BAB 65

Romance Completed 14733

"Assalamualaikum Puan.. Kenapa Puan datang sini tengah malam macam ni kan bahaya" kata pembantu rumahnya. "Waalaikumusalam.. Tak ada apa lah saje nak hilang kan tekanan kat rumah ni" kata Wirdani senyum yang seboleh nya. "Puan ada masalah kan?" kata Pembantu rumah nya. Apabila pembantunya perasan riak muka Wirdani kembali sayu semula "Setiap dalam hubungan rumah tangga mesti ada cabaran nya.. Ni Puan datang sini keluarga Puan tahu tak?" kata Pembantunya. "Tak.. Mak cik tahu kan rumah ni hanya rahsia kita bertiga je kan"kata Wirdani sambil senyum." Hmm ye lah ni dah makan ke belum ni? "kata Pembantunya." Belum.. Nak makan lapar dari tadi ni "kata Wirdani sambil memuncungkan mulutnya." Dah jom makan makcik teman kan Ye "kata Pembantunya kepada Wirdani, mereka pun pergi ke ruang dapur.

Rumah yang diduduki oleh Wirdani hanya pembantunya dan pemandunya, rumah tu dibeli oleh Wirdani kerana hendak menenang kan fikiran saje sebab rumah taman nya mempunyai tempat luas dan jauh dari rumah orang lain. Selesai sahaje makan Wirdani terus naik atas untuk berehat, "Besok telefon ibu dengan mama lah.. Malas pulak nak telefon sekarang" kata Wirdani sendiri. Wirdani yang tak boleh tidur terus menuju ke rak novel, dia pernah menyuruh pembantunya membelikan novel cinta tak kesah cerita apa-apa pun "Hmm ni macam best baca.. Dari fikir benda yang berlaku.. Lagi pun besok tak pergi kerja.. Hah seronok nya" kata Wirdani yang senyum sendiri. Jam sudah berganjak pukul 2 pagi, "Seronok juga novel ni.. Tapi rasa ngantok pulak.. Tidur dulu lah.. Ngaaaahh" kata Wirdani sambil sangap, Pembantunya yang lali depan bilik Wirdani terus membuka pintu bilik Wirdani sedikit "Kenapa banyak sangat masalah kamu ni Wirdani?" bisik hati pembantunya dan menutup pintu itu semula.

Keesokan paginya selepas solat subuh, Wirdani yang baru saje turun bawah ternampak pemandunya baru keluar "Pak cik.. Awal-awal keluar ni pergi mana?" kata Wirdani kepada pemandunya. "Ehh.. Puan bila balik sini? Ni nak letak sampah kat depan tu nanti lori sampah datang ambik" kata Pakcik yang menunjukkan bungkusan. "Oh.. Tadi malam saya baru sampai.. Pergi lah bunag sampah dulu" kata Wirdani yang memberikan laluan kepada pemandunya. Daniel yang sedang siap terus keluar dan menuju ke bilik Wirdani 'tok tok'. "Aik mana Playgirl ni.. Tak jawab pun.. Kereta pun tak ada?" kata Daniel yang terus mengeluarkan telefon nya dan cuba menelefon Wirdani tapi tidak berjaya dia terus menelefon ke PA Wirdani "Assalamualaikum Siti.. Wirdani ada tak kat office dia?" kata Daniel kepada Siti. "Waalaikumusalam.. Tuan Daniel cari Puan Wirdani ke? Dia hari ni tak datang kerja dia kata dia tak sehat.. Kenapa ye?" kata Siti yang cuba tahan kalau tak disebab kan Wirdani suruh dia tak kan cakap lembut-lembut, Wirdani dah cerita kan kesemuanya yang dia nampak cuma dia masih berharap dia boleh tahu kat mana rumah Wirdani duduk sekarang." Oh kalau macam tu terima kasih lah ye.. Assalamualaikum" kata Daniel yang terus tutup telefon.

Selepas Siti menjawab salam terus hentak telefonnya "Geram aku tau..Pasal kau lah Wirdani lari dari rumah sekarang kau buat Hal..Kau tanggung lah akibatnya Eghhh" kata Siti yang geramsambil mengetuk telefon. "Assalamualaikum.. Ibu" kata Wirdani yang menjawab panggilan ibunya. "Waalaikumusalam.. Jawab pun sekarang Wirdani kat mana? Daniel cari Wirdani kat rumah tak ada kat office tak ada dia risau tahu tak" kata Ibunya yang cemas. "Ibu jangan risau lah.. Akak ada kat suatu tempat tapi akak selamat dan sihat.. Akak dah bagitahu kat Warda apa yang dah jadi nanti dia cerita lah tu.. Warda mana dengan ayah?" kata Wirdani kepada ibunya. "Warda dari tadi dalam bilik lepas sarapan terus masuk dalam bilik.. Ayah pulak dah masuk office.. Apa yang dah jadi ni sebenarnya" kata Ibunya yang masih risau keadaan anaknya.

"Kan akak dah cakap tadi akak dah cerita kesemua kat Warda nanti malam dia cerita lah tu yee.. Tapi nanti ibu dengan ayah jangan terkejut tau Wirdani tak nak hilang sesiapa lagi" kata Wirdani yang mula nangis tapi masih dikawal. "Hmm baiklah betul ni akak ok?" kata Ibunya yang meminta kepastian. "Ok ibu bye Assalamualaikum" kata Wirdani yang terus mematikan telefon selepas mendengar jawapan dari pada ibunya. "Astaghfirullah.. Betul ke ni Warda.. Aku betul-betul minta maaf apa yang dah jadi ni" kata Dahlia yang memohon maaf apa yang dilakukan oleh abang nya. "Betul tadi pagi Siti bagi gambar depan rumah nasib baik aku yang keluar kalau ibu aku yang keluar macam mana.. Tu yang aku telefon kakak aku.. Bagi tahu apa yang dah jadi.. Bukan salah kau pun Dahlia benda dah nak jadi.. Nanti kau bagi tahu kat ibu dengan ayah kau tapi jangan sampai diorang terkejut pulak"kata Warda kepada Dahlia.

"Hmm baiklah Warda aku minta maaf sangat ye.. Assalamualaikum " kata Dahlia kepada Warda. "Baiklah Waalaikumusalam" kata Warda yang terus mematikan telefon. Selesai saje telefon Dahlia, Warda terus pergi ke WhatsApp dan mendengar semula rakaman suara yang di buat oleh kakak nya sebagai bukti. "Fatihah.. Kau akan terima bala lagi teruk apa yang kau buat kat kakak aku.." kata Warda sendiri yang terus keluar dari bilik. "Papa, mama abang Danish.. Adik nak cakap sesuatu" kata Dahlia yang duduk sofa bersama dengan keluarga nya. Nama yang disebut oleh Dahlia sebentar tadi terus memaling kearah Dahlia untuk menceritakan benda yang sudah terjadi. Ketika Dahlia sedang bercerita mama nya menutup mulutnya sendiri dia tak sangka Daniel akan melakukan Wirdani seperti itu Danish yang dengar cuba menahan amarah nya.

"Kalau mama dengan yang lain tak percaya ni ada lah gambar yang Dahlia prints yang dapat dari Warda dan ni ada rakaman suara ketika Wirdani keluar dari rumah" kata Dahlia mengeluarkan semua bukti yang dia dapat dari Warda. "BESOK SURUH DANIEL DATANG RUMAH NI.. DAN PAPA NAK SEMUA ORANG ADA KAT TEMPAT SINI FAHAM!" Kata Papa nya yang sedang mula marah. Semua yang dengar terus mengangguk, siapa yang tak takut selama ni orang yang paling diam tengah marah 'menakutkan'. Selepas Dato Kasim berkata dia terus naik keatas untuk merehatkan diri, lepas papa nya naik keatas." Dah pergi tidur kita bincang besok" kata mama nya yang tidak sanggup melihat gambar itu terus mengikuti jejak langkah suaminya. Dahlia dan Danish memandang antara satu sama lain masing-masing mengeluh.

"abang naik atas dulu nak tidur" kata abang nya kepada adiknya. "Selamat malam.. Assalamualaikum" kata Dahlia yang masih duduki di kerusi. "Selamat malam.. Jangan tidur lambat tau waalaikumusalam" kata Danish dan terus naik keatas. Dahlia hanya mendiam kan diri saje. Keesokan nya pada waktu tengahari Daniel mendapat satu panggilan penting dari keluarganya. Apabila kenderaan Daniel sudah sampai di perkarangan rumah Daniel terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. "Apa Daniel dah buat kat Wirdani sebenarnya" kata Papanya kepada Daniel dalam keadaan tenang. "Cehh.. Perempuan tu lagi.. Apa yang dia nak sebenarnya.. Duit" kata Daniel. "Apa maksud kamu Daniel sebenarnya" kata Papa yang cuba menahan geram. "Fatihah dah cerita kan kesemua nya.. Sebenarnya malam yang dia balik lambat tu dia sebenarnya keluar dengan lelaki lain sebab duit.. Perempuan semua nya sama je lah papa memang patut pun dia keluar dari rumah tu" kata Daniel kepada papanya. Danish yang dari tadi diam terus bangun datang kearah Daniel dan menghadiahkan satu tumbukan.

"HEI DANIEL KAU PERCAYA KAN ORANG LUAR DARI ISTERI KAU SENDIRI KE HAH !.. KAU MEMANG DAH GILA DANIEL UNTUK PENGETAHUAN KAU WIRDANI TU ORANG YANG PALING PERFECT KAT MATA AKU .. KALAU KAU TAK DAPAT BAHAGIA KAN DIA KENAPA KAU SEKSA DIA SAMPAI MACAM NI SEKALI DANIEL .. APA SALAH WIRDANI KAT KAU HAH! "Marah Danish kepada kembar nya. Apabila Danish berkata seperti itu dia memandang mama nya supaya membantunya." Kali ni mama tak akan bantu Daniel.. Semua ni berpunca dari Daniel sendiri.. "kata Mama nya sambil memejam kan mata kepada Daniel." Apa maksud kau sebenar nya? "kata Daniel kepada Danish." Kau nak tahu kenapa Papa kahwin kan kau dengan Wirdani.. Kalau tak aku boleh je ganti tempat kau.. SEBAB JANJI KAU KAT WIRDANI PADA MASA LALU DANIEL! "kata Danish kepada Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience