BAB 23

Drama Completed 84966

Suasana di ruang tamu rumah Datin Fazira sunyi sepi tanpa suara.Mereka berdua dipandang tidak berkelip oleh Datin Fazira dan Datuk Tuah Farid.

"Mana Rain jumpa Liya?"soal Datin Fazira.

Liya memandang suaminya.

"Rain...cari Liya lepas Rain sihat haritu..Rain rasa bersalah sebab buat Liya macam tu..pada saat dalam hati Rain dah timbul rasa suka pada Liya."ucap Rain jujur.

Datin Fazira memandang Datuk Tuah Farid disebelah.

"Jadi selama ni... Rain jarang ada dekat rumah sebab nak pujuk Liya macam tu?"soal Datin Fazira.

Rain menundukkan wajahnya.

"Tak...pun Bonda selama Rain..tak ada Rain culik Liya bawa lari ke sempadan Thailand"ucap Rain.

Wajah Datin Fazira terkejut mendengar pengakuan anak lelakinya itu.

"Tapi Kenapa Rain culik Liya? Bukan ke Rain boleh je..jumpa Liya dengan cara yang baik.."ucap Datuk Tuah Farid.

Rain memandang Ayahandanya.

"Rain tahu Rain salah...sebab Rain tak Liya hilang dari pandangan Rain...dan jadi milik orang lain... Liya pun tak salah.."ucap Rain.

"Habis...kamu bawa Liya pergi sempadan Thailand buat apa?"soal Datin Fazira.

Rain meraih tangan Liya.

"Rain dan Liya kami dah nikah...nak dekat sebulan lebih..."ucap Rain.

Datin Fazira memandang Liya.

"Betul ke Liya?"soal Datin Fazira.

Liya mengangguk perlahan.

"Minta maaf Datin...Datuk...sebab rahsiakan semuanya daripada pengetahuan keluarga"ucap Liya memohon kesalahan.

"Keluarga Liya macamana? Rain?"soal Datuk Tuah Farid.

"Keluarga Liya dah tahu pasal perkara ni cuma...mereka marah pada Rain lagi.. Keluarga Liya akan terima Rain sekiranya Liya pun terima Rain sebagai suami"ucap Rain.

Datuk Tuah Farid mengeluh berat.

"Tak semua orang akan suka dengan keputusan meluru kamu ni Rain....masa kamu buat benda ni ada kamu fikir perasaan mereka? Lagi-lagi Liya ni perempuan...dia mesti kena jaga air muka keluarga dia...apa kata orang nanti? Kahwin... tiba-tiba...boleh timbul fitnah tau?"soal Datuk Tuah Farid.

Rain mengangguk perlahan.

"Rain...tahu sebab tu.. Rain nak perbetulkan semuanya.Rain tak nak tengok keluarga Liya tersinggung dengan perbuatan Rain pada mereka.Rain minta maaf sebab membelakangkan Bonda dan Ayahanda"ucap Rain merendah diri.

Datin Fazira mendekati Liya.Tangan menantu "segeranya" itu diraih.

"Liya.... Bonda nak tanya soalan ni.. Liya ikhlas terima Rain sebagai suami Liya..tanpa paksaan?"soal Datin Fazira.

Liya menguntumkan senyum sedikit.

"Liya... terima Rain ikhlas... Bonda... Liya terima siapa Rain sebelum dan selepas Liya kenal dia.Dan Liya harap Rain pun boleh terima Liya macam tu?"soal Liya memandang suaminya.

Datin Fazira memandang anaknya.

"Insyallah Rain akan jaga Liya....lagi satu Rain nak bawa Liya tunaikan umrah dan honeymoon sekali dekat sana...tapi sebelum pergi sana.Kami nak balik jumpa keluarga Liya dulu..supaya perjalanan kami ke sana direstui oleh semua pihak..."ucap Rain pada keluarganya.

Datuk Tuah Farid mengangguk perlahan mendengar hasrat anaknya itu.Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke arah Rain.

Tubuh anak lelaki itu dipeluknya.Dia tak menyangka anaknya yang dulu suka berlari dan ada saja keletah kini tumbuh menjadi lelaki yang berani dan matang.

"Tahniah.... Ayahanda doakan semoga dipermudahkan urusan kamu dan Liya dekat sana nanti"ucap Datuk Tuah Farid.

Datin Fazira mengalirkan air matanya.Rain turut sebak dia membalas pelukan itu.

Liya memeluk tubuh Datin Fazira.

"Terima kasih Ayahanda...."ucap Rain mengesat air matanya yang jatuh di pipi.

*************

Rain dan Liya memilih untuk ke Jitra dengan menaiki kapal terbang sahaja.Disana nanti Rain sudah siap menyewa kereta untuk mereka bergerak.

Liya balik ke Jitra tanpa memberitahu keluarganya.

Sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, mereka mula bergerak ke rumah keluarga Liya.

Rain memandu dengan nampak tenang sedangkan hatinya bergolak memikirkan tentang penerimaan keluarga Liya nanti.

Liya memandang tempat kelahirannya itu.Sudah lama rasanya dia tidak balik ke sini sejak menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur untuk berdikari jauh dari keluarga.

Dia memandang Rain yang senyap dari tadi.Jari suaminya itu bergerak mengikut rentak lagu yang sedang bermain di corong radio.

"Awak...okay..?"soal Liya pada Rain.

Rain memandang sekilas isterinya dan menghadiahkan senyuman.

"Okay... Kenapa nampak saya tak okay ke?"soal Rain semula.

"Taklah... awak senyap je dari tadi...tu saya tanya risau..."ucap Liya.

Rain mengigit bibirnya.

"Jangan risaulah kita dah kahwin bukan buat maksiat...cuma saya risau dengan Abang Nu'man tu..dia macam tak suka saya..je..pandang pun kerek je.."ucap Rain mengutuk abang iparnya.

Liya tergelak.

"Abang Nu'man kerek... saya tak percayalah.Setahu saya Abang Nu'man tu...saja nak gertak awak...maklumlah dia yang jaga saya dari saya kecil...orang kata pelindung dalam keluarga..sebab dia tak nak adik dia kena buli..."cerita Liya.

Rain mengangguk perlahan.

"Saya nak tanya soalan?"soal Rain.

"Apa dia?"

"Arwah ibu Sayang dulu...meninggal sebab apa?"soal Rain ingin tahu.

Liya mendiamkan diri dahulu.

"Sebab lahirkan saya..."ucap Liya mendatar.

Rain berpaling dan dia turut terkejut dengan ayat isterinya itu.Dia tak tahu isterinya itu rupanya tidak pernah rasa kasih sayang seorang wanita yang digelar ibu.Tapi tetap tumbuh menjadi seorang gadis yang kuat.

Tangan Liya dicapai dan dicium lama.

"Saya nak ucap terima kasih dekat arwah mak mentua saya..."ucap Rain.

"Sebab?"soal Liya.

"Sebab lahirkan wanita yang hebat dan kuat untuk saya..."ucap Rain.

"Awak bagi saya pickup line ke? Awak belajar dari siapa ni?"soal Liya.

"Bolehlah..belajar sikit-sikit dekat TikTok."balas Rain dengan gelak.

************

Kereta yang dipandu Rain memasuki laman rumah kampung moden itu.Liya memandang dalam garaj ketiga-tiga kereta ada.Bermakna Daddy dan Abang Nu'man ada dirumah.

Liya keluar dari kereta dan diikuti dengan Rain.Liya mencapai tangan Rain mendekati pintu rumah.

"Asalamualaikum.....Daddy....Abang Nu'man..."sapa Liya diluar.

Dia melihat laman rumah yang bersih dan teratur.Ini mesti kerja Abang Nu'man yang pantang nampak laman bersepah.

"Tak ada orang ke dalam Sayang...mana tahu diaorang pergi kilang ke?"soal Rain.

"Tak mungkin sebab kereta ada motor pun ada.."ucap Liya.

Dalam mereka berborak pintu rumah dibuka.Pak Dim keluar dari rumah untuk melihat siapa yang datang.

"Liya ke?"soal Pak Dim.

Liya berpaling dan melihat Daddynya.

"Ya... Daddy Liya balik...ni.."ucap Liya meluru ke arah Pak Dim dan disalamnya serta dipeluk.

Pak Dim memeluk tubuh Liya dan dia memandang ada tetamu lain yang bersama Liya.

"Daddy sihat? Abang Nu'man mana?"soal Liya melepaskan pelukannya.

"Alhamdulilah sihat.... Abang Nu'man keluar dengan kawan dia...kejap lagi baliklah..tu.."ucap Pak Dim.

Liya baru teringat tentang Rain.

"Daddy....kenalkan suami Liya Jebat Fahrain.Liya minta maaf sebab tak bagitahu Daddy"ucap Liya.

Rain menundukkan wajahnya.

"Takpelah benda pun dah jadi...yang penting kamu berdua dah nikah...tak buat maksiat... Daddy anggap mungkin ni ujian untuk keluarga kita...Rain...tak payah segan-segan dengan kami.Kami dah jadi keluarga kamu.Cuma Daddy harap kamu sabarlah dengan Nu'man nanti.Dia terlalu sayangkan Liya...jadi kamu jangan terasa hati.."ucap Pak Dim.

"Baik.... Pak Dim... Bonda dan Ayahanda saya kirim salam.Nanti ada masa dia datang nak jumpa dengan Pak Dim"ucap Rain.

Pak Dim gelak besar tiba-tiba.Liya memandang Daddy dan Rain juga pelik kenapa "bapa mentuanya " gelak?.

"Daddy Kenapa gelak?"soal Liya.

"Takdelah...Rain.. ni...apa pulak panggil Pak Dim.Panggil Daddylah...kamu kan menantu dalam keluarga ni."ucap Pak Dim.

Rain dan Liya lambat-lambat gelak.

"Dah jom masuk...rehat dekat dalam.Liya bawa Rain rehat dulu.Nanti Daddy masuk dapur masak untuk makan malam"ucap Pak Dim.

"Hebat... Daddy awak pandai masak"ucap Rain.

"Awak kena rasa dia punya kari kepala ikan... confirm...awak nak repeat lagi"ucap Liya.

Rain tersenyum mengikut Liya masuk ke dalam rumah.

***********

Liya turun ke dapur untuk mengambil air dalam peti ais.Dia rasa dahaga pula.Nu'man yang baru balik dari luar melihat adiknya ada di dapur.

"Ingat tak reti nak balik sini? Sampai kahwin pun tak bagitahu?"ucap Nu'man.

Liya berpaling dan bersalaman dengan Nu'man.

"Liya dah minta maaf kan?"soal Liya.

Nu'man memandang adiknya itu.

"Apa lelaki itu buat sampai hang terima dia?"soal Nu'man.

"Abang Nu'man jodoh, maut dan pertemuan semua Allah yang tentukan.. Liya tak ada kuasa..."ucap Liya menaikkan sedikit suaranya.

"Aku betul tak berapa berkenan dengan dia tu?"soal Nu'man.

Liya meletakkkan gelas air yang berada ditangannya.

"Abang Nu'man...orang mana yang betul-betul kena dekat mata Abang Nu'man?. Abang Nu'man suka judge orang tanpa kenal hati budi dia...Rain tak macam apa yang Abang Nu'man fikirkan..dia suami Liya yang sah...hanya maut akan pisahkan..kami"ucap Liya tegas.

Mereka tak tahu rupanya perbualan mereka didengar oleh Rain yang mahu ke dapur tadi.Rain menyandarkan tubuhnya di dinding.Dia kembali ke bilik semula.

"Hanya maut...budak zaman sekarang semua gelojoh nak kahwin..asas rumahtangga semua hancur."ucap Nu'man.

"Memang kami gelojoh... sekurang-kurangnya...kami tak menua sorang-sorang macam Abang Nu'man"ucap Liya geram terus keluar dari dapur.

Nu'man mencebikkan bibirnya.Kena batang hidung sendiri.Asyik kutuk orang saja...dia pun terkena.

Ujian yang datang dalam hidup kita ini sebab Tuhan sayang kita. Semua ujian itu, sebab Tuhan sayang kita. Allah nak beri kebaikan, Dia beri ujian. Jadi kita yakin selepas ujian ini ada rahmat besar yang nak datang. Apabila Allah sayang seseorang, Allah beri ujian-ujian yang berat.

Ujian yang datang dalam hidup kita ini sebab Tuhan sayang kita. Semua ujian itu, sebab Tuhan sayang kita. Allah nak beri kebaikan, Dia beri ujian. Jadi kita yakin selepas ujian ini ada rahmat besar yang nak datang. Apabila Allah sayang seseorang, Allah beri ujian-ujian yang berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience