BAB 63

Romance Completed 14728

"Kau ingat ni apa? Minta autograf ke.." kata Daniel sambil memandang Wirdani. "Alaa.. Tak pe lah kalau kau cakap macam tu aku tak kesah" kata Wirdani yang sedang merajuk. "Ok lah aku tahu aku ni handsome kan" kata Daniel yang sedang memuji dirinya sendiri. "Aahh muka kau tu memang handsome.. Kambing pun kalah tau hahaha" kata Wirdani. "Kau.. Sama kan aku dengan kambing.." kata Daniel yang terkejut. "Ye kenapa salah ke.. Ke takut jatuh kau punya imej sebagai Playboy yang di gilai oleh kaum wanita di luar sana" kata Wirdani seolah-olah mengejek Daniel. Daniel yang malas nak bertengkar dia terus menrehat kan fikirannya kembali "Alaa.. Jangan lah merajuk.. Aku saje je lah.. Jom ambik gambar?" pujuk Wirdani itu telah berjaya. Wirdani dan Daniel pun bergambar dalam beberapa kali dan selepas itu mereka sambung berkultivasi.

Ketika Daniel sedang berkultivasi dia merasakan sesuatu benda tindih ke bahunya,Apabila Daniel sedar dia melihat di sebelah ialah Wirdani yang sudah tertidur lena. "Haihh kosongkan sangat fikiran tu sampai tertidur.." kata Daniel yang mula bangun dan mengangkat Wirdani dan meletakkan keatas katil sambil menyelimutkan Wirdani sampai ke bahu. Keesokkan subuh nya, Wirdani terdengar azan yang sedang di mainkan dia mula membuka mata " Ya Allah.. Aku tidur betul-betul hadap muka dia Alam.. Mak" bisik hati Wirdani yang sedang melihat muka Daniel betul-betul di depannya,Wirdani yang terkejut terus bangun dan mengusap dada nya kerana terkejut. "Daniel.. Bangun dah subuh ni.. Bangun lah" kata Wirdani sambil menggoncangkan tubuh Daniel. Daniel yang sedar dari tidur terus bangun dan menggosok matanya dan memandang Wirdani "Dah kenapa kau pandang aku macam tu?.. Aku mandi dulu nanti baru kau" kata Wirdani kepada Daniel, Daniel hanya mengangguk saje.

Apabila mereka selesai solat subuh, Wirdani pergi ke depan meja solek untuk menyikat rambutnya, ketika Wirdani sedang menyikat rambutnya Daniel berjalan mendekati Wirdani dan tunduk sedikit supaya dapat berbisik dengan Wirdani. Wirdani yang melihat hanya sambung menyikat rambutnya dia tahu Daniel hendak berkata sesuatu tapi sangkaannya meleset Daniel terus mencium pipi gebu Wirdani di sebelah kiri, selepas tu Daniel terus tersenyum dan terus keluar dari bilik tu. Wirdani yang terkejut dengan kejadian tadi terus memegang pipinya kirinya dengan lembut "Ya Allah apa yang terjadi tadi" kata Wirdani yang masih tidak mempercayai nya. Selepas kejadian tadi Wirdani cuba untuk lari daripada bertembung dengan Daniel, sebagai contoh apabila Wirdani melihat Daniel di ruang tamu dia pergi ke dapur.

Ketika sarapan Wirdani duduk di tengah-tengah Warda dan Dahlia, ibu dan ayahnya memandang sesama sendiri apabila melihat Wirdani tunduk ke bawah saje. Apabila keluarga mereka hendak balik mama dan ibunya memberikan pesan Kepada Wirdani, begitu juga dengan ayah dan papanya yang memberi pesan kepada Daniel kebanyakannya pesan cara-cara menjadi suami isteri.
Setelah kereta keluarga mereka hilang dari pandangan mereka Wirdani terus berlari masuk dengan laju dan masuk ke dalam bilik dengan kunci bilik sekali. Daniel yang melihat hanya senyum saja 'comel'. Wirdani mula gelabah terus mengemas pakaiannya dan memasukkan ke dalam beg setelah itu keluar dari bilik dan terus pergi ke biliknya yang berada di hujung sekali.

Ketika berada di dalam bilik Wirdani yang sedang berkunci "Kenapa aku malu sangat nak tengok muka dia ni.." kata Wirdani sendiri. "Aku dah mula percaya dia ke? Tapi dia tu Playboy tapi mama cakap tadi Daniel tak pernah buat benda yang tak senonoh kat mana-mana perempuan... Aku rasa aku mula percaya kat dia lah.. Aku harap apa yang mama cakap tu betul lah" kata Wirdani sendiri sambil tersenyum. Keesokannya, Wirdani yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerjanya Daniel terus mengetuk pintu bilik nya, Wirdani dengar terus membuka pintu dan melihat penampilan Daniel dari atas sampai ke bawah sambil senyum "Boleh tahan lah kau ye sekarang lain benar" kata Wirdani sambil memandang Daniel. "Aku sentiasa segak dan bergaya tau kau je yang tak cair hati" kata Daniel itu membuat Wirdani meluat.

"Apa-apa jelah.. Hah ni kau nak apa?" kata Wirdani kepada Daniel. "Hari ni aku balik lambat tau nanti kau tak payah masak lah ye" kata Daniel kepada Wirdani. "Aku baru je nak cakap tadi.. Aku pun balik lambat juga" kata Wirdani kepada Daniel. "Oh ok lah kalau macam aku pergi dulu Assalamualaikum" kata Daniel yang hendak pergi tapi di halang oleh Wirdani "Jap tunggu aku nak bagi kau sesuatu jap kau tutup mata dulu.. Ni boleh jadi kan kau speechless tau jadi bertabah lah ye" kata Wirdani sambil memandang Daniel. Daniel yang mendengar terus tutup mata nya, Wirdani yang teragak-agak untuk melakukannya tapi dia dah nekad dia nak lawan perasaan ni. Tanpa membuang masa Wirdani terus menghadiahkan satu cium ke pipi Daniel dan terus menutup pintu bilik nya dengan secepat mungkin. Daniel yang melihat kelakuan isterinya hanya mengeling dan terus turun untuk pergi ketempat kerja nya.

Ketika di bilik kerja Wirdani, Siti mengetuk pintu dan terus masuk "Puan ni dokumen yang tadi Puan suruh cari tadi dan ni adalah dokumen syarikat yang nak berbincang dengan kita lusa nanti" kata Siti yang terus letak di atas meja. "Ok letak je kat situ.. Hmm.. Siti nanti lusa diorang nak berbincang pasal pelan ni pukul berapa ye..?" kata Wirdani yang terus memberhentikan kerja nya dan pandang ke Siti. "Pukul 7 petang dia kata tapi saya dah cakap pukul 7 tu dah habis waktu berkerja tapi dia cakap dah tak ada masa lagi.. Nanti masa perjumpaan diorang terus terang kan kesemuanya tentang projek tu nanti kita tinggal dengar dan bagi pendapat je" kata Siti kepada Wirdani. Wirdani mula berfikir sejenak "Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ni Hah.. Ya Allah kau berikanlah ketenangan dihati ku ini Ya Allah" hati Wirdani berkata.

"Ok kalau macam tu.. Tapi saya nak awak pesan kepada semua pekerja dalam syarikat ni lusa nanti balik pukul 10 OT.. Jangan risau siapa yang datang lusa nanti sampai pukul 10 saya bagi bonus nanti akhir tahun" kata Wirdani kepada Siti. Siti hanya angguk dan terus keluar untuk mengkhabarkan berita gembira ini kepada kawan-kawannya. Lepas sahaja Siti keluar Wirdani terus menelefon Daniel untuk memberitahu dahulu takut terlupa "Assalamualaikum Daniel.." kata Wirdani yang memberi salam kepada Daniel. "Waalaikumusalam ada apa ni?" jawab Daniel. "Nanti lusa aku balik kerja pukul 10 malam tau.. Aku bagi je dulu nanti takut aku lupa.. Ok" Kata Wirdani. "Jap kau balik kerja pukul 10 malam.. Kau biar betul mana ada orang kerja sampsi pukul 10 malam" kata Daniel.

"Memang lah tak ada rapi ada 1 syarikat ni diorang nk berbincang pukul 7 jadi aku anggar kan pukul 19 baru habis" kata Wirdani kepada Daniel. "Kau sorang je ke nanti?" kata Daniel kepada Wirdani. "Kau jangan risau lah aku dah suruh semua orang dalam company untuk OT sampai pukul 10 malam nanti aku bagi bonus.. Kau jangan risau lah aku dah besar pandai jaga diri" jata Wirdani kepada Daniel, "Kalau kau dah cakap macam tu ye lah bye Assalamualaikum" kata Daniel yang terus mematikan telefon selepas Wirdani menjawab salam nya tadi. Wirdani dan Daniel pun terus sambung kerja mereka sehingga lah pukul 8 malam. "Puan dah Waktu balik ni" kata Siti kepada majikannya. "Siti duduk lah dulu tunggu saya kemas meja ni jap" kata Wirdani yang mula hentikan kerja nya dan kemas barang nya untuk balik.

Setelah selesai kemas Siti dan Wirdani pun keluar dari bilik itu dan berjalan bersama-sama sehingga lah ke parkir kereta. Setelah pemanduan Wirdani sampai ke destinasi nya dia pun keluar dari perut kereta dan memasuki rumah, ketika Wirdani masuk dia telah menghidu bau masakan yang sangat sedap tanpa membuang masa dia terus ke dapur dia melihat Daniel sedang menghidangkan makanan di atas meja "Wahh.. Pandai kau masak ye.." kata Wirdani sambil memandang lauk di atas meja. "Aku memang pandai masak dari dulu lagi cuma.. Tak nak tunjukkan perfert sangat itu je" kata Daniel yang sedang memuji dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience