
"Tuan...jangan turun..saya bersihkan..."ucap Liya laju mencapai penyapu.Dia menyapu kaca yang besar dan mengemop lantai untuk memastikan tiada sebarang kaca yang melekat pada lantai.
Kerusi roda Rain ditolak sedikit jauh dari kawasan yang terdapat kaca halus.Liya mengambil vakum dan dibersihkan bilik itu.Rain mencuri-curi memandang Liya yang sedang mengemas.
Selesai mengemas Liya memberikan segelas air pada Rain.
"Tuan minum dulu...sebab dah lama Tuan tak minum"ucap Liya.
Rain menyambut gelas ditangannya.
Liya menunggu gelas dari Rain.
"Kau tak nak tanya apa jadi tadi?"soal Rain pada Liya.Liya memandang lelaki itu.
"Tak perlu...kalau Tuan tak sedia nak cerita.."ucap Liya.
Rain melihat Liya mengeluarkan gambar pada bingkai yang dah pecah tadi.
"Kau buat apa dengan gambar tu?"soal Rain.
"Erm...saya nak ganti bingkai gambar baru...yang tadi kan dah pecah..jadi saya boleh beli yang baru gantikan..."ucap Liya sambil tersenyum manis.
"Kau tahu tak, Liya?"soal Rain sambil mengecilkan matanya.
Liya menggelengkan kepalanya.
"Aku memang sengaja pecahkan bingkai gambar tu"ucap Rain.
"Ahhh....saya minta maaf..."ucap Liya.
"Kau tak fikir ke...aku tak nak tengok gambar tu...masa aku tengah baring atas katil...gambar tu seolah-seolah mengejek aku.."ucap Rain.
"Okay...kalau macam tu saya...tak tukar bingkai gambar baru.."ucap Liya meletakkkan kembali gambar tadi.
"You know what....aku rasa kau patut balik.. daripada kau buang masa dekat sini...untuk layan orang macam aku..."ucap Rain sambil mengetap giginya menahan amarah.
Liya hilang sabar sebenarnya.
"Tuan tak perlu nak psiko saya... macam Tuan layan buruk dekat kawan Tuan tadi...but it's okay diaorang patut dapat layanan buruk..saya cuma kerja dekat sini sebaik mungkin.
..jadi akan lebih baik kalau Tuan tak buat hidup saya menyedihkan hari-hari macam Tuan buat dekat orang lain"luah Liya turun naik dadanya memandang Rain.
"How about I don't need you anymore here?"soal Rain pada Liya.
"Tuan bukan majikan saya.Datin Fazira yang bayar gaji saya.Jadi kalau Datin Fazira tak perlu khidmat saya lagi baru saya akan pergi dari sini.
Bukan sebab saya pedulikan Tuan atau seronok nak kenal dengan Tuan...tapi saya perlu kerja ni... because I need this job..."luah Liya sekali lagi.Liya menundukkan wajahnya.
Rain diam tidak bersuara.Sepanjang tiga hari gadis itu berada di sini.Baru kali ini dia dapat lihat kemarahan dalam diri gadis itu.Selalunya dia marah ke maki ke gadis itu buat muka selamba tapi hari ni dia dah kacau bom jangka gadis itu.
"Buang je gambar tu"ucap Rain.Liya terus keluar dari bilik itu cepat.
Rain menoleh sekilas melihat belakang gadis itu yang sedang marah.
**********
"So macamana dah hari ketiga ni kau kerja situ? Dia layan kau okay ke?"soal Effa.
Helaan nafas berat oleh Liya.
"Entahlah...aku cuma anggap dia sakit...sebab tu dia marah..tapi dia masih salahkan penyebab dia jadi macam tu"ucap Liya.
"Kalau kau nak berhenti... berhenti je...kalau aku hari-hari kena maki pun tak nak"ucap Effa.
Liya menongkat dagu.
"Tapi hidup dia sedih.."ucap Liya.
Effa memandang Liya yang termenung jauh.
"Kau jangan cakap kau kesian dekat dia?"soal Effa.
"Takdelah....dia datang dari broken family...lepas tu...yang baru jadi semalam...Ex girlfriend dia datang lawat dia.And kau tahu ex girlfriend dia nak kahwin dengan kawan baik dia sendiri...cruel right?"soal Liya.
"Ermmmm...aku ingat orang banyak duit tak ada masalah... rupanya banyak masalah dia.."ucap Effa.
"Itulah... aku pun naik pening fikir pasal hal ni.."ucap Liya.
"Kau jangan sampai kau sakit...Liya...."ucap Effa.
Liya memandang Effa yang risaukan dirinya.
***********
Langit gelap petanda hujan akan turun bila-bila masa. Dia mencapai baju hujan dan dipakaikan pada badannya.
Semua barangnya diletakkan dalam but kecil dalam motornya.
Jam ditangan dipandang sekilas.Dia menekan punat untuk menghidupkan enjin motor.Elok saja dia sampai di lampu isyarat keluar rumahnya hujan pun turun dengan lebat.
Lampu bertukar hijau dia terus memecut laju.Dalam hati dia berdoa supaya dia tidak lambat tapi pemandangannya terlalu sukar gara-gara hujan terlalu lebat.
Dia tak perasan ada sebuah kereta tiba-tiba berhenti menyebabkan dia jatuh dari motornya.Dia bingkas bangkit memegang tangannya yang pedih.
Bunyi guruh kuat mengalihkan pandangan Rain pada beranda biliknya.
Nampaknya hujan turun dengan sangat lebat.Dia melihat jam di dinding sekarang sudah pukul lapan selalunya waktu macam ni gadis itu sudah muncul di laman rumah.
Dia melihat telefon pintarnya dan melihat kamera CCTV di laman tiada langsung motor Liya terparkir di situ.Atau dia dah berhenti kerja? Semalam dia cakap dia perlukan kerja ni?.
Liya menolak motornya ke perhentian bas.Dia membelek motornya nasib tak ada apa-apa.
"Celaka punya kereta kau brek emergency... lepastu berambus macam tu je?"soal Liya sambil membelek tapak tangannya yang pedih dan kakinya sakit.
Hujan pula seakan tidak menyebelahi dirinya.Dia melihat jam sudah lewat lima belas minit.
"Mesti Rain belum makan lagi ni?"soal Liya dalam hati.
Liya nekad dia perlu teruskan perjalanan ke rumah Datin Fazira.Dengan sebelah tangan dia membawa juga motorsikalnya.
Dari bilik kini Rain sudah berada diruang tamu rumah.Kadang-kadang matanya memerhati kalau-kalau pagar rumah terbuka.
"Rain...nak makan dulu ke? Liya lambat kot..sebab hujan lebat dekat luar?"soal Kak Anim.
Pintu pagar automatik terbuka mengalihkan pandangan Rain pada arah luar.
Dia nampak Liya menaiki motor dengan baju hujan warna kuning.
"Aahh tu Liya...kesian dia redah juga hujan.Kak Anim ambilkan tuala"ucap Kak Anim.
Liya menongkat motornya.Dia turun dan membuka baju hujannya dengan hati-hati kerana tangan kirinya mula rasa sakit dan sengal-sengal.
Dia meletakkkan baju hujan pada motor.Begnya dikeluarkan dan dia berjalan ke arah dapur dengan gaya jalan sedikit lain.Rain memerhati langkah gadis itu pelik.
Kak Anim menghulurkan tuala pada Liya.Liya mengeringkan rambutnya yang basah dengan sebelah tangan sahaja.
"Kalau hujan kenapa tak telefon Dr Nathan?"soal Kak Anim.
"Tak payah susahkan orang..Tuan dah makan ke? Saya lambat tadi.."ucap Liya pada Kak Anim.
"Tu... Rain ada dekat ruang tamu..."ucap Kak Anim.
Liya berjalan ke ruang tamu melihat Rain sedang menghabiskan sarapannya.
Air dihulurkan pada lelaki itu.
"Saya minta maaf lambat harini..."ucap Liya pada lelaki itu.
Rain menghabiskan makanannya.
"Angkat letak dapur..."ucap Rain mencapai gelas air dan minum.
Liya mengangkat dulang menggunakan kedua-dua tangannya.Liya berdecit sikit kerana tangan kirinya terlalu sakit.Mata Rain terpandang pada calar pada tangan Liya.
"Kejap....asal dengan tangan kau?"soal Rain menunjukkan tangan Liya.
Liya terlepas dulang atas meja.Dia menyorokkan tangannya ke belakang badannya.
"Tak ada apa..."balasnya.
Tapi renungan lelaki itu tidak lepas lagi seakan membuat x-ray pada setiap inci tubuhnya.Dia menggengam tangannya kuat.Harap lelaki itu tidak perasaan.
Hatinya dah tak sedap.Kenapa Rain nak kisah? Bukan ke hidup dia nak marah orang saja?.Dan tak peduli perasaan orang lain?.
Hatinya dah tak sedap.Kenapa Rain nak kisah? Bukan ke hidup dia nak marah orang saja?.Dan tak peduli perasaan orang lain?.
Share this novel