BAB 4

Romance Completed 14728

Lamunan Daniel telah terganggu apabila Puan Mawar memanggilnya. "Daniel.. Daniel boleh teman mama dengan kawan mama pergi shopping tak" Puan Mawar memujuk Daniel supaya dapat pergi bersama dengannya kerana Puan Mawar ingin merapatkan Daniel dengan anak perempuan kawannya itu. "Hmmmm, ok lah mama, tapi kali ni je tau Daniel teman, Daniel dah tak sanggup nak teman mama dengan kawan mama, nanti mesti anak perempuan kawan mama tu nak mengedik dekat Daniel, Daniel tahu lah Daniel hot, handsome dan segak" kata Daniel sambil memuji diri sendiri. Puan Mawar sudah tersenyum gelagat anaknya yang selalu berlagak macam dia seorang saje yang hot dalam muka bumi ni."Ok, sekarang siap dan start kereta tu, lagi pun kawan mama yang ni bukan yang macam yang lain tu, tau" kata mama nya agak pelik sikit tapi dia tak hairan yang penting dapat jumpa mangsa yang seterusnya. Peraturan Daniel kepada mangsanya ialah keluar pergi dinner bersama magsanya hanya 3 kali saje, jika kalau mangsanya datang ke tempat kerje akan ditinggal dengan sekelip mata.

  "Adik lama lagi ke... Kakak dah penat ni" kata Wirdani yang sudah berjalan seperti zombie. Adiknya sudah penat nak jawab soalan kakaknya dari tadi tanya soalan yang sama, tiba-tiba telefon warda berbunyi di dalam beg tangan dan membaca mesej yang dihantar oleh ibunya, apa lagi makin lebar lah senyumnya itu dari tadi. "Adik kenapa ni senyum macam badut" kata wirdani dengan mula buat muka pelik. "Ni ibu nak datang sini dengan kawannya dan juga bawak anak lelaki dia sekaliiii" kata adik nya sambil tergedik-gedik, menyampah itu lah yang berada dalam hatinya dan fikiranya sekarang. "kenapa lah mama bawa mamat yang datang dari mana asal-usul, ngantak-ngantak keturunan pakistan" bisik wirdani kepada dirinya sendiri sambil buat muka loyar nak muntah. "Apa lah akak ni fikir jangan sampai kesitu boleh tak, ibu tu masih waras lagi lah nak pilih calon menantu dia, apalah akak ni" kata warda yang terdengar apa yang kakak nya bisikan, "Macam mana adik boleh dengar apa yang akak cakap tadi?" kata kakaknya dengan muka tak puas hati. "Adik tak pekak lagi lah kak" kata warda kepada kakaknya dan mereka pun ketawa kecil agar orang yang berapa di sekelilingnya tidak boleh dengar.

"Assalamualaikum" Puan Mawar memberi salam kepada yang berada didalam rumah. "waalaikumusalam kak Mawar dah sampai ye" kata Puan Malina kepada rakan nya itu. "Ye, akak dah sampai jom anak lelaki akak dah kat dalam kereta tu, hmmm Malina mana anak perempuan Malina diorang tidur lagi ke?" soalan puan mawar kepada puan malina. "Diorang dah selamat pergi dulu dah lagi pun anak kedua saya baru habis belajar, tu lah yang dia ajak kakak nya pergi shopping tu dan juga malina dah bagi tahu kat anak malina suruh diorang tunggu kita kat sana" jelas kata puan malina kepada puan mawar. "Oh anak awak yang pertama dah kahwin ke? “soalan puan mawar kepada puan malina." Anak perempuan saya yang sulung belum kahwin lagi umur dia pun baru 22 tahun "kata puan malina kepada puan mawar." oh, sama umur dengan anak lelaki saya lah umur dia pun 22 tahun lagi tapi, jujur akak cakap dia tu playboy, tapi playboy dia pun tak pernah bawak perempuan masuk bilik"kata puan mawar kepada puan malina. "2 kali 5 je dengan anak sulung saya tu playgirl dari dulu lagi, malina pun tak tahu lah nak hilang kan penyakit playgirl dia tu macam mana banyak calon yang malina cari habis semua nya di reject dia" kata puan malina kepada puan mawar.

"Adik lama lagi ke ibu dengan kawan ibu tu nak sampai, akak dah penat ni" kata wirdani kepada adik nya yang sedang memilih untuk pergi kedai yang seterusnya. "alaaa kakak ni bukan selalu pun kita beli barang banyak kn lagi pun adik kat UK tu bosan tak boleh pergi shopping jadi tak salahkan kalau adik pergi shopping lama sikit, hihihi" kata adik nya yang masih mengidam shopping yang mengalahkan orang mengandung pun ada. "Ye tu akak tahu tapi boleh tak kesian kat akak ni dari tadi bawa barang adik tau lenguh tangan akak ni" kata wirdani kepada adiknya supaya meminta simpati kepada dirinya.Adik nya cuba tukar topik "Akak, ibu cakap dia dah sampai sini tapi dia tengah cari kita sekarang, macam mana sekarang" kata adik kepada kakaknya. Manalah tahu kalau otak kakaknya berfungsi dan memberi cadangan. "Sory ye dik, otak akak sudah dah tak berfungsi sekarang sebab akak tengah fikir macam mana nak bawak barang adik yang hampir seguni ni" geram kakak nya kepada adiknya yang suka boros itu. Tanpa dia sedar. "KAKAK HATI-HATII" jerit adiknya yang berada di belakangnya, wirdani terus menghadap kehadapan dan tak semana-mana dia terlanggar seorang mamat ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience