"Ok seperti yang dirancangkan.. Aku akan edit gambar ni.. Tapi kau kena ingat ye.. Lepas kau dapat Daniel dan company dia, kau kena kongsi dengan aku" kata Lutfi yang sedang berbincang dengan Fatihah. "Ok no problem pasal tu kau nak suruh beli rumah banglo Cash pun aku boleh belanjar kau lah.. deal" kata Fatihah sambil memandang Lutfi,Lutifi hanya angguk saje sebagai tanda setuju "Dalam 3 hari benda ni selesai tapi kau kena cari cara supaya Wirdani balik lambat dan Daniel balik awal.." kata Lutfi kepada Fatihah. "Benda tu kau jangan risau aku dah deal dengan satu syarikat ni supaya Wirdani berbincang dengan diorang sampai lewat malam" kata Fatihah kepada Lutfi. Lutfi yang dengar hanya membuat muka cebik, Dia tahu sangat dengan sikap mata duitan Fatihah bukan itu saje dia paling tak suka orang yang dia kenal lebih daripada yang dia ada tu lah Fatihah.
Tapi tu lah bila kau nak insaf Fatihah nama dah cantik dah tapi keadaan kau tak sesuai sebab apa kan bagus kalau kau pakai kain putih nanti aku tinggal baca suruh Al-Fatihah je untuk kau baru lah sesuai. Setelah diorang sudah berbincang dalam satu rancangan mereka setuju dengan cadangan itu, apabila sudah selesai berbincang Fatihah dan Lutfi pun berjalan keluar dari Cafe itu. "Hoi playboy cepat lah kata nak berkultivasi sangat kan.." kata Wirdani yang sudah bentangkan satu tikar getah yang lembut. "Ye Aku datang ni sabar lah" kata Daniel yang sedang mematikan telefon nya,setelah itu dia pergi kearah Wirdani dan duduk bersila di sebelah Wirdani. "Tutup mata kau tu jangan kita sangat lembut je tutup mata tu.. Lepas tu tangan kau dua-dua tu kat atas lutut kiri dan kanan.. Akhir sekali cuba kosongkan fikir dengan dengar keadaan sekeliling kita bunyi pokok kenderaan dengan angin" kata Wirdani itu sedang dibuat oleh Daniel.
Selama 10 minit mereka berdua berdiam kan diri yang sedang menikmati keadaan ciptaan Allah. "Kenapa aku mula selesa dengan dia Ya Allah.. Walaupun dia suka cari pasal dengan aku hari-hari.. Dia buatkan aku rasa selamat di sisi dia Ya Allah" hati Wirdani berkata. Keadaan yang tenang terus di ganggu oleh adik perempuan Daniel "Abang.. Kakak.. Jom karaoke kat bawah ada lagu baru tau adik download tadi" kata Dahlia yang sedang ketuk pintu. Wirdani dan Daniel memandang antara satu sama lain dan mengeling kepala mereka 'Mengacau'.Apabila Dahlia sudah berkata seperti itu Daniel tak ada pilihan lain dia bangun dan menghulurkan tangannya supaya mengajak Wirdani sekali, Wirdani hanya senyum dan menyambut tangan Daniel. Wirdani dan Daniel pun turun bersama-sama ketempat keluarga nya berada.
"Tadi adik ambik lagu OST kekasih hati Mr bodyguard tau.. Lagu nafas cinta berduet tau" kata Warda sambil bersungguh-sungguh. "Tapi sebelum tu kita tunggu lagi 2 orang yang belum datang lagi" kata Dahlia kepada mereka. "ASSALAMUALAIKUM!" Jerit dari luar pintu. "Suara tu? Macam.." kata hati Wirdani sambil melihat kearah pintu. "Raihan" kata Daniel yang terkejut. "Alia" kata Wirdani yang turut juga bangun dan terus menghampiri kawannya dengan memeluk sekuat hati nya. "Boleh patah tulang aku Hoi" kata Alia yang sudah sesak nafas. "Maaf ii aku rindu kau sangat dah lama tak jumpa" kata Wirdani sambil tersengih. "Lama kau tak jumpa aku ye Daniel mentang-mentang lah dah kahwin nak berkepit je dengan isteri nya ye tak?" kata Raihan tu membuatkan orang mendengar terus ketawa.
"Sini lah duduk yang pergi berbual depan pintu tu dah kenapa?" kata Dato Kamal yang mempelawa mereka duduk di ruang tamu. Apabila Wirdani duduk dia melihat riak muka adiknya yang duduk tidak jauh darinya, Wirdani melihat kearah mata Warda pergi. "Raihan? Adik suka raihan ke?" bisik hati Wirdani. "Ni Raihan nak duet dengan siapa macam-macam kaum hawa kat sini nak suara macam mana kecik ke besar? Pak cik boleh tolong cari kan?"kata Dato Kamal. Raihan yang baru nak jawab terus digantikan oleh Wirdani." Warda! "kata Wirdani sambil mengangkat tangan setinggi-tinggi nya. Warda yang sedang berangan terus terkejut apabila namanya dia sebut," Adik ok je tapi siapa jadi duet adik? "kata Warda yang masih tidak tahu." Dengan Raihan boleh kan lagi pun lagi tu kan lagu lelaki dengan perempuan..sesuai lah dengan adik ku sayang ni "kata Wirdani sambil mengangkat kening nya 'tanda mengusik'.
Warda yang melihat kakak nya berbuat sedemikian membuat kan muka nya merah padam." Warda ok tak awak nak duet dengan saya ni.. Saya ok je"kata Raihan sambil memandang Warda dengan tenang. "Ahh..tak boleh, EH! Boleh boleh eh.. Hmm" kata Warda yang masih gagap. Wirdani yang sudah tahu perangai dan riak wajah adiknya terus dia bangun dan berjalan kebelakang tempat Warda duduk dan mencungkil pinggang Warda "Hmmm... BOLEH!" kata Warda yang menutup mulutnya yang terlepas cakap sebentar tadi. "Dah boleh kan.. bangun lah.. sekarang lepas ni Alia dengan Danish pulak tak kan nak bagi diorang tunggu kan tak baik DAH BANGUN!" kata Wirdani dengan tegas. Warda yang dengar perintah kakaknya terus bangun dan mengambil mikrofon. Raihan yang memerhati pergerakan Warda terus mengeling kepala nya.
Alia yang tahan gelak sambil menggelengkan." Jangan nak gelak sangat ye orang tu lepas ni giliran dia dengan Danish pulak" kata Wirdani sambil memandang kawan baiknya sama seperti Warda. Wirdani tahu setiap perlakuan kawan baiknya dan adiknya seperti takut bila berjumpa dengan Raihan dan Danish nak tengok muka Raihan dengan Danish pun tertunduh-tunduh selama ni bila berjumpa dengan saudara-mara tak ada nya macam ni pun dengan mereka berdua ye. Wirdani yang sedang merakam video sedang diperhatikan oleh Daniel, Dato Kasim yang nampak pandangan anaknya memberi isyarat kepada Puan Mawar untuk melihat kearah dia lihat sekarang ni Puan Mawar hanya angguk saja sebagai tanda tahu.
Selepas nyanyian duet antara Warda dengan Raihan habis tepukan gemuruh diberikan kepada mereka, selepas duet tu Alia dan Danish bangun dan mikrofon sudah bertukar tangan antara satu sama lain. Wirdani yang perasan pandangan Daniel terhadap dia, Wirdani menghadiahkan Daniel kenyitan mata sambil tersenyum sebagai tanda mengenakan Daniel. Daniel yang melihat terus pandang ketempat lain'Kantoi'. "Hebat lah Alia.. Korang dah macam orang sedang bercinta tapi dipendam kan.." kata Wirdani tadi membuat kan Alia datang kepada nya dan menghadiahkan satu cubitan percuma dan diikuti dengan adik nya Alia mencubit di bahagian lengan tangan kanan adiknya pulak cubit di bahagian kiri, Wirdani yang berasa sakit terus menggosok kedua-dua belah lengan nya.
"Akak tak nyanyi ke dengan Daniel?" kata Ayahnya kepada mereka berdua. "Tak kot ayah nak tengok je.." kata Wirdani yang cuba mengelak dia tak nak kejadian bila Daniel pandang dia pergerakannya tiba-tiba terkunci seketika. "Tak pe lah kalau macam tu kita orang lah sambung nyanyi.. Ye" kata ayahnya yang menawarkan diri. Seronok dapat keluarga yang pandai membahagikan masa kerja dengan masa keluarga bila solat, solat sama-sama lepas tu ayah atau papanya ceramah sampai isyak lepas tu solat isyak jemaah dan akhir sekali luangkan masa dengan keluarga. Selepas mereka meluangkan masa bersama-sama sekerang waktu untuk merehatkan minta iaitu tidur. "Kau nak buat berkultivasi tu lagi ke?" kata Wirdani. "Yep.. Kau nak join sekali tak?" kata Daniel sambil memandang tepat ke mata Wirdani.
"Hmm.. Boleh juga nak tenang kan otak ni" kata Wirdani Kepada Daniel. Wirdani dan Daniel pun pergi keluar beranda yang berada di dalam bilik Daniel untuk tenang kan fikiran. Ketika Wirdani dan Daniel menenang kan fikiran Wirdani memikir sesuatu dia baru teringat yang dia tak pernah bergambar dengan Daniel. "Ya Allah isteri apa aku ni tak pernah ada gambar dengan suami sendiri dalam telefon" bisik hati Wirdani yang senyum sendiri dan mengeling kepala nya sendiri. Wirdani pun mula bangun mengambil telefonnya di atas meja tepi katil setelah itu Wirdani terus berlari anak dan terus duduk di sebelah Daniel. Wirdani menyentuh bahu Daniel sebagai tanda di memanggil Daniel membuka matanya dan memandang Wirdani. "Hmm.. Nak gambar?" kata Wirdani yang sedang bertanya kepada Daniel.
Share this novel