Dua pasang mata sedang menatap skrin CCTV hospital dengan muka penuh serius.Dia nampak ada seorang lelaki yang memakai topi mengangkat Liya keluar dari wad sambil melalui pintu tangga kecemasan.
"See? Sapa punya kerja ni?"soal Effa pada Dr Nathan yang diam disebelahnya.
Effa memandang lelaki itu.
Ada dengusan kasar keluar dari mulutnya.Dia menggaru keningnya yang tak gatal itu.
Dr Nathan memandang Effa yang mencerlung tajam padanya.
"Relaks...Cik jangan gelabah boleh tak?"soal Dr Nathan.
"Memang gelabahlah saya....takkan saya nak joget pulak dekat sini.Kawan saya kena culik...dengan lelaki tu.."ucap Effa menunjukkan CCTV.
"Ya saya tahu tu...tapi kita tak boleh terburu-buru"ucap Dr Nathan kekal tenang.
Effa memeluk tubuh.
"Kejap...ke awak subahat dengan lelaki ni untuk culik Liya? Sebab yang tahu Liya dekat hospital Awak dengan saya je...atau...tu bukan manusia alien ke?"soal Effa.
"Ishhh....jangan merapu...dah sah-sah tu manusia.Saya tahu siapa punya kerja tu"ucap Dr Nathan.
Effa memandang lelaki itu dengan wajah terkejut.
"Ahh? Awak tahu siapa yang buat? Apa tunggu lagi...jom report polis... Liya dalam bahaya tu.."ucap Effa menarik lengan sasa Dr Nathan.
Dr Nathan memandang lengannya yang disentuh.Dia berdeham sedikit.
"Ehermmmm....."bunyi Dr Nathan sambil matanya memandang pada tangan gadis itu.Effa melepaskan sentuhan itu.Dia menyelak rambutnya.
"Cik tak payah risau saya yakin Liya takkan diapa-apakan"ucap Dr Nathan.
Effa memandang lelaki itu lagi dengan perasaan curiga.
"Kejap macamana awak yakin yang Liya okay? Ke awak kenal dengan orang yang culik Liya?"soal Effa.
Dr Nathan mengeluh kecil.
"Rain...."ucap Dr Nathan ringkas.
Effa mengerutkan dahi.
"Hujan...apa kena mengena hujan dengan Liya?"soal Effa.
"Tuan Jebat Fahrain yang culik kawan awak"terang Dr Nathan pada Effa.
"What?" Effa terkejut dengan nama itu.Nama yang pernah disebut oleh Liya dulu.Effa menggigit jarinya.
*************
Dia membuka matanya memandang sekeliling.Kenapa siling dan bilik ini nampak lain tak sama?.Dia bangkit dari baringnya memegang kepala yang berat.
Dia mahu memicit kepalanya dengan tangan tapi dia baru sedar tangannya diikat pada kepala katil.
Dia membuka selimut yang menyelimuti tubuhnya dan melihat pakaian yang dipakainya sudah bertukar.Di mana baju hospital yang dipakainya?.
"Aku mimpi ke?"soal Liya sambil mencubit pipinya.Arghhh....sakit....makna aku tak mimpi.Tapi aku dekat mana sekarang ni?.Setahu dia tidur dekat katil hospital macamana dia boleh ada dekat sini?.
Pintu bilik terbuka, mengejutkan Liya.Matanya tepat memandang pada langkah kaki yang masuk ke dalam bilik yang masih lagi asing padanya.
Dia menelan air liur.
"Dah bangun dah..."ucapnya sambil membuka topi yang dipakai dikepalanya.
Rahang Liya jatuh sebaik sahaja melihat wajah yang dia tidak jangka akan jumpa lagi.
"Rain...."
"Ya aku Rain..."
Liya cuba untuk lepaskan tangannya tapi ikatan itu terlalu kuat tersimpul.
"Kau takkan boleh buka...."ucap Rain tenang.Kerusi ditarik dan diseret mendekati Liya.
Liya memandang wajah itu.
"Awak nak apa dengan saya? Apa awak nak buat dengan saya?"soal Liya.
"Aku nak kahwin dengan kau...."ucap Rain mendatar tanpa riak muka.
"Ahhh? Awak jangan main-main boleh tak?.Saya nak balik....awak nak saman saya teruskan jelah...dan kalau saya tak mampu nak bayar saman awak tu...penjarakan saya...tak perlu awak nak culik saya..."ucap Liya.
Rain mendekati gadis itu.
"Permintaan aku senang....kalau kau nak keluar dari sini... kahwin dengan aku...dan aku akan lupakan saman tu..."ucap Rain merenung anak mata Liya.
"Saya tak nak.....lepaskan saya....kenapa saya pakai baju ni?.Apa awak dah buat dengan saya?"soal Liya dengan nada sedih.
Rain tersenyum sinis.
"Tu salah satu sebab kenapa kau kena kahwin dengan aku?.Aku dah tengok semuanya dari atas sampai bawah..."bisik Rain.
Liya mengenggam tangannya menahan marah.Ya Allah..... Kenapa nasib aku jadi macam ni?.Apa dosa Aku?.
Airmatanya mengalir.
"Kenapa awak buat saya macam ni?. Saya jaga awak baik...ni balasan awak pada saya..."rintih Liya sambil mengetap giginya.
Rain bangkit dari duduknya.
"By hook or by crook.... kita nikah"ucap Rain dengan wajah tenang.Dia memotong tali pada tangan Liya dengan menggunakan pisau.
Liya memejamkan matanya sejenak.
"No.... Saya takkan kahwin dengan awak..."ucap Liya.Rain melompat ke atas katil dan dipegang pipi Liya kuat.
"Kau punca aku jadi macam ni? Lepas tu kau nak lepas tangan macam tu je? Kau nak ke kalau orang luar tahu kau ni tak suci lagi? Ahhh!!!!!!"jerit Rain melepaskan pegangan pada pipi Liya.
Liya menggelengkan kepalanya laju.Dia tak percaya dengan apa yang berlaku.
"Tak kau tipu aku!!!!!!"ucap Liya sambil menjerit kuat seakan dirasuk.Muka itu merah menyala meruap marahnya.
Rain terdiam.
"Keluar aku tak nak tengok muka kau!!!!! Aku benci!!!!jerit Liya sekuat hati.Dia seakan lupa siapa dirinya saat ini?.Dia tak boleh terima kesucian dirinya diragut lelaki itu dengan begitu mudah.
"Kau nak benci aku....aku tak peduli...kita nikah malam esok..."ucap Rain terus keluar dari bilik.
"Arghhhhhh.......Ya Allah....."ucap Liya membenamkan mukanya pada lutut.Rain memejamkan matanya mendengar rintihan tangisan Liya dalam bilik.
Rain turun ke bawah.Dia memanggil dua orang lelaki mendekatinya.
"Ya Tuan"ucap mereka berdua serentak.
"Aku nak kau jaga tempat ni jangan bagi dia keluar..kalau terlepas aku bunuh korang berdua.Faham!!!"ucap Rain.
"Faham Tuan..."ucap dua pembantu yang ditugaskan mengawal keadaan rumah.
Rain berlalu ke dalam biliknya yang berada disebelah bilik Liya tadi.
************
Mereka berdua masih berbincang dalam bilik kawalan.
"Macamana awak tu dia?"soal Effa pada Dr Nathan.
Dr Nathan memegang tetikus dan memainkan semula rakaman.Effa menundukkan dirinya melihat.
Papan kekunci ditekan oleh Dr Nathan.
"Nampak?"soal Dr Nathan padanya.
"Nampak apa?"soal Effa.
Dr Nathan menggelengkan kepalanya.
"Cara jalan tu...cara jalan Rain... sedikit tempang sebab kesan kecederaan kemalangan tu.."ucap Dr Nathan menunjukkan semula rakaman CCTV.
Effa menutup mulutnya yang ternganga.
"Betullah...awak cuba telefon dia?"soal Effa.
Dr Nathan mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Rain.
Effa menanti penuh harapan semoga Liya selamat.
Tiada sebarang respon dari panggilan itu.
"Tak dapat... telefonnya mati..."ucap Dr Nathan.
"Allah... Liya.... sekarang macamana ni? Nak report polis ke?"soal Effa.
"Jangan....saya rasa...saya tahu nak cari dekat mana"ucap Dr Nathan.Dia memikirkan satu tempat yang pernah disebut oleh Datin Fazira sekiranya anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah.
Effa memandang lelaki itu dengan harapan lelaki itu akan membantunya untuk mencari Liya.
*********
Liya bangun dari katil dan mengunci tombol pintu bilik.Dia cuba untuk mencari apa-apa yang dia boleh capai untuk menahan pintu bilik dari dibuka dari luar.
Dia pandang arah tingkap.Tangannya cuba untuk membuka tingkap itu tapi tak boleh langsung.
Dia masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintu itu.Dia duduk dilantai sambil memeluk lututnya erat sampai ke dada.
Pancuran air dibuka dan dibiarkan sahaja air mengalir pada tubuhnya Dia mengosok tubuhnya kasar dengan tangan.Kerana dia rasa jijik dengan setiap sentuhan lelaki itu padanya.
"Ya Allah......apa dosa...aku....sampai aku jadi macam ni...."rintihnya.
Rain membawa makanan dalam dulang untuk Liya memandangkan dia belum menelan apa-apa sejak sampai semalam.
Tombol pintu dipegang dan tidak boleh dipulas.Nampaknya Liya mengunci tombol pintu dari dalam.
"Liya...buka pintu ni..."panggil Rain.Rain mendekatkan telinganya pada pintu.Tiada sebarang bunyi didalam.
Dia menolak pintu menggunakan badannya.Tapi tetap tak boleh.Dengan sekali lagi dia mencapai alat pemadam api berdekatan stor dan dihentak tombol pintu sehingga pecah.
Dia membuka pintu dan melihat bilik itu kosong.Dia dengar air dalam bilik air dibuka.Lagi sekali tangannya cuba memulas tapi tak boleh.
"Liya...."panggil Rain.
Liya cuba bangkit dari lantai.Dia menyelongkar laci bilik air itu dan terjumpa gunting kecil dalamnya.
Dia capai lalu diletakkan belakang badannya.
Rain memandang pada tombol pintu yang dibuka.Dia melihat Liya yang sudah basah dengan baju sekali.
"Liya....."panggil Rain.
Liya menghalakan gunting pada Rain.Lelaki itu sempat elak dan memandang gadis itu yang seakan hilang dirinya.
"Liya..."
"Jangan sebut nama aku..."ucap Liya menghalakan gunting sekali lagi pada Rain.Tapi kekuatan Rain lagi kuat nak dibandingkan dirinya.
Rain mencapai gunting dan dicampak jauh.Dia memeluk tubuh itu kemas.
"Sabar Liya....mengucap....ingat Allah.. "ucap Rain memeluk Liya dari belakang.
"Lepas....kan aku...setan...tak payah kau nak tunjuk baik dekat sini.!!!!!"rintih Liya cuba melepaskan tangannya.Liya jatuh ke lantai.
Rain memeluk dan berbisik ditelinganya.
"Calm down Liya.....Calm down Liya...."bisik Rain dengan tangan masih memegang kemas tangan Liya.
Tangan Liya jatuh dari pegangan Rain.Rain memandang Liya yang sudah tidak sedarkan diri.Dia mengangkat tubuh itu ke atas katil.
Dia meraup wajahnya melihat muka pucat Liya itu. Tangan Liya dipegangnya.
"Aku minta maaf..... Liya... Aku minta maaf....."ucapnya sambil mengusap tangan itu.
~Balas dendam terbaik adalah menjadikan dirimu yang terbaik ~
~Balas dendam terbaik adalah menjadikan dirimu yang terbaik ~
Share this novel
lepas kawin kau nak dera Liya ke....