BAB 70

Romance Completed 14733

"Ohh sekarang dah jadi otak kuning ye..bila kita pernah buat benda tu saya tak sedar pun" kata Wirdani yang mula berfikir semula. "Memang lah kita tak pernah buat benda tu tapi masa angkat badan awak.. Saya dapat rasa lepas tu dah itu lah yang last" kata Daniel kepada yang selamba saja. "Ohh ambik kesempatan sini awak biar saya cubit awak sampai luka.. Sini jangan lari Daniel!" kata Wirdani yang mengejar Daniel masuk ke dalam rumah. Aisyah hanya perhatikan saja dari tingkap atas,ketika waktu makan Aisyah bertanya sesuatu "Apa hubungan Abang Daniel dengan Hmm siapa nama dia" kata Aisyah kepada ayahnya. "Panggil je kakak Nurul dia lagi tua dari kamu" kata Pak Din. "Aku nak panggil kakak Nurul memang tak lah.." bisik hati Aisyah. "Ahh apa hubungan Abang Daniel dengan MAK CIK nurul ye" kata Aisyah itu membuat kan semua orang memandang nya.

"Ohh Mak cik dengan abang Daniel kamu ni kawan masa kecil.. Dah lama tak jumpa rindu" kata Wirdani yang cuba memanas kan lagi hati Aisyah. "Rindu sampai berpeluk ke?" kata Aisyah sambil mbuat mata menyampah. "Hmm.. Salah ke.. Kalau bagi adik salah tu bagi adik bukan bagi kami betul tak Daniel" kata Wirdani sambil memandang Daniel sedang makan di sebelah nya. Daniel hanya mengangguk saja berbau perkataan tajam. "Sepatutnya kita sebagai perempuan kena jaga maruah diri tu.. Kesian nanti kat bakal suami.. Nak pegang tapi dah ada yang rasa.. Macam apa ye ayah nasi sudah menjadi bubur" kata Aisyah sambil mengejek. "Ohh.. Kalau macam tu biar MAK CIK NI kahwin dengan abang Daniel je lah lagi senang" kata Wirdani yang tidak mahu menyerah kalah.

"Aisyah jangan mula lawan.. Makan je sibuk dengan hal orang biar lah entah-entah diorang dah kahwin cuma tak bagi tahu je.. Kamu tahu apa?" kata Pak Din yang sedang memarahi anaknya dia tahu apa yang maksud anak angkat nya. Ketika waktu malam, "Daniel malam ni tidur kat luar ye.. Sebab kat rumah ni cuma ada 2 bilik je.. Bilik Pak cik dengan anak pak cik.. Nurul nanti tidur kat dalam bilik Aisyah yee.. Sejuk kat luar ni" kata Pak Din kepada anak angkatnya. "Hmm nak tidur luar juga boleh tak? Sebab nanti takut Aisyah tak selesa.. Nurul tidur lasak sekarang ni" kata Wirdani kepada ayah angkatnya. "Hmm suka hati kamu lah Nurul.. Abah tak halang yee.. Nanti jangan garu sana garu sini yee.. Nyamuk kat luar banyak tau" kata Pak Din yang cuba bagitahu takut lupa sebab dulu lupa nak bagitahu masa kali pertama Wirdani datang sini siang nya gatal-gatal kena gigit nyamuk dia rasa bersalah sebab tak suruh tidur bilik Aisyah.

"Alaa.. Abah ni jangan lah risau Nurul ada bawah selimut paling tebal lah Jantan Nyamuk pun tak dapat datang dekat" kata Wirdani itu merujuk kepada Daniel. "Ohh tebal sangat yee.. Tak pe tunggu nanti sayang" bisik hati Daniel sambil memandang Wirdani tidak lepas dari mata. Aisyah hanya melihat saja Daniel memandang Wirdani tanpa berkedip dalam hati tengah panas ni "Ohh ye tadi abah nak tanya gerakannya sampai Nurul muntah darah macam mana tunjuk sikit" kata Pak Din kepada Nurul. "Abah nak saya bagi contoh ke tapi kat mana" kata Nurul yang melihat sekeliling. "Buat kat sini je lah Daniel jadi mangsa" kata Pak Din yang terus memetik namanya. "Dia ni abah.. Hmm rasa nya bukan keluar darah nanti keluar muntah nasi dia makan sekali.. Dia budak baru lah Abah tak tahu apa" kata Nurul kepada Pak Din.

"Tapi dia ok lagi.. Nak harap si Aisyah ni belajar seni bela diri makin dia tolak mentah-mentah" kata Pak Din yang memandang anaknya pandang Daniel tak berhenti. "Saya boleh tahan lah.. Percaya sangat cakap dia ni Pak Cik.. Dia ni dari dulu memang tak yakin dengan saya" kata Daniel yang cuba tunjuk gentlemen. "Ok jom kat luar" kata Wirdani yang cuba cabar Daniel. Di luar, "Ehh.. Sekejap Pak Cik nak Nurul dengan Daniel berlawan sekarang sebab abah nak tengok siapa yang pandai buat musuh terkunci" kata Pak Din itu mengingatkan Wirdani dan Daniel masa di tempat Shopping Mall. "Ok abah.. Nurul setuju tapi yang kalah nanti kena ikut semua yang dipinta oleh si menang boleh tak abah" kata Wirdani yang cuba cabar Daniel.

"Ok no problem jangan nangis nanti ye" kata Daniel kepada Wirdani. "Cik.." kata Wirdani yang mula kan perlawanan banyak serangan yang Daniel bagi tapi satu pun tak kena hampa kan, Pak Din memandang setiap pergerakan yang Daniel bagi kat Wirdani tapi satu pun tak kena, Wirdani yang merasa bosan perlawanan tu terus menamatkan dengan menyeret kakinya ke tepi hingga kebelakang mengakibatkan Daniel jatuh di tanah. "Saya belum kalah lagi lah" kata Daniel yang terus bangun. Wirdani melihat arah Abah nya tanda tunjukkan teknik tu, Wirdani memberi peluang supaya Daniel dapat mengenakan dia, Wirdani yang belas kasihan memberi peluang Daniel memukul dirinya dan tumbukan tu kena pada lengan Wirdani, Wirdani memandang Daniel dengan tajam lalu membalas dengan gerakan yang Fatihah telah gunakan kepada dirinya ketika perlawanan, serangan itu membuat kan Daniel muntah Darah juga "Hei kalau ye pun jangan sampai nak saya mati" kata Daniel yang mengesat mulutnya dengan tangan.

"JANGAN risau gerakan tu tak kena kat Ulu hati awak pun..saya dah pergi check doktor kata tak ada apa ii pun jadi relax.. Sakitkan.. Tu lah gerakan Fatihah yang buat saya sampai muntah darah sekali" kata Wirdani yang hendak menaiki atas. "Nurul.. Abah selalu pesan apa lepas perlawanan.. Abah nak naik atas jap" kata Pak Din yang terus naik kerumah Wirdani hanya mengekori saya bayangan abahnya hilang lalu dia datang kepada Daniel dan memberi isyarat supaya membantunya untuk berdiri tapi Lain pulak jadinya Wirdani ingin naik tangan Daniel tapi malah dirinya yang kena tarik sehingga kedua-duanya jatuh ke permukaan tanah mereka saling pandang antara satu sama lain 'Tenang' itu lah yang berada di hati masing-masing.

Lalu Wirdani terdengar tapak kaki datang kearah pintu rumah lalu dia bangun dengan Daniel. "Abah dah jumpa cara nya nanti besok pagi lepas solat subuh kita training dah masuk tidur" kata Pak Din yang tegas. Wirdani dan Daniel pun menuruti saja "Abang Daniel boleh tak kalau Aisyah nak abang tidur bilik biar Aisyah yang tidur luar.. Sebab Aisyah tahu yang abang tak biasa duduk kat kampung ni" Kata Aisyah yang macam ulat beluncas "Hmm tak pe kot adik sebab Mak Cik ni.. Lebih kenal Daniel dari pada Aisyah jadi biar lah dia tidur kat luar dengan saya yee.. Kalau nak abang Daniel awak ni nak tidur bilik dia kena mesti ajak saya sekali kan.. Betul tak abang Daniel ku sayang" kata Wirdani yang memandang Daniel dengan sebelah mata.

"Hmm betul cakap Nurul tu sebab Nurul tahu apa yang abang suka dan apa abang tak suka jadi Aisyah tak payah lah nak susah-susah ye" kata Daniel yang terus meninggalkan mereka. "Kau siapa bagi dia hah sibuk je datang rumah orang" kata Aisyah kepada Wirdani. "Kalau aku cakap aku isteri dia kau percaya tak.. Mesti kau tak percaya kan tapi itu lah kenyataan nya bye Assalamualaikum" kata Wirdani tadi sangat memanggang hati nya itu. Keesokannya selepas solat subuh, "Ok sekarang Pak cik nak Nurul dan Daniel pergi tangkap ayam kampung sampai dapat lepas tu tunjuk kat Pak cik" kata Pak Din yang memberi arahan dengan tegas. Daniel dan Wirdani saling pandang antara satu sama lain, mereka pun mengejar semua ayam disitu paling banyak jatuh adalah Daniel, Wirdani yang sedang memberi ayam makan sebagai perangkap melihat Daniel kejar ayam didepan rumah "Hesh dia ni langsung tak pakai otak lah.." kata Wirdani sendiri.

"Hoii.. Jangan nak malu kan diri depan ayam boleh tak.. Nak bagi dia makan tengah dia makan tu baru lah tangkap kalau awak tangkap Macam tu sampai hari kiamat tak dapat ii.." kata Wirdani yang menghulurkan jagung kepada Daniel, selama sebulan mereka dilatih dalam segi fizikal dan mental begitu juga dengan Aisyah yang tak menyerah untuk dapatkan Daniel." Baiklah ini adalah latihan terakhir kamu berdua iaitu berlawan sesama sendiri...siapa menang dia lah yang jadi anak angkat Pak Cik yang seterusnya" kata Pak Din kepada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience