BAB 66

Romance Completed 14733

"Betul ke mama?" kata Daniel yang meminta kepastian. Daniel melihat muka orang yang berada di situ, semua yang berada disitu mengangguk kepala "Kalau Daniel tak percaya.. Ni adalah gambar dengan video sekali masa mama ambik masa Daniel janji depan Wirdani yang Daniel akan sentiasa jaga dia dari jarak jauh atau jarak dekat" kata mama nya yang mengeluarkan gambar dan video yang dia rakam. Daniel terus menghampiri ke meja untuk melihat gambar dan video itu "Kenapa mama tak bagitahu Daniel awal-awal lagi.. Semua orang dah tahu ke pasal ni termasuk keluarga Wirdani sekali" kata Daniel kepada mama. "Ye semua orang dah tahu tapi tidak pada Wirdani.. Kita orang rahsia kan bersebab.. Sebab nya macam sekarang kalau Daniel tahu dari awal Daniel takkan rasa bersalah sampai macam ni sekali.. Kami semua tahu kalau kamu berdua berkahwin dan saling mencintai pasti akan ada penghalang untuk pisah kan korang.. Jadi Daniel sekarang faham kan kenapa? Kata Mama nya membuat kan Daniel semakin bersalah.

"Daniel akan cari Wirdani sampai dapat" kata Daniel yang mula berhasrat. Papanya yang melihat terus bangun dan pergi kearah Daniel "Kebencian haya satu permulaan.. Cari Wirdani.. Daniel dan tunai kan janji kamu yang tertunda tu" kata Dato Kasim sambil menepuk bahu anaknya."Jangan risau abang kami semua akan cari kakak Wirdani sampai dapat.. Ok" kata Dahlia yang meyakinkan abang nya. "Tapi boleh tak adik keluar pergi bandar sekarang?" kata Dahlia kepada keluarga nya untuk meminta izin. "Aik awal betul nak cari kakak ipar?" kata Danish yang pelik. "Bukan.. Adik nak pergi butik adik dah order baju jubah.. Nanti kalau lambat ambik kedai tu tutup.. Boleh kan" kata Dahlia yang membulatkan mata dan berkelip tanpa henti. "Hmm pergi lah tapi hati-hati" kata papanya yang bagi keizinan. "Thankyou papa ku sayang" kata Dahlia yang terus menaiki tangga. "Aik mama tak sayang kee..?" kata mamanya sambil menutup mata.

"Aik mana budak tu pergi?" kata mama yang melihat sekeliling,"Dah naik atas dah mama" kata Daniel sambil menunjukkan jari keatas. "Bertuah punya anak hmmph" kata Puan Mawar yang merajuk. Ketika Dahlia baru sahaje keluar dari butik dia terus menuju ke jalan untuk pergi kearah kereta nya tanpa melihat kiri dan kanan ada sebuah kereta meluru laju ke arahnya "HATI-HATI!" kata seorang lelaki yang jerit membuatkan Dahlia tersedar yang dia berada di tengah-tengah jalan tapi di selamat kan oleh seorang lelaki. "Are you okay?" kata lelaki itu kepada Dahlia. "Ye saya okay terima kasih" kata Dahlia yang melihat sikunya luka. "awak adiknya Daniel kan?" kata seorang lelaki itu meminta kepastian. "Ye saya Dahlia adik Daniel kenapa ye?" kata Dahlia yang pelik. "Abang aku cuma ada banyak kawan perempaun je.. Kawan lah sangat? Tapi ni lelaki pelik.. Abang aku dah tukar test Hmm.. Astaghfirullah apa yang yang kau cakap ni Dahlia kau berangka buruk dengan abang kau sendiri" bisik hati Dahlia sambil mengeling kan kepala nya.

"Saya Lutfi.. Dan saya nak minta maaf sebab banyak buat masalah dengan keluarga awak dengan Wirdani.. Di sebab kan saya rumah tangga mereka berdua hancur berkecai" kata Lutfi yang memandang jalan tar. Dahlia yang dengar terus bangun dan ingin pergi dari situ tapi dihalang oleh Lutfi. "Tunggu dulu.. Saya tahu saya salah saya memang patut dihukum dan sebab tu lah saya nak jumpa keluarga awak dengan keluarga Wirdani malam ni.. Please give me change" Kata Lutfi yang memohon agar Dahlia mempertimbangkan. "Ok saya akan bagi awak berjumpa dengan diorang.. Tapi siap sedia sebab abang-abang takkan bagi muka kepada awak Lutfi.. Lepas isyak pukul 9 malam tepat" kata Dahlia yang terus berjalan melepasi Lutfi tanpa pandangan sebelah. "Pukul berapa dia datang adik?" kata Daniel kepada adiknya.

"Pukul 9..jap lagi datang lah tu" kata Dahlia yang sentiasa melihat pintu. Lutfi yang sudah datang terus masuk dan memberi salam "Waalaikumusalam" jawab salam dengan serentak, Daniel memandang Lutfi dengan seribu tanda tanya Lutfi perasan dengan pandangan tu yang dalam "Sebelum tu saya nak minta maaf kepada semua sebab beri saya peluang untuk terang kan kesemua nya" kata Lutfi kepada mereka semua. Ketika Lutfi sedang terangkan Daniel hendak menyampuk tapi di halang oleh kembarnya dan kawannya. Selepas Lutfi telah habis memberi keterangan Daniel mula bangun dan berjalan kearah Lutfi dengan amarah "Jadi Fatihah upah orang untuk tangkap security sementara ambik kunci ganti rumah aku macam tu ke!" kata Daniel dengan tegas. "Ye aku betul-betul minta maaf pasal gambar yang aku edit kau dengan Fatihah" kata Lutfi kepada Daniel.

"Lepas apa yang kau buat kat Wirdani.. Dan rumah tangga aku..aku akan bagi kau lepas ke?" kata Daniel sambil memandang sinis. "Aku tahu kau takkan lepas kan aku sebab tu lah aku datang kau boleh pukul aku dengan apa-apa pun" kata Lutfi yang terima hukuman, Apabila Lutfi berkata seperti itu Daniel menggenggam tangannya dan ingin menumbuk muka Lutfi tapi sempat dihalang oleh Dahlia "ABANG SUDAH LAH TU!.. tak salah kan kita bagi dia peluang kedua.. Dia dah selamatkan nyawa adik kalau tak adik sekarang kat hospital tau" kata Dahlia yang menangis meminta simpati ke abangnya. "Apa maksud adik?" kata Daniel kepada adiknya "Tadi masa adik balik adik melintas tanpa pandang sekeliling dan ada satu kereta meluru kearah adik tapi adik diselamatkan oleh Lutfi mest Allah ingin beri dia peluang untuk betul kan kesalahan dia ni.. Kita cuma manusia biasa je abang tak layak nak hukum dia macam ni sekali dia cuma manusia biasa je abang kita semua manusia biasa ada buat salah juga tapi tak salah kan kalau kita bagi dia peluang kedua "kata Dahlia kepada abang nya.

Semua orang yang berada di situ melihat keadaan itu 'Macam drama'." Betul tu Daniel benda dah jadi kita tak boleh nak buat apa-apa.. Kalau Daniel pukul dia sekali pun bukan Wirdani boleh muncul kembali pun.. Sekurang-kurangnya kita boleh jadi kan dia ni spy kita semua" kata Puan Malina sambil tersenyum. "Spy? Maksud ibu hantar dia ni sebagai pengintip macam tu ke?" kata Daniel kepada ibu mertuanya. "Kurang tepat jawapan Daniel tu.. Lutfi.. Fatihah dah tahu ke pasal kamu nak nak berhenti buat benda ni?" kata Puan Malina kepada Lutfi. "Belum Puan kenapa" kata Lutfi kepada Puan Malina. "Ok Good.. Rancangan ibu adalah.. Lutfi bila Fatihah nak jumpa kamu kamu datang berjumpa dia dan dengar rancangan yang dia akan buat selepas itu jadi Sekurang-kurangnya kita boleh elak kan rancangan itu berjaya betul tak" rancangan Puan Malina itu membuat kan ramai menarik perhatian.

"Betul juga tu.. Saya setuju tu Malina.. Macam mana Lutfi kamu setuju?" kata Puan Mawar sambil memandang Lutfi begitu juga yang lain. "Boleh saya tak kesah.. Tapi kamu semua kena tahu satu rancangan yang dibuat oleh Fatihah.. Rancangan dia kali ni agak membahayakan nyawa lah juga" kata Lutfi itu membuat kan semua orang memandang kearah nya dengan penuh tanda tanya. "Fatihah.. Dia nak cari Wirdani dan kemungkinan nak hapus kan terus.. Dia cakap kalau dia tak dapat Daniel tak ada sorang pun boleh dapat kan Daniel itu yang fatihah cakap" kata Lutfi itu membuatkan semua membulatkan mata 'Tak percaya'. "Hei budak perempuan tu dah gila ke?.. Kita kena jumpa Wirdani secepat mungkin kalau tak kita takkan jumpa Wirdani lagi" kata Daniel yang terlampau gelisah.

Happy reading guys.. Jangan lupa support and komen.. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience