BAB 13

Romance Completed 14728

"Awak ni siapa ye datang sini tak beri salam lepas tu terus cakap hello aunty" kata Puan Mawar kepada perempuan itu. "Ni mesti Daniel ada tarik mana-mana perempuan kan.. Daniel ni kan memang nak ke tau" bisik hati Puan Mawar sambil melihat perempuan itu dari atas sampai bawah. "Aunty ni jangan lah tengok saya macam tu saya segan lah.. Tapi aunty jangan risau ye sebab tak lama lagi, saya akan jadi menantu aunty lepas tu aunty nak tengok saya lama-lama pun saya tak kesah" kata perempuan itu sambil membuat cara gediknya itu. "Maaf saya tak kenal awak siapa lah" kata Puan Mawar kepada perempuan itu. "oh lupa nak memperkenalkan, I bakal menantu aunty panggil saje Melati" kata Melati kepada Puan Mawar sambil memegang lengan Puan Mawar.

    Lamunan Wirdani tersentak apabila " Oi tak payah nak ingat peristiwa tu sangat lah.. Kau ingat kelakar, dah lah malukan aku depan semua orang.. Hilang ketampanan aku" kata Daniel sambil menyelak rambutnya kebelakang. Dia pun tak tahu kenapa bila ada didepan Wirdani dia kelakuan seperti itu sedang kan bila lalu didepan wanita pun, wanita pun menjadi menggila. Wirdani seperti menahan rasa ketawa yang hampir terhambur. "Dia kata diri dia handsome aku tengok dah macam kelaut" bisik hati Wirdani. " Kau kan yang ajak aku berlawan.. Aku dah bagi kau AMARAN tapi kau tetapi nak lawan dengan kononnya semua perempuan minah sotong" kata Wirdani sambil menjeling kearah Daniel. "Kalau aku tahu kau tu ialah tomboy aku tak akan berlawan dengan kau lah" bisik hati Daniel. " Jap kita tukar nama panggilan kau minah besi.. Apa macam ok tak idea aku ni" kata Daniel sambil tersenyum nakal."Kau datang sini untuk apa.. Untuk nak tukar nama aku itu je ke, kalau macam kau boleh balik, aku ada lagi banyak benda nak buat daripada layan kau mat tempe" Kata Wirdani sambil bangun dari tempat duduknya untuk pergi ke biliknya. Ketika Wirdani hendak berjalan ke tangga "Aku datang sini nak minta ma... Maaf kat kau" Kata Daniel sambil selamba. Dia tak pernah minta maaf kat sesiapa pun lagi-lagi perempuan kecuali adiknya dan ibunya. "Tengok lah dulu kalau aku nak maaf kan kau... Tapi tunggu 10 tahun lagi kot, nanti 10 tahun lagi kau datang kat aku mungkin aku boleh maaf kan kau" Kata Wirdani.

     "Maaf saya tak berminat kat perempuan macam awak ni tau... Dah macam miskin sangat tak cukup kain tau saya tengok" kata Puan Mawar kepada Melati. Puan Mawar telah membuatkan hati Melati semakin panas "Kenapa aunty cakap macam tu.. Melati ni kan bakal menantu aunty juga kan" kata Melati yang masih tidak berpuas hati apa yang dikata oleh Puan Mawar tadi. "Maaf ye anak saya si Daniel tu akan berkahwin tak lama lagi jadi awak boleh pergi jalan angin ye" kata Puan Mawar kepada Melati sambil menjeling tajam kearah Melati. "Siapa perempuan yang aunty cakap ni.. Siapa perempuan tu aunty jangan cakap yang perempuan tu adalah perempuan ni" kata Melati sambil tunjuk kearah Warda sambil membuat muka loya. " Not her but her sister" kata Puan Mawar kepada Melati.

     "Aku cakap betul-betul lah jangan main-main boleh tak" kata Daniel yang bangun dari tempat duduk nya itu. "Kau jangan ingat aku tak tahu Daniel Hafiz... Kau minta maaf sebab mak kau suruhkan, kau tak ikhlas nak minta maaf kat aku pun kan.. Kau ingat aku tak tahu yang kau P-L-A-Y-B-O-Y kan" kata Wirdani sambil tersenyum sinis kearah Daniel. Daniel tak sangka bahawa perempuan itu sudah tahu perangai nya walaupun diorang tak sampai 1 hari lagi kenal. "Macamana kau boleh tahu aku ni Playboy" kata Daniel yang masih tak tahu  bagaimana Wirdani tahu bahawa dia seorang Playboy. "Adik aku bagitahu tadi, ada seorang budak perempuan ni dia jumpa mak kau lepas tu.. Boleh pulak dia cakap dia bakal menantu dia.. Ahahah" ketawa Wirdani sambil menaiki tangga satu persatu. "Cik Wirdani.. Maaf mengganggu kat depan tu ada 2 orang lelaki nak jumpa cik kat luar, diorang bersaing nak ajak cik keluar makan" kata pak cik Johan iaitu pemandunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience