BAB 60

Romance Completed 14728

"HOI... Buat apa kat situ? Nak jadi bodyguard sangat ke?" kata Daniel yang kasar. "Suka hati aku lah yang kau sibuk apasal" kata Wirdani. "Bilik kau yang sana tu" kata Daniel yang sedang tunjuk ke arah bilik hujung sekali. Wirdani yang melihat tidak banyak bunyi dia terus mendaki tangga untuk pergi ke bilik nya. Apabila Wirdani memasuki bilik itu "Hmm not bad.. Ok lah daripada tak ada bilik kan.." kata Wirdani. Selepas Wirdani mengemas pakaian nya, dia ingin turun ke bawah untuk mencari bilik mandi. Wirdani yang merantau di seluruh rumah tu "Tak kan lah bilik mandi ada 1 je dalam rumah sebesar ni.. Teruk betol lh.. Kat dapur tadi ada bilik mandi tapi air tak ada.. Habis tu si Playboy tu mandi kat mana? Hmm cuba aku tengok lagi sekali" kata Wirdani yang terus memasuki pintu dari dapur.

"Hesh..air-air apa masalah kau ni.. Geramnya aku Arghh..Aku kena tanya Playboy ni.. Apa gunanya rumah cantik tapi air tak ada baik kau tak payah beli rumah ni.." kata Wirdani yang merungut sambil menaiki tangga, tanpa dia sedar kakinya terpelesat di tangga" Aduh..tangga-tangga apa masalah kau ni? Arghh geramnya aku.. Aahh sakit nya kaki aku " kata Wirdani yang masih marah. Daniel yang terdengar orang marah terus dia keluar untuk melihat gerangan orang tu." Laa.. Kau rupanya dah kenapa duduk kat tangga tu nak jadi pengemis sangat ke? "kata Daniel yang melihat keadaan Wirdani. " Aaahh yee memang aku nak jadi kan kau pengemis... Harap je rumah besar tapi air pun tak ada.. Kau nak aku mandi kat mana? LONGKANG!.. Kau macam tu baik kau tak payah..Aduhhh sakitnya"kata Wirdani yang terhentak kakinya dia terlupa kakinya sakit.

" Relax lah yang kau nak marah ni dah kenapa?.. Dah kenapa dengan kaki kau tu terseliuh ke" kata Daniel yang sedang menuruni tangga untuk melihat keadaan Wirdani. "Aah tadi aku marah-marah tak perasan kaki ku ter.." kata Wirdani yang tak sempat nak habis kan. "Tulah.. Marah jee kerja kau.. Tengok ni kaki kau ni kena urut ni" kata Daniel yang sedang menyentuh dan melihat keadaan kaki Wirdani. "Hah.. Urut aduh.. Aku paling benci kalau urut ni" kata Wirdani yang tak senang duduk. "Dah kenapa kau ni tak suka urut jangan nak jadi orang bandar sangat lah" kata Daniel. "Bukan pasal tu lah..aku tak suka orang urut sebab geli.. Orang sentuh aku pun dah geli apa entah lagi nak urut.. Seumur hidup aku.. Aku cuma urut dalam hmm 2 atau 3 kali je" kata Wirdani. Daniel yang mendengar membuat muka cebik "Ceh.. Orang bandar konon" bisik hati Daniel.

"Dah Jom urut kat atas.. Boleh bangun tak" kata Daniel yang meminta kepastian. "Boleh lah kot" kata Wirdani yang cuba bangun tapi nasib tidak menyebelahi nya dia hampir jatuh kebelakang tapi Daniel sempat menahan tangan Wirdani dan mengangkat Wirdani untuk naik keatas. Ketika Wirdani di angkat Daniel, Wirdani menutup mata nya dengan rapat "Cepat lah sampai, cepat lah.. Aku dah tak sanggup dah ni" bisik hati Wirdani. Apabila berapa di dalam bilik Daniel, Daniel meletakkan Wirdani di atas katil dan mengambil Minyak panas di atas meja nya. "Tegak kan kaki tu" kata Daniel, Wirdani yang dengar terus melunjur kan kakinya. "Jangan kuat-kuat tau" kata Wirdani yang sedang ketakutan. "Playboy pinjam bantal Ye" kata Wirdani sebelum Daniel memulakan urut. "Hmm" kata Daniel kepada Wirdani. Apabila Daniel sudah berkata seperti tu Wirdani terus mencapai bantal dan menutup muka nya.

Ketika Daniel sedang urut Wirdani sudah menarik kakinya berkali-kali tapi Daniel terus menarik kakinya tegak semula. "Geli HOI" kata Wirdani yang sedang bercakap sambil menutup dengan bantal. "Kau ni boleh tak tahan sikit.. Kau ingat aku tak penat ke asik tarik kaki kau ni je" kata Daniel kuat. Mereka berdua masih sedar bahawa ada seseorang yang dengar perbualan mereka. "Hmm Dahlia Warda Danish pergi ambik beg kita orang punya" kata Puan Mawar kepada Mereka. Puan Mawar yang sedang memandang Puan Malina dengan seribu pertanyaan. Wirdani dan Daniel masih tak sedar bahawa ahli keluarga nya sudah sampai. "Kau ni boleh tak cepat sikit sakit lah" kata Wirdani yang sedang tahan urutan Daniel. "Kalau kau duduk diam-diam lagi cepat tau" kata Daniel yang tidak kalah dengan suara Wirdani.

Ketika Daniel dan Wirdani sudah siap urut mereka pun keluar dari bilik dan mendapati ahli keluarga mereka memandang dengan senyum sampai ke telinga, Wirdani yang melihat terus mendekatkan diri ke Danuel dan berbisik "Asal kau tak bagitahu aku kalau diorang nak tidur sini" bisik Wirdani. Daniel yang dengar terus menjawab "Manalah aku tahu.. Tadi sebelum kita datang sini mama minta kunci rumah jadi aku bagi lah.. Tapi tak tahu pulak diorang nak tidur sini" bisik Daniel kepada Wirdani,Apabila mereka berdua sudah habis berbisik Wirdani dan Daniel terus ikut senyum dengan mereka. Wirdani dan Daniel terus turun menuruni anak tangga seiring. "Kenapa ibu dengan mama tak bagitahu nak datang sini boleh lah Wirdani masak apa-apa tadi" kata Wirdani untuk menghentikan senyuman mereka.

"Oh maaf lah kita orang sebenarnya nak surprise tapi bila sampai tak tahu pulak kita orang yang kena surprise" kata Mamanya sambil ketawa memandang ibunya. Wirdani dan Daniel menjeling antara satu sama lain Wirdani dan Daniel masih berfikir apa yang mereka surprise kan tadi. "Dah lah.. Warda Dahlia Danish bawah beg tu masuk ke dalam bilik kat atas tu.. Warda dengan Dahlia satu bilik Danish bilik kamu kat tengah.. Kita orang tidur kat bilik bawah je senang" kata ibunya. Apabila ibunya berkata seperti itu Wirdani mula gelabah. "Mati aku.. Dah lah beg aku kat dalam bilik hujung tu.. Ni kau punya pasal Playboy!" bisik dalam hati Wirdani. Daniel yang melihat Wirdani tidak keruan "Hmm kalau macam tu Daniel pindah kan beg Daniel masuk dalam bilik Daniel lah kalau macam tu" kata Daniel. "Aik.. Bukan ke bilik Daniel kat bilik pertama tu." kata mamanya untuk meminta kepastian.

"Tak.. Ehh.. Yee tapi tu bilik untuk Daniel buat kerja jadi Daniel nak ambik beg yang ada dalam dokumen tu" kata Daniel. "Ohh aah.. Ye lah pergi ambik sana cepat dengan Wirdani.. Lepas letak dalam bilik Daniel terus turun bawah mama dengan Ibu ada benda nak cakap" kata mamanya kepada Wirdani dan Daniel sambil teruja. Wirdani dan Daniel memandang sesama sendiri dan terus berjalan laju keatas. "Tak lama lagi kita dapat cucu lah" kata Puan Mawar dengan teruja. "Tak sabar nya kan nak panggil apa ye? Cucu kepada Kita.. kena fikir ni" kata Puan Malina sambil berfikir. Apabila Daniel dan Wirdani memasuki bilik itu dan terus kunci "Wei.. Kalau yee pon nak tolong aku bagi logik sikit lah mana ada orang letak dokumen dalam beg sebesar tu" kata Wirdani kepada Daniel.

"Kau patutnya bersyukur tau aku selamatkan kau" kata Daniel kepada Wirdani. Ketika Daniel mengumpulkan beg Wirdani tak berhenti bercakap langsung "Boleh jadi gila aku bila dia bercakap je.. Macam mana aku nak berhentikan dia bercakap terus Ye" kata Daniel yang terus berfikir. Daniel mula mendapat satu idea yang bernas. Apabila mendapat idea itu Daniel mula datang dekat kearah Wirdani, Wirdani yang perasan terus berundur kebelakang dan terus kebelakang sehingga ke dinding. "Apa kau nak Hah? Jangan dekat-dekat boleh tak" kata Wirdani yang mula tak senang duduk. Daniel hanya senyum sinis saja dan terus mendekati Wirdani,Daniel mula dekatkan muka kemuka Wirdani. "Wangi.. Kau pakai perfume apa?" Bisik Daniel ke telinga Wirdani. "Yang kau sibuk kenapa suka hati aku lah nak pakai apa pun bukan masalah kau" kata Wirdani yang cuba tahan takut didepan Daniel.

Daniel memandang tepat kemuka Wirdani sehingga mampu mendengar pernafasan mereka. "Aku suka kalau perempuan tu kuat bercakap tau" kata Daniel kepada Wirdani. Wirdani yang mula takut cuba untuk menunjukkan keberanian "Suka lah sangat kan.. Playboy semua sama je cakap benda semua nya manis macam lolipop tapi mulut diorang bukan manis pun.. Pera.." kata Wirdani terus berhenti dengan kucupan Daniel ke mulut Wirdani. Wirdani yang merasa mulutnya berasa hangat terus menutup matanya dan tangan mereka menggenggam antara satu sama lain. 

Buat masa sekarang ni novel GENERATION ART ONLINE tak gerak ye.. Sebab nak habiskan bab novel ni dulu :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience