Sebulan kemudian.......
Liya bersiap-siap untuk pergi ke kerja.Dah hampir sebulan dia mendapatkan jawatan sebagai jurupulih perubatan di Institut Kanser Negara.
Dan sepanjang itu juga rahsia yang dia sudah berkahwin masih tersimpan rapi.Tudung yang dipakainya dikemaskan buat kali terakhir sebelum dia keluar dari bilik.
Dia menuju ke dapur bagi menyediakan bekal yang sudah siap dimasaknya malam tadi dalam bekas kedap udara.
Dia terus keluar dari rumah setelah memastikan pintu sudah dikunci.
Dia tersenyum pada semua petugas yang ada sebaik sampai di Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi Institut Kanser Negara.
"Wau harini nampak ceria semacam?"soal Ida yang sudah sampai lebih awal.
"Macam biasa je Kak Ida..takde yang istimewa.."ucap Liya.
"Harini sibuk ke?"soal Kak Ida.
Liya mengambil papan carta yang berada didepannya.
"Erm....penuh juga harini..."ucap Liya sambil membelek dan menulis pada kertas.
**********
Rain berlari ke tandas sebaik sahaja menapakkan kaki ke restoran yang baru dibukanya.
Semua isi perutnya dikeluarkan sambil menekan perutnya.Dia bangkit dan berkumur-kumur bagi menghilangkan rasa loya ditekaknya.
Mulutnya dilap menggunakan tisu.Dia memandang wajahnya dicermin.Dia ada salah makan ke?. Setahu dia tak ada yang pelik-pelik pun dia makan semalam.
Dia keluar dari tandas dan melabuhkan punggung dikerusi.Air mineral didepannya dibuka dan diminum.
Tekaknya terasa payau.Sejak kebelakangan ni dia mudah letih dan kerap pening kepala.Mungkin sebab tuntutan kerja dia jadi macam ni.Tak cukup rehat agaknya.
Datin Fazira pun sudah bising dengannya banyak kali.Dia sengaja menyibukkan diri supaya tidak terlalu memikirkan tentang Liya.
Dia memandang restoran milik Datuk Tuah Farid yang kini menjadi hak miliknya.Hatinya terlalu merindui isterinya.
Pernah sekali dia mengikut Liya untuk melepaskan kerinduannya.Melihat senyuman terbit di bibir si isteri sudah cukup dia tahu isterinya sekarang berbahagia tanpanya.
Kalau boleh dia berkongsi segalanya dengan Liya.Tapi apa kan daya semuanya hanya sekadar dalam fikirannya saja.
Ketukan pintu menghilangkan segala angan-angan yang berada dalam kepalanya.Muncul Dr Nathan yang menyinggah di restorannya.
"Kau asal nampak pucat je?"soal Dr Nathan yang melabuhkan punggung atas sofa diruang pejabat Rain.
Rain hanya senyum sedikit.
"Penat....maklumlah tak pernah urus restoran seumur hidup.Banyak benda nak kena belajar"ucap Rain.
"Tapi aku tengok kau macam nampak susut...ke kau rindu Liya sampai hilang selera makan"ucap Dr Nathan.
"Mungkinlah kot... Liya ambil selera makan aku..."ucap Rain selamba.
Dr Nathan mengerutkan dahi.
"Ke Liya mengandung?"soal Dr Nathan.
Rain memandang lelaki didepannya itu.
"Tak mungkin...sebab aku tak pernah sentuh Liya pun..."ucap Rain.
"What? Tapi Liya cerita dengan aku kau...dah sentuh dia... sebab tu kau cepatkan perkahwinan"ucap Dr Nathan.
"Aku tipu dia....sebab nak ikat dia dalam hidup aku...itu je cara untuk dia terima perkahwinan ni"ucap Rain menundukkan wajahnya.
Dr Nathan menggelengkan kepalanya.
"So... how about your father in law? Ada berita baik?"soal Dr Nathan.
Rain menghembuskan nafas.
"Aku dah decide nak ambil bekalan biji kopi dari kilang "bapa mentua" Aku tu.Insyallah besok aku akan ke sana.Untuk tengok sendiri macamana... sambil-sambil tu..nak ambil hati keluarga Liya"ucap Rain sambil menyandarkan tubuhnya.
"Kau tak risau kalau Liya tahu pasal hal ni.Mana tahu dia dapat hidu kerja kau?"soal Dr Nathan.
"Insyallah dia takkan tahu...tapi aku nak minta tolong kau..masukkan nafkah untuk Liya.Aku takut dia tak nak terima kalau dari aku.."ucap Rain pada Dr Nathan.
Lelaki itu mengangguk perlahan.
*************
Rain sampai ke kilang pembekal biji kopi syarikat Hang Coffee Beans Jitra, Kedah.Dia memakai kaca mata kerana cuaca sangat panas.
Dia berjalan masuk ke dalam.Dan dia nampak seorang lelaki yang cukup dia kenal berdasarkan gambar yang dia dapat itulah "bapa mentuanya".
Lelaki sebaya dengan Datuk Tuah Farid itu berjalan ke arahnya dengan senyuman.
"Asalamualaikum...."sapa lelaki itu.
"Walaikumusalam....ni Haji Nadim.."ucap Rain.
"Ya saya Haji Nadim.Tapi semua orang panggil Pak Dim je.Ni orang dari Kuala Lumpur yang nak tengok biji kopi tu?"soal Haji Nadim.
Rain tersenyum manis.
"Ya Pak Dim...saya Jebat Fahrain.Panggil saya Rain.Saya datang nak tengok testur biji kopi dekat kilang ni"ucap Rain tujuan dia datang ke situ.
"Boleh-boleh....jom masuk boleh saya kenalkan dengan anak lelaki saya dekat dalam"ucap Haji Nadim mengajak Rain masuk ke dalam kilang.
Rain mengikut langkah kaki Pak Dim.Sampai di dalam kilang yang besar itu dia ternampak ada seorang lelaki yang mungkin tua dalam beberapa tahun darinya membawa forklift.
Lelaki itu terjun dari forklift dan berjalan ke arah mereka berdua.
"Nu'man mari sini..ni ada klien dari Kuala Lumpur tu"ucap Pak Dim.
Nu'man menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rain.Dia menyambut huluran itu tanpa kekok.
"Nu'man..."
"Jebat Fahrain...panggil Rain je..."
Nu'man mengerutkan dahi.Apa nama sedap-sedap panggil hujan.Nak kata orang zaman sekarang tak juga.Mungkin gaya orang Kuala Lumpur begitu.
"Tuan Rain...ni mai sini nak tengok biji kopi... Daddy nak kamu...tunjukkan pada dia jenis biji kopi yang kita ada... Daddy nak pergi tengok tu Mat dengan Epul angkat biji kopi masuk lori.Tuan saya tinggalkan dengan anak lelaki saya.."ucap Pak Dim.
"Pak Dim panggil Rain je...tak payah Tuan..."ucap Rain merendah diri.
Pak Dim menepuk bahu Rain.
Nu'man berjalan masuk ke dalam bilik pemprosesan.
"Okay...kilang proses dua biji kopi.Satu Kopi Liberica dan Satu Kopi Robusta.Biji kopi Robusta dia yang kedua popular.Bagi pencinta mungkin dia akan suka sebab rasa dia lebih pahit dan bau yang kuat.Itu menjadikan dia tahan kafein tinggi.Manakala Liberica dia mempunyai aroma yang menyegarkan.Pokok dia lebih besar dari Robusta.Kafein rendah..."terang Nu'man.
"Ohhh maknanya kalau orang pencinta kafein yang kuat dia boleh cuba kopi Robusta.Manakala orang yang suka kopi tapi nak kafein yang rendah boleh ambil Liberica"ucap Rain sambil memahami penjelasan daripada "Abang iparnya".
"Betul tu...Abang sarankan ambil dua-dua.Tapi Abang pelik.Kenapa Tuan pilih kami untuk jadi pembekal sedangkan dekat sana ada pelbagai kilang yang membekalkan biji kopi juga?"soal Nu'man.
"Ahhh....saya dengar dari feedback kawan-kawan saya kata kilang ni bekalkan biji kopi terbaik tu saya sendiri turun padang nak tengok.Orang bumiputera kita berniaga.Kalau ikutkan banyak cabaran nak buka kilang ni"ucap Rain menutup gugupnya.
Nu'man mengangguk dan rasa bangga ada juga pemuda seperti Rain ni berfikiran sebegitu.
"Jadi Tuan ambil biji kopi ni untuk kedai Tuan?"soal Nu'man.
"Ya..saya buka restoran dan dalam perancangan nak buka mini Cafe.Saya cari pembekal dulu"ucap Rain.
"Bagus...muda-muda dah pandai berniaga"ucap Nu'man.
Rain tersenyum manis.
"Sebab kerja ni saya mampu buat sekarang sejak saya kemalangan teruk.Saya tak boleh nak bawa kapal terbang lagi"ucap Rain.
Nu'man terkejut kerana dia melihat penampilan rupa Rain yang nampak normal sahaja.
"Bekas pilot....no wonder Abang tengok tinggi semacam...jom naik pejabat kita bincang selebihnya"ucap Nu'man pada Rain.
"Daddy sihat? Abang Nu'man sihat?"soal Liya pada Pak Dim.
"Alhamdulilah sihat...lama Liya tak call Daddy.Abang Nu'man pun sihat...tu tengah sibuk ada klien jauh datang..."ucap Pak Dim.
"Amboi...sibuk betul ya?. Orang datang nak tengok biji kopi ke?"soal Liya.
"Aahh...klien dari Kuala Lumpur nak cari pembekal biji kopi untuk restoran dia.Pemilik restoran muda lagi datang sendiri sebab nak tengok biji kopi dekat kilang ni.Segak orangnya....nak Daddy tanya single ke dah kahwin."puji Pak Dim sempat usik anak daranya itu.
"Ishhh... Daddy ni..tak hingin...ni Liya saja telefon sementara tunggu patient masuk"ucap Liya.
"Takpe...layan patient dulu.. Daddy pun nak tengok dekat pejabat tu macamana"ucap Pak Dim.
"Okay....jaga diri...kirim salam dekat Abang Nu'man"ucap Liya sebelum mematikan panggilan itu.Dia begitu rindu nak balik ke kampung tapi dia belum bersedia nak jawab persoalan dari Pak Dim dan Abang Nu'man.
***********
Sampai dari Kedah petang tadi, Rain terus ke restorannya bagi menyiapkan beberapa kerja yang perlu dia selesaikan.Walaupun restoran sudah tutup dia tetap datang.
Matanya terasa kabur.Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.Batang hidungnya dipicit-picit bagi menghilangkan rasa pening.Dia mencapai muk berdekatan untuk minum air ternyata air dalam muk tersebut habis.
Dia mengeluarkan Panadol dalam laci dan dia bangun mahu ke dapur restoran.Baru dia berjalan beberapa tapak muk yang berada ditangannya terlepas dan pecah sebelum dia turut rebah dilantai.
Bunyi guruh dilangit mengejutkan Liya yang baru selesai solat isyak.Dia memegang jantungnya yang laju.Dia membuka telekung lalu dilipat kemas dan dia menyelak langsir melihat hujan lebat membasahi bumi.
Dia terpandang cincin dijarinya.Cincin itu masih ada lagi dijarinya.Tapi kemana perginya lelaki itu?.
"Perhiasan yang indah bagi seorang lelaki adalah kesetiaan pada janjinya." – William E Gladstone
"Perhiasan yang indah bagi seorang lelaki adalah kesetiaan pada janjinya." – William E Gladstone
Share this novel