BAB 16

Romance Completed 14728

"Ok lah ni aku ada hadiah untuk korang sebab sudi masuk dalam game aku ye" kata Wirdani sambil tersenyum sinis kepada mereka berdua. Apabila mereka membuka sampul surat yang di beri oleh Wirdani tadi, mereka terus terkejut bahawa yang dalam sampul surut ada gambar mereka sambil berjalan dengan seorang perempuan. " Korang jangan risau aku bukan macam cikgu disiplin kat sekolah pun.. Aku tak dengar apa-apa lagi, ni barang untuk kau Aniq dan ni barang untuk kau Faris.. Korang jangan risau barang yang korang bagi kat aku selama ni.. aku simpan sebab aku tahu.. Aku akan pulangkan kat korang semula, jadi sekarang dah tahukan nak buat apa seterusnya aku nak korang balik sekarang boleh "kata Wirdani sambil menunjukkan arah jalan raya.

      Di dalam kereta," Ibu.. Warda dah tak sabar tunggu kakak kahwin "kata Warda kepada ibunya." ibu pun tapi kita kena cakap dengan kakak dulu takut dia pengsan nanti"kata Puan Malina kepada anaknya. "Jap... kakak pernah pengsan ke sebelum ni" kata Warda kepada ibunya untuk kepastian. "Mana lah tahu kan dia pengsan" kata ibunya kepada anaknya. "Ohhh kalau pengsan memang dasyat ibu.. Ye lah ibu cuba bayangkan seorang Playgirl berkahwin dengan musuh dia Playboy.. Nanti lepas kahwin tak tahu lah apa jadi nanti, hahahahaha" kata Warda sambil ketawa. "Ishh adik ni tak baik lah.. Kita patut nya doakan diorang supaya kedua-dua nya mengalah dan menjadi seperti suami isteri yang biasa" kata Puan Malina kepada anaknya yang sedang ketawa tak ingat dunia.

"Wirdani dulu pernah terbuka hati untuk terima sesiapa pun tapi selepas orang yang dia sayang hilang.. Hidup dia dah tak bermakna lagi dan sekali lagi dia tutup pintu hati dia untuk mana-mana laki pun" kata Dato Kamal kepada Daniel. "Oh.. Maaf pakcik sebab saya.. Pak cik terkilan" kata Daniel apabila melihat Dato Kamal yang sudah seperti hilang semangat. "Daniel boleh tolong pak cik tak" kata Dato Kamal kepada Daniel. "Boleh.. Tapi apa dia" kata Daniel yang sudah tertanya. "Harap-harap bukan ubah perangai anak dia tu.. Kalau kena ubah silap-silap bukan aku ubah dia tapi dia ubah aku adalah nanti, macam mana ni Ya Allah" bisik hati Daniel. "Teman pak cik dengan ayah main golf jom" kata Dato Kamal sambil membuat aksi memukul golf. Daniel yang mendengar terus terkedu jawapan yang dikeluarkan Dato Kamal.

     Apabila kereta yang membawa Puan Malina sudah sampai kerumah" Kakak ni dah kenapa dengan budak lelaki ni"kata ibunya baru saje keluar dari perut kereta. "  Ni ibu kata budak.. Ni dah nak masuk gelaran pak cik dah pun" kata Wirdani sambil senyum sinis dan menjeling Aniq dan Faris. "Mak cik ada benda nak bagi tahu sebenarnya tak lama lagi Wirdani akan berkahwin dengan seseorang yang baik, gagah, jujur dan yang paling penting dia tahu mengenai Islam" kata ibunya kepada mereka berdua. " Korang dengar kan yang AKU AKAN BERKAHWIN TIDAK LAMA LAGI JADI SEKARANG.. AKU NAK KORANG KELUARRR DARI KAWASAN RUMAH AKU SE-KA-RANGG!" Jerit Wirdani kepada mereka berdua tak sangka perempuan yang mereka nak kikis ada lah perempuan yang bukan sembarangan, mereka cuma kenal Wirdani yang keluar selalu dengan dia ialah seorang lemah lembut dan baik hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience