BAB 7

Romance Completed 14733

"Jap kau cabar aku untuk berlawan ke" kata Wirdani kepada lelaki itu. " kalau kau nak berlawan dengan aku pun, kau tetap kalah sebab perempuan semua sotong kurita, hahahah" kata-kata yang dikeluarkan oleh lelaki itu membuat hati Wirdani membara. "Kakak... Kakak betul ke nak lawan lelaki ni, bukan apa takut nanti dia yang lebih cedera teruk je bukan akak" bisik Warda kepada kakaknya yang sudah bersiap sedia untuk memulakan pertarungan. "Akak on je kalau bab bergaduh ni, suka hati dia je cakap akak ni sotong kurita, habis tu dia tu apa mat tempe ke" kata-kata Wirdani membuat kan adiknya mati akal untuk menenangkan kakaknya. "Habis lah kau mat tempe, aku tak tahu lah macam mana kau nak berhadapan dengan kakak aku ni" bisik hati Warda. "Ok, mari kita buktikan siapa sotong kurita sebenarnya" kata Wirdani sudah tidak sabar untuk terajang budak lelaki di hadapannya itu. "Ok fine, aku tak kesah tapi ada 1 syarat, syaratnya jangan berlembut dengan aku dan aku tak kan berlembut dengan kau" syarat yang dikeluarkan oleh lelaki itu sangat menyenangkan kan hati Wirdani. "Ok tapi ada lagi 1 syarat, siapa yang kalah dalam pertarungan ni dia perlu buat apa yang si pemenang suruh, setuju mat tempe"

  Puan Malina dan Puan Mawar sudah melihat pertengkaran antara anak mereka. Puan Mawar dan Puan Malina sudah tersenyum. Mereka ingin melihat antara mereka siapa yang menjadi juara dalam pertandingan yang di buat oleh Daniel itu. "Malina, akak rasa anak Malina yang akan memang dalam pertandingan ini" kata-kata Puan  Mawar menyedarkan lamunan Malina. "Akak rasa macam tu ke, tapi akak malina rasa Daniel tu sesuai dengan Wirdani lah mereka tu ada persamaan, yelah akak cuba bayangkan Daniel playboy dan Wirdani Playgirl" kata Puan Malina kepada Puan Mawar. "Hmmm... Akak setuju dengan Malina lagi pun akak nak tengok antara PLAYBOY ATAU PLAYGIRL yang menang" kata setuju oleh Puan Mawar kepala Puan Malina.Mereka pun sambung melihat anak mereka itu.

   
Daniel sudah bersedia dengan buku lima manakala Wirdani style seperti tiada apa yang berlaku. "Kau berlagak ye... kau tunggu nasib kau, perempuan" bisik Daniel pada hati. "Mari kita tengok lelaki atau perempuan jadi pemenang" bisik Wirdani pada dirinya sendiri. Warda sudah mula risau, bukan risau kakaknya tapi lelaki itu sebab kakak nya sudah banyak pukul lelaki, lagi-lagi lelaki yang suka ambik ke simpati atas dirinya itu, sesiapa lelaki yang berani buat masalah kat dia memang dia cari sampai lubang cacing. "Adik tolong akak, carikan sarung tangan akak tak nak pegang dia bukan muhrim lh" kata Wirdani kepada Warda yang berada di sebelah. "Baiklah, akak kejap ye" kata Warda kepada Wirdani. Warda pun berlari untuk mencari kedai yang ada sarung tangan. "Oii, adik kau pergi mana tu" kata Daniel kepada Wirdani. "Aku suruh dia beli sarung tangan, kenapa dah rindu ke, jangan risau kejap tu untuk mengelakkan dari sentuhan, kau tahukan perempuan mana boleh pegang lelaki, lelaki pun sama kan, tak kan lah tu pun tak tahu kan" penjelasan panjang lebar buat Daniel,dah macam ceramah keagamaan pun ada kan tapi tu lh hakikat.

   "Aku tanya dia bukan nak dengar kau ceramah, minah" kata Daniel kepada Wirdani. Selepas 5 minit menunggu Warda, akhirnya Warda pun tiba dengan membawa Wirdani sarung tangan. "Aku kena hati-hati sikit ni sebab aku dah lah pakai tudung shawl nanti tak pasal - pasal terbuka tudung aku ni" bisik hati Wirdani. "Ok, aku dah bersedia ni, bila - bila kalau kau dah bersedia ye" kata Wirdani yang sudah bersedia sambil menunjukkan sebuah buku lima."Ok jangan salahkan aku kalau kau tidur dalam hospital hari ini" kata Daniel kepada Wirdani. Mereka pun mula kan pergaduhan. Daniel ingin menumbuk muka Wirdani tapi sudah terlambat Wirdani pegang tangan nya dan wirdani pulas tangan nya dan memperbalikan tubuh Daniel kebelakang. Pergerakan Daniel sudah terkunci oleh Wirdani yang sedang memulas tangan nya kebelakang dirinya. Orang ramai yang melihat kejadian itu mengundur kebelakang untuk mengelakkan apa-apa yang akan berlaku sebentar tadi.

Semoga tenang membaca, kalau ada apa-apa, kamu semua boleh komen, terima kasih untuk pembaca yang sudah baca novel PLAYBOY ATAU PLAYGIRL YE.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience