BAB 51

Romance Completed 14728

"SELAMAT PENGANTI BARU.. UUU!" nyanyian Warda yang dari dapur ke ruang tamu. Wirdani yang sedang membaca novel di sofa sambil baring terus "HOII! boleh diam tak memekak je lah... Kalau dah miang sangat nak kahwin.. Pergi kahwin dengan si Playboy sotong tu.. Ibu dengan ayah dah setuju dari dulu lagi" kata Wirdani yang main tembak saja. "KAKAK! bila masa ibu suruh adik kahwin dengan Daniel nii..." kata Ibunya yang tiba-tiba muncul dari dapur sambil membawa mangkuk besar yang berisi buah-buahan yang sudah basuh. "Hehehe.. Hmm ibu buah yang banyak tu buat apa?" kata Wirdani yang sedang keliru. "Ohh ni untuk buat hantaran ni.. Nanti senang tak payah nak fikir lagi.. Selalunya orang lupa pasal buah-buahan ni sebab apa?..ibu pun tak tahu" kata Ibunya kepada Anaknya. "Bukan main lagi ibu berfalsafah yee" kata Wirdani kepada Ibunya. Dato Kamal yang sedang membaca surat khabar pun ketawa mendengar yang disebut oleh anak sulung nya. "Kakak nanti kalau kakak dah jadi isteri kat abang Daniel.. Kakak kena dengar tau apa yang dia cakap" Nasihat Warda kepada Wirdani. Warda tahu bahawa kakaknya suka membantah perkara yang dia ingin lakukan. "APAHAL PULAK!" Jerit Wirdani yang terkejut walaupun dia sedang membaca novel. "Kakak.. betul lah apa yang di cakap oleh Adik tu yang nak jerit dah kenapa?" kata ibunya. Warda yang berdiri di sebelah ibunya terus kearah kakak nya untuk berkata sesuatu. "Kakak tahu tak apa akibat angkar arahan suami.. Kalau kakak tak sempat meminta maaf kepada abang Daniel Allahuakbar.. Nereka itu sangat panas kakak.. Sangat panas bukan penghawa dingin full plus" kata dan nasihat Warda sambil membuat gaya.

    Wirdani yang mendengar apa yang diperkatakan oleh adik nya terus mengetuk kepala Warda sedikit. "Auchh sakit lah kakak.. Adik cakap benda yang betul lah kan" kata Warda yang sedang menggosok kepala nya yang diketuk oleh Wirdani. "Hah padan muka.. Adik ingat ni apa berlakon ke... Kalau nak berlakon pun jangan lah curi gaya Ruzita yang lurus bendul tu... Nak tiru drama takdir yang tertulis konon" kata Wirdani kepada Adiknya. "Alaa... Saje je lah" kata Warda kepada kakaknya. "Daripada duduk rumah dengan adik yang tiba-tiba miang.. Lebih baik akak pergi keluar jalan-jalan dengan Melati lagi bagus" kata Wirdani yang terus bangun dan menyalam tangan setiap ahli keluarga nya. "BYE! SEMUA ASSALAMUALAIKUM!" Jerit Wirdani yang sedang memakai kasut. Ibunya yang sedang membuat hantarannya terus memanggil Wirdani. "KAKAK JANGAN LUPA PUKUL 6 BALIK NANTI NAK TUNANG LEPAS TU BESOK NAK NIKAH NANTI TENGAHARI NAK SANDING LAGI JANGAN LUPA!" Jerit ibunya yang sedang mengurus kan hantaran anak nya itu. "YEE BOSSKU!" Balas jeritan Wirdani dari luar.

    "Wei Wirdani.. Apa cerita pasal majlis kau tu besok.. Dah siap semua nya" kata Melati yang berjalan seiring dengan Wirdani. "Dah tinggal sikit je tu ibu aku yang buatkan.. Aku tolong carikan barang yang dia nak buat lah.. Kau jangan lupa pulak besok datang majlis aku tau" kata Wirdani kepada Melati. "Oraid boss.. Aku mesti datang punya lah.." kata Melati. "Kau nak pergi mana lagi ni nak cari buku motivasi" kata Wirdani ni yang sedang membawa barang yang banyak. "Ohhh banyak lagi ni baju, tudung, stokin, lengan hitam tu dengan serkap.. Semua lah yang pasal agama" kata Melati kepada Wirdani ni. "Walauwei aku rasa kita harini cuma habis kan masa dengan shopping je lah" kata Wirdani kepada Melati. Melati hanya senyum saje ialah selalunya dia akan shopping sorang-sorang sekarang dah ada kawan dah tak bosan lagi. Mereka menghabiskan masa selama 2 jam 30 minit di shopping mall, "Dahlah jom kita gerak nanti sampai rumah dah pukul 7.. Malam ni ada majlis lagi.. Kau tu jangan lupa datang baju kita semua keluarga aku dah sama kan tau" kata Wirdani kepada Melati.

   "Ye.. YE! aku tahu dah jom.. Kau ingat aku ni dah gila sangat ke nak tinggal kan kau sorang-sorang dalam majlis tu" kata Melati yang terus menarik tangan Wirdani supaya keluar dari shopping mall. Semasa mereka berada di dalam kereta Wirdani memandang jam tangan nya yang sudah menuju tepat pukul 7 petang. "Kau ni pahal gelisah semacam je" kata Melati yang melihat tingkah laku Wirdani yang tidak keruan. "Aduhhh Melati kau pergi kerumah aku terus boleh tak sebab aku rasa kita tak sempat ni nak hantar kau ke rumah kau... Boleh tak" kata Wirdani kepada Melati. "Hmm boleh lah... Lagi pun baju nya ada kat kau lagi kan.. Lagi pun aku kan baru je beli baju tu kat belakang" kata Melati yang menunjukkan kearah belakang. "Ok cun" kata Wirdani yang tengah drive. Tepat 7. 15 petang Wirdani terus membawa barangan yang dibeli olehnya dan Melati di Shopping Mall sebenar tadi. "Hah baru balik kan ibu dah kata balik tapi tengok korang dah tergesa-gesa kan.." kata ibunya yang memandang anaknya dan anak angkat nya. Wirdani telah menceritakan mengenai Melati di keluarga belah Daniel dan keluarganya. "Maaf ibu.. Tadi jalan sesak tu lah lambat balik" kata Melati kepada ibu angkat nya. "Dah lah tak pe dah pergi mandi lepas tu solat nanti lepas isyak orangnya sampai" kata Puan Malina kepada Melati. Melati hanya mengangguk dan naik keatas dan menuju ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience