BAB 42

Romance Completed 14728

Ketika mereka menuju ke bilik masing-masing bilik Wirdani, Warda dan Dahlia berdepan dengan Daniel dan Danish. Ketika Daniel melalui sebelah Wirdani jelingan dihadiahkan Wirdani kepada Daniel. Daniel yang nampak hanya pandang tidak peduli. "Kau tunggu Daniel.. Kalau kau cari pasal dengan aku.. Aku tumbuk kau sampai kau sakit kau tunggu lagi nanti" bisik hati Wirdani. Warda yang melihat pandangan Wirdani terhadap Daniel. "Nasib korang.. Orang cakap kalau benci lama-lama jadiii pen merah.. Pen biru you marah I love you.. Ohh sweet nya ketika itu" berangan Warda. Tanpa Warda sedar dia bukan sekadar berangan tapi berbicara Wirdani dan Daniel melihat Warda sambil membuat pandangan tajam seperti pisau. Warda yang melihat seperti diserang jantung seketika.

  "Ghamm hihihi.. Kakak dengan abang salah dengar tu.. Warda cakap pasal Dahlia.. Dia kan suka kat abang kaunter tu tadi... Hihihi" kata Warda sambil telan air liur. "ngeri beb" bisik hati Warda. Dahlia yang dengar Warda menyebut nama nya terus memandang Warda dengan tajam sama seperti Wirdani dan Daniel. Dahlia sedang ketika memandang Warda sambil membuka pintu hotel lalu masuk seketika tetapi Dahlia mengeluarkan kepala nya keluar pintu sambil memandang Warda tajam. "Sorry semua" kata Warda dan terus masuk ke dalam bilik mereka. Di dalam bilik, pada pukul 5 petang "Kakak nak ikut tak turun pergi makan nanti lapar pulak" kata Warda sambil memakai tudung di cermin. "Hmmm.. Ikut lah.. Takut pulak nak duduk dalam bilik ni sorang-sorang" kata Wirdani sambil memandang keadaan sekeliling bilik mereka. "Jangan nak fikir macam-macam nanti kalau ada baru tahu" kata Warda kepada kakaknya.

    "Bukan takut benda tu tapi takut manusia yang minum air setan tu" kata Wirdani kepada adiknya. "Bukan dia orang boleh masuk pun kan" kata Warda. "Kalau benda nak jadi.. Nak macam mana lagi" kata Wirdani. "Ye lah.. Dah pergi siap.. Yang masih baca novel tu dah kenapa kakak oiii pergi lah siap-siap" kata Warda kepada kakaknya. "Adik memang nak pakai cermin mata ke... Masih tak nampak lagi ke tuuu... Siapa dalam bilik air tu Dahlia kan SABAR LAH!" kata Wirdani sambil menekan kan percakapan nya. "Hmmm...... Tu Dahlia dah keluar masuk lah cepat" kata Warda kepada kakaknya. Wirdani yang ingin pergi ke dalam bilik air mengambil bantal lalu membaling kearah Warda. "Aduhhh sakit lah akak" kata Warda kepada kakaknya. "Siapa suruh cakap" kata Wirdani dan menutup bilir air. Dahlia yang baru siap terus melihat kejadian aneh terhadap adik-beradik tersebut.

    Ketika mereka sekeluarga menuju ke kedai makan bawah. Orang cakap buat apa susah-susah makan kat luar dalam hotel lagi dekat. Tapi kebanyakannya makanan hotel ni mahal-mahal belaka. "makan kat sini ke ayah" kata Wirdani kepada ayahnya. "Kenapa tak suka ke ni baru nama nya santai.. Kan betul tak Daniel" kata Ayah Wirdani kepada Daniel. "Ye betul tu pak cik.. Apa barang kalau makan kat tempat hotel tu nampak dinding je lebih" kata Daniel sambil menjeling Wirdani walaupun Wirdani di belakang nya sahaja. Wirdani jangan cakap lah dia dah sedia kan rancangan dia tu dulu. Wirdani yang berada di belakang Daniel terus berjalan ke depan sedikit dan kaki nya menghala kehadapan dan membeloh kan ke kanan. Daniel yang tersenggol kaki Wirdani terus memandang Wirdani.

  Wirdani pernah mengaku dirinya salah ke.. Mana pernah kan tapi dia tak akan cari pasal dengan orang kalau orang tak cari pasal dengan dia dulu. "Kau ni dah apa hal" kata Daniel dengan suara tidak puas hati. Daniel mempelahan  kan suara nya agar tidak didengari oleh ibu bapa mereka. "Apa aku tak buat apa-apa pun kan" kata Wirdani sambil memandang keadaan sekeliling tanpa berasa bersalah.

Kamu semua boleh tengok bab yang seterusnya di ig maiy.ura_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience