BAB 69

Romance Completed 14733

"Assalamualaikum! Din.. Kau apa khabar sihat" kata Dato Kamal kepada kawan nya yang sudah lama tidak berkunjung. "Waalaikumusalam.. Orang jauh datang ke rumah kita lah.. Orang depan ni sihat saje Alhamdulillah" kata Pak Din kepada kawannya. "Bagus lah kalau macam.. Oh.. Ye aku perkenal kan besan aku Dato Kasim dan sebelah dia ni pulak anaknya nama nya Daniel" kata Dato Kamal sambil memperkenalkan satu persatu. "Oh.. Salam perkenalan Dato" kata Pak Din yang menyalam kepada Dato Kamal. "Panggil Kasim je kita ni dah jadi kawan tak payah panggil formal sangat" kata Dato Kasim kepada Pak Din. "Kita orang datang sini sebenarnya ada hajat sebenarnya" kata Dato Kamal yang mewakili Daniel. "Aik nak masuk meminang ke ni" kata Pak Din kepada Dato Kamal. Apabila Pak Din berkata seperti itu di hati Daniel menjawab "Saya sudah berkahwin Pak Cik.. Tak ada masa nak tambah kilang.. Kilang yang lagi satu tu pun belum settle lagi.. Hihihi" bisik hati Daniel dalam masa yang sama dia amat merindui Wirdani kalau lah Wirdani berada di depannya dia akan peluk Wirdani dengan erat sekali.

"Bukan tu Din si Daniel ni nak belajar seni mempertahan diri sebab ada benda yang dia nak lindungi" kata Dato Kamal kepada Pak Din. Apabila Dato Kamal berkata seperti itu Pak Din terus mendekat kearah Daniel, Daniel langsung tak berganjak walaupun Pak Din membuat muka seperti singa nak telan mangsanya "Kamu nak lindungi siapa Daniel?" kata Pak Din membuat Daniel memberani kan menjawab "Saya nak lindungi orang yang saya sayang" kata Daniel tanpa gugup. "Baiklah kalau macam tu kamu saya terima sebagai anak murid saya.. Macam mana dengan Wirdani dah ok" kata Pak Din yang terus memandang Dato Kamal. "Dia sihat Alhamdulillah" kata Dato Kamal kepada Pak Din. "Din kitaorang balik dulu lah ye sebab kita orang kena balik cepat sebab kat sana semua perempuan sorang je lelaki.. Assalamualaikum" kata Dato Kamal kepada Pak Din yang meminta diri. "Tak nak minum dulu ke?" kata Pak Din kepada kawan baik nya.

"Tak apa kena cepat ni hati-hati Daniel" kata Dato Kasim kepada anaknya. Pak Din hanya menjawab salam di hatinya saja, apabila kenderaan yang dipandu oleh ayah dan papa nya hilang, muka Pak Din berubah "Baik lah besok kita start latihan ye sekarang kamu pergi bersih kan diri dan makan.. Ohh kamu dah balik Aisyah perkenalkan ni Daniel kawan Abah dan Daniel ni Aisyah anak pak cik satu-satunya" kata Pak Din. Daniel masih menghadap Pak Din dan dia terus pandang tempat yang ditunjuk oleh Pak Din,Aisyah yang melihat terus terpaku "Wah handsome nya.. Ya Allah.. Aku suka dia ke ni?" bisik hati Aisyah. Daniel hanya memberi senyum, tunduk sebagai hormat dan lambai, Aisyah yang melihat terus ikut apa yang di buat oleh Daniel dan terus lari masuk ke dalam rumah tanda dia malu "Kenapa dengan dia tu Pak Cik muka saya ni ada tak kena ke?" kata Daniel yang memandang Pak Din ni semula "Muka Daniel ok je tapi dia yang segan" kata Pak Din yang mengeling kepala.

Ketika masuk ke dalam Pak Din terus berjumpa dengan anak nya yang berada di dalam bilik sambil mengendap-ngendap "Kalau dah suka cakap je nanti melepas padan muka terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya hahaha" kata Pak Din kepada anaknya. Ketika waktu petang Mak Cik Yah membawa goreng pisang kepada suaminya dan Daniel. Mereka semua gelak ketawa Daniel berasa sangat tenang kat kampung daripada bandar "Daniel kat bandar kerja apa?" kata Pak Din kepada Daniel "Saya kerja kat Syarikat Sentosa Holding sebagai pengganti ayah" kata Daniel sambil memakan pisang gorang. "Wah.. Hebat Daniel ye.. Dah handsome, baik dan yang paling penting tak tinggal solat" kata Pak Din sambil menjeling anaknya yang dari tadi tunduk kebawah batu simen. "Pak cik dengan Mak cik naik atas dulu Ye.. Nak berbincang sikit Aisyah dengan Daniel berbual je lah ye kami naik dulu" kata Pak Din yang memberikan ruang kepada anak nya untuk meluahkan perasaan.

Ketika hanya tinggal mereka berdua Aisyah kurang bercakap "Daniel saya nak cakap sesuatu boleh tak?" kata Aisyah yang masih gementar. "Cakap je lah saya tak pernah makan orang lagi" kata Daniel yang setia menunggu soalan Aisyah. "Hmm.. Sunyi je mesti rumah ni dah lama tak singgah" kata Wirdani sendiri dan memberhentikan kereta di sebelah pokok bunga kerts. Daniel masih menunggu soalan Aisyah "Sebenarnya sa.. Saya hmm" kata Aisyah terberhenti bila Daniel pandang ketempat lain tanpa berkedip, Aisyah memang kearah yang Daniel lihat, "Perempuan ni siapa ye?" bisik hati Aisyah. Wirdani yang berada di depan sungguh tidak percaya orang yang paling dia rindui ada di depannya sekarang face to face. "Wirdani.." kata Daniel yang terus meninggalkan Aisyah dan berjalan kearah Wirdani secara perlahan begitu juga dengan Wirdani yang cuba menahan air mata yang terus keluar dengan deras.

Daniel memeluk Wirdani dengan erat begitu juga dengan Wirdani dia sangat merindui Daniel selama 2 bulan mereka tidak berjumpa. "Mana awak pergi selama ni saya rindu dekat awak sayang" kata perlahan Daniel yang hanya didengari oleh Wirdani. "Saya minta maaf.. Saya cuma tak nak hilang orang yang saya sayang ibu dah cerita kan kesemuanya kepada saya..Yang awak adalah orang yang saya cari selama ni Daniel..Saya rindukan awak sangat" kata Wirdani yang mengeratkan lagi pelukan, Daniel hanya membiarkan saje sambil membelai kepala orang yang dia paling sayang. "Ya Allah..Bertuah punya anak angkat balik senyap ii.. Abang! Nurul balik lah abang"kata Mak Yah yang melihat kereta Wirdani. "Hah Nurul balik.. Mana-mana budak bertuah tu" kata Pak Din yang mula teruja. Pak Din dan Mak Yah terus turun dan mendakap orang yang mereka sayang "Abah.. Mak jangan lah peluk kuat sangat boleh..Pa..Patah tulang Nurul" kata Nurul sudah tidak tahan. Mereka berdua pun melepas kan pelukan "Kenapa datang sini tak cakap bertuah punya anak angkat" kata Pak Din lalu menjotos kepala anak angkat nya.

Ketika Aisyah berada di luar negera untuk sambung belajar hanya Wirdani Saje untuk melepaskan rindu. "Aduh..Sakit lah abah..Kepala Nurul ni bukan besi tau merajuk lah macam ni" kata Wirdani yang mula bermanja."Hmm Daniel perkenalkan ni anak angkat Pak Cik dan mak Cik.. Panggil Nurul saja" kata Pak Din yang kenal kan kepada Daniel."Saya kenal Pak Din lebih dari kenal..Dia lah permaisuri di hati saya dari kecil dan sehingga ke Jannah" kata Daniel yang tulus dari hati. " Oh makna nya Orang yang Nurul kahwin selama ni Daniel lah ni ye" kata Pak Din yang memandang kembali kearah Wirdani. "Ye Pak Din saya sudah berkahwin hampir 3 bulan tapi ada masalah ada seorang perempuan namanya Fatihah dia ada gunakan satu teknik yang mengakibatkan Wirdani muntah darah" kata Daniel yang menjelaskan kesemua yang dia sudah tahu.

Wirdani terkejut selama ni Daniel tahu apa yang di lakukan oleh Fatihah terhadap dia "Oh macam tu kita masuk dalam dulu dah nak maghrib ni bincang kat dalam" kata Pak Din yang mengajak mereka masuk ke dalam. "Macam mana awak boleh tahu yang saya muntah Darah masa lawan Fatihah?" kata Wirdani yang masih kehairanan. "Semua yang Fatihah buat kat awak semua sya tahu sebab Lutfi yang bagi tahu.. Pasal 2 orang tergelincir, sorang kena tepung.. Sorang kena air dan lagi sorang tercepit pintu..Semua saya tahu tau" kata Daniel tadi betul-betul mengejutkan Wirdani. "Tapi.." kata Wirdani dibantah oleh Daniel "Kita masuk dalam bilik dulu nanti kita buat sambil bercerita ok tak" kata Daniel sambil mengenyitkan mata kepada Wirdani. Wirdani hanya mengangguk dia masih tidak dapat tangkap apa yang diperkata kan oleh Daniel "EHHH sekejap..Masuk dalam bilik buat sambil bercerita..Maksud nya sya tak boleh faham sekarang" kata Wirdani kepada Daniel "Selalunya isteri dan suami buat apa pada lewat malam..Yang saya pernah dapat masa saya dukung awak je lah..Itu je" kata Daniel yang langsung tidak rasa bersalah "Sekejap..Ohh makna nya awak lah yang dukung saya masa saya tertidur kat luar tu..Ohh pandai tak mengaku punya orang fikir orang tidur berjalan rupa nya kerja awak..Ada gunting di sebalik kain" kata Wirdani.

Sabar ii jangan marah kat Aisyah yee.. Sebab pasal Aisyah ni cuma 3 bab je lepas nama dia terus di hapuskan. Dari radar jadi jangan marah ii ye :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience