BAB 68

Romance Completed 14728

"Hai Wirdani buat apa jalan sorang-sorang kat taman yang gelap ni?" kata seorang perempuan yang berada di belakang Wirdani. "Suara tu?.." kata hati Wirdani, "Fatihah.. Kau buat apa kat sini Hah" kata Wirdani kepada Fatihah yang menegur nya tadi. "Tak ada apa-apa aku cuma nak tengok kemampuan bertarung kau masih baik atau semakin buruk" kata Fatihah.
"Apa maksud kau ni Hah.. Tak puas ke kau dah ambik Daniel dari aku.. Apa lagi yang kau nak" kata Wirdani yang tak puas hati
"Aku kalau boleh nak ambik keseluruhan yang kau ada.." kata Fatihah sejujurnya "Kenapa dengan kau ni.. apa benda yang kau tak puas hati dengan aku.. Apa yang aku buat sampai kau nak balas dendam dengan aku sampai macam ni sekali" kata Wirdani yang mula nangis.
"Come on lah Wirdani.. Juara dalam seni bela diri kot.. Kenapa mesti kau yang menang dalam pertandingan tu.. Semua yang melihat kau menang semua gembira tapi bila aku yang kalah kenapa semua orang nak ejek aku loser" kata Fatihah kepada Wirdani "Hei Fatihah.. Benda tu setakat pertandingan je lah.. Kau jangan jadi macam budak-budak boleh tak.." kata Wirdani kepada Fatihah.

Apa yang dikatakan oleh Wirdani tadi langsung tak di indah kan Fatihah bagi dia semua dalam dunia ni mesti serius "Tapi bagi aku tak.. Macam ni lah apa kata kalau kita lawan seni bela diri lagi kat sini kalau kau menang aku akan bagi balik apa yang aku ambik dari kau.. Kalau.. Kau kalah kita dikira sama apa macam ok tak" kata Fatihah serupa orang gila.
Wirdani akui Fatihah adalah lawan yang hebat "Aku kalah kan dia masa dahulu tapi benda tu dah lebih 10 tahun tak mustahil kalau dia sekarang lagi kuat dari aku" bisik hati Wirdani.
"Ok aku terima cabaran kau tapi peraturan jangan pakai senjata deal" kata Wirdani kepada Fatihah. "Ok terima kasih sebab sudi terima cabaran saya" kata Fatihah sambil senyum sinis. Wirdani tahu di sebelah senyuman tu.
Wirdani dan Fatihah bersedia untuk berlawan ketika mereka sedang berlawan Wirdani perhatikan setiap gerakan Fatihah dengan teliti ada gerakan baru dan ada gerakan lama begitu juga Fatihah yang melihat gerakan Wirdani "Kenapa gerakan dia semua lama.. Dia ada sembunyikan dari aku ke?" bisik hati Fatihah.

Semua gerakan baru Fatihah semua mengena ke Wirdani,tangan Fatihah menjadi lurus sampai ke jarinya dan menekan dada Wirdani "Gerakan ni.." kata perlahan Wirdani tapi dapat didengar oleh Fatihah "Wow..Kau tahu tapi Bukan setakat ni je tapi termasuk ni"kata Fatihah yang cuba kedudukan tangannya yang mengakibatkan kan Wirdani menjauh kan dari dan Wirdani mengeluarkan darah dari mulut nya
"Kau memang hebat Wirdani aku tak tahu pulak kau mampu menahan rasa sakit tu.. Hahaha" kata Fatihah ketawa dan terus pergi dari situ.
"Kurang ajar betul dari mana dia belajar gerakan tu.. Aku minta maaf Daniel dan semua orang.. Aku tahu tu bukan Daniel malam tu.. Tu cuma perangkap.. Aku jauh kan diri dari korang sebab ni.. Bukan sebab Daniel curang" kata diri sendiri Wirdani.

Wirdani bangun dan terus berjalan walaupun sakit di bahagian hati nya tapi ia tidak mengena pada hati nya. Pada keesokan harinya, Lutfi telah memberi arahan supaya mereka berkumpul di rumah Daniel untuk memberitahu apa yang dia dapat tahu dari Fatihah.
"PANAS! PANAS! PANAS!" kata Lutfi yang terus masuk tanpa memberi salam. Semua yang melihat Lutfi dengan pandangan menjengkil kan "Saya ada berita penting sekarang.." kata Lutfi kepada mereka semua, mereka semua hanya melihat sesama sendiri "WAALAIKUMUSALAM!" kata serentak mereka sekeluarga sambil memandang Lutfi dengan hairan.
"Astaghfirullah.. Assalamualaikum semua Sory lupa beri salam" kata Lutfi yang meminta maaf "Fatihah tadi malam fight dengan Wirdani" kata Lutfi yang cuba bertenang.

"Sekejap Fatihah pandai berlawan? Aku tak tahu pun" kata Daniel yang hairan.
"Aku sendiri pun lupa tadi dia baru cerita yang dulu sekolah dia pernah masuk pertandingan.. Dalam pertandingan tu dia masuk peringkat akhir jadi pihak lawan yang di peringkat akhir tu adalah Wirdani.. Dalam perlawanan tu Wirdani kalah kan dia.. Dengan kata lain si Fatihah ni dendam dan cemburu dengan Wirdani "kata Lutfi dengan tekun sekali.
"Tadi malam siapa yang menang fight?" kata Daniel yang betul-betul ingin tahu "Fatihah menang dan dia sempat buat Wirdani muntah darah akibat serangan terakhir tu.. Serangan terakhir tu Fatihah kata hanya orang yang betul-betul saja yang tahu dan.. Wirdani tahu serangan tu" kata Lutfi seolah-olah sedang mengadu kepada ahli keluarga.

"Kau ada tanya kat mana diorang bertarung" kata Daniel kepada Lutfi. Daniel mula risau mengenai Wirdani muntah darah.
"Maaf pasal tu.. Fatihah langsung tak bagi tahu kat aku atau sesiapa saje itu rahsia dia dan Wirdani.. Aku dapat rasa kan yang Wirdani tinggal kan kau bukan sebab tu tapi dia tak nak orang sekeliling nya tercedera sebab dia" kata Lutfi kepada Daniel.
Daniel dan yang lain diam sejenak "Ayah kat mana Wirdani belajar seni bela diri tu.. Rasa macam tempat budak-budak belajar sini bela diri tu" kata Daniel dan mula berfikir "Dia belajar seni bela diri tu bukan kat tempat tuisyen tapi ada seorang kawan ayah dulu yang ajar Wirdani seni bela diri tu dari kawan ayah" kata ayahnya kepada menantunya.
"Kalau Daniel nak belajar seni bela diri boleh tak? Sekurang-kurang nya boleh tolong Wirdani kan" kata Daniel.

"Ayah boleh hantar kan tapi Daniel ke sedia kan fizikal dan mental sebab dia bukan sebarangan orang yang boleh di remeh kan tau dan Daniel kita fikir untuk melindungi Daniel dan Wirdani dan juga keluarga Daniel suatu hari nanti.. Besok kita akan bertolak Ye "kata Ayah nya yang dapat membaca fikiran Daniel yang seolah-olah teruja.
Berbalik kepada Wirdani, "Macamana dia boleh tahu.. siapa yang ajar dia sebelum ni ye.. "kata Wirdani yang cuba berfikir dengan waras..
" Takkan lah nak jumpa dengan guru pulak dah lah jauh tempat tu tapi aku nak rasa mesti ada cara yang boleh tangani pasal teknik tu.. "kata Wirdani sendiri. Keesokan pagi nya Daniel dan ayah mertuanya bersiap sedia untuk pergi kerumah kawan ayah nya.
" Hati-hati kat sana tau lagi pun Daniel mana pernah duduk kat kawasan kampung tu semua jadi belajar benda baru ye kat sana dan lagi set kan dalam fikiran tu nak lindungi Wirdani dan ahli keluarga.. Jangan lupa solat dan banyak lagi banyak lagi mama nak pesan Daniel "kata mama nya yang mula nangis siapa sanggup lepas kan anak sulung pergi ke tempat sejauh itu.
" Mama Daniel akan ok je.. Kalau Daniel tak ok Daniel buat lah ok kan "kata Daniel yang cuba menceria kan suasana." Ok lah jom nanti sampai sana petang pulak.. Sampai sana mungkin tengahari ni dah sampai.. Lambat gerak lambat sampai ye.. "kata ayahnya yang cuba menyakat semua yang berada di situ. Papa nya juga mengikuti juga untuk menemani anak bujang dia ni opss bukan bujang" Kita orang gerak dulu assalamualaikum "kata Papanya yang melambai semua orang yang berada di perkarangan rumah nya.

Wirdani membuat keputusan untuk pergi kerumah guru yang telah mengajar nya selama ni dia perlu tahu kesemua sekali teknik tu dan cara menangani nya.

" Puan.. ni makanan nya saya dah bungkus nanti senang sampai sana tinggal makan je" kata Pembantunya yang meletakkan makanan di atas meja "Terima kasih mak cik susah je lah nanti Wirdani singgah lah mana restoran makan kat sana" jata Wirdani yang rasa bersalah.

"Puan makanan kat restoran tu memang semuanya sedap-sedap tapi Puan ada tengok dia masak mana lah tahu kalau letak Ajinamoto setengah bungkus ke.. Sekurang-kurang nya bila kita masak kita tahu kita masukkan apa dalam tu" kata Pembantunya kepada majikannya. "Hmm ye lah ni nanti cakap dengan pak cik tak payah pandu saya.. Saya naik kereta sendiri dan ni adalah duit untuk sepanjang saya tak ada" kata Wirdani yang menghulurkan duit.

"Puan tak payah lah semalam Puan baru aje bagi saya dengan pak cik sorang RM 200 ni bagi lagi RM400 banyak ni Puan" kata Majikannya tolong mentah. Wirdani yang tahu yang majikannya perlukan kan duit untuk beli ubat darah tinggi, tanpa membuang masa Wirdani terus meraihkan tangan majikannya dan memasuki wang itu ke dalam tangan majikannya lalu menggenggam nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience