BAB 21

Romance Completed 14728

"Serius lah Daniel ni.. Wirdani pandai silat dengan tumbuk" kata Danish kepada Daniel untuk meminta kepastian. "Serius, Daniel tak tipu kesian tau Daniel tengok lelaki tu" kata Daniel sambil menggelengkan kepala nya sendiri. Puan Mawar tahu apa yang dimaksudkan oleh Daniel tadi. "Danish tahu tak budak lelaki tu kena terbalik kan badan dia sampai kat lantai lepas tu tangan ni dia lipat kat belakang" kata Daniel kepada Danish supaya dapat meyakinkan. "Daniel.. Daniel cakap macam ni sebab Daniel nak kan Wirdani kan" kata Danish membuatkan semua ahli keluarganya melihat kearah nya. "Mana ada Daniel nak kan si Playgirl tu.. Danish tau tak lelaki yang kahwin dengan dia je yang akan menyesal tau.. Daniel lain" kata Daniel kepada semua ahli keluarganya. "Tak payah nak temberang sangat lah Daniel, ingat mama tak tahu siapa budak lelaki yang Wirdani belasah tu" kata mamanya terus membuatkan Daniel terdiam terus.

     "Hai nama saya Mohd Lutfi salam berkenalan" kata budak lelaki itu yang berada di belakang Wirdani. "Dah tak reti nak beri salam ke kat orang islam" kata Wirdani terus menghadap kebelakang. Lutfi terus terkejut bahawa perempuan yang ingin dia sakiti semasa sekolah rendah berada di depan dia sekarang. "Oh kau rupa nya ye dah lama aku tunggu kau tau" bisik hati Wirdani, siapa yang tak terkejut Wirdani sendiri pun terkejut tapi bila melihat muka dia terus hilang rasa terkejutnya dan sekarang dia hanya merasakan kemarahan dan kegeraman kalau boleh sekarang juga Wirdani nak belasah nya tapi dia memakai gaun. "Oh musuh ketat aku datang lah, tak sangka kan kau sendiri yang datang kat tempat aku" kata Wirdani Sambil tersenyum sinis. Alia dan Warda yang berada di belakang Wirdani sambil menahan marah. "Aku tak tahu pulak yang kau datang sini"kata Lutfi kepada Wirdani." Kau jangan gila lah Lutfi kau ingat Wirdani ni budak pemulihan ke, kau pandai baca tak kat depan tu siapa yang buat majlis ni " kata Alia yang sudah nak nampak kemarahan.

   " Wah mama, Dahlia tak sangka  bukan setakat luar je cantik tapi dalam dia lagi cantik lah"kata Dahlia kepada mamanya. Puan Mawar mengganguk dan menarik tangan Dahlia dan Danish untuk berbincang sesuatu Raihan yang baru nak pergi ketempat Daniel yang sedang berjalan bersama papanya terus ditarik oleh seseorang siapa lagi kalau bukan Danish. "Ada apa ni Danish main tarik-tarik pulak" kata Raihan sambil melepaskan tangan Danish. "Sebenarnya aku nak cakap nanti kat atas nanti kita semua akan jumpa Wirdani, Alia dan Warda jadi mama aku cakap buat-buat tak kenal tau" bisik Danish kepada Raihan. "Oh makna nya cuma Dahlia jelah yang boleh tegur dia orang" kata Raihan kepada Danish. " betul tapi kita kena buat-buat tak kenal sebab nanti Dahlia akan kenal kan kita nanti kepada Wirdani dan Alia" penjelasan lebar dari Danish kepada Raihan. "Ohhh ok dah lah jom nanti Daniel syak apa-apa nanti" kata Raihan kepada mereka.

    "Wah makin cantik ye kau Wirdani tapi tu lah kau dah berlagak tapi tak apa aku akan pasti kan kau jatuh ke tangan aku suatu hari nanti" bisik hati Lutfi. "Boleh kau pergi dari sini nanti tak pasal-pasal BOYFRIEND aku marah, ok lah bye Assalamualaikum" kata Wirdani sambil menekan kata nya dan berlalu meninggal kan Lutfi yang sudah berdiri seperti berkawad. "Aku akan pasti kan yang kau dapat apa yang selayaknya kau dapat Lutfi aku akan pastikan hidup kau menderita selagi aku bernyawa" bisik hati Wirdani dan terus berlalu dari situ dengan perasaan yang tak tahu digambarkan. Warda dan Alia sambil berpandangan untuk bersedia dengan rancangan nya bersama dengan ahli keluarga Dato Kasim, Raihan, Alia dan ahli keluarganya kecuali Daniel dan Wirdani mereka tidak tahu apa yang dirancang oleh mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience