BAB 36

Romance Completed 14728

"Puan, saya balik dulu ye" kata Siti kepada Wirdani. "Hmm Baiklah hati-hati, ye" kata Wirdani kepada Siti. "Baiklah Puan, Puan pun hati-hati jangan balik lambat" kata Siti dan terus keluar dari bilik majikannya. Selepas 10 minit berlalu, ketika Wirdani membuat kerja nya dia baru sedar bahawa dia masih belum mengemas pakaian nya. "Ya Allah, aku belum kemas pakaian aku lagi, aku kena balik sekarang sebelum ratu dalam rumah tu naik angin" kata Wirdani dan terus mengemas dokumen yang berada di atas meja nya dan terus turun dari syarikatnya. Ketika Wirdani hendak membuka pintu kereta nya dia dapat merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan nya tanpa berlengah Wirdani terus membuka pintu kereta, menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu keluar dari Syarikatnya walaupun ada pengawal tapi seolah-olah ada orang yang mengikutinya.

    "Daniel.. Dah kemas pakaian yang perlu di bawak" kata mama nya kepada Daniel. "Dah mama.. lagipun mama suruh bawak baju banyak kan sebab kita ada buat aktiviti kan" kata Daniel yang hendak kepastian daripada mamanya. "Ye nanti kita ada buat aktiviti menggunakan tepung, telur dan air"kata Puan Mawar kepada anaknya itu." Hah.. Telur, apa ni mama... Mama tahu kan telur kalau dipecahkan dekat baju bau busuk sangat"kata Daniel kepada mamanya. "Ye mama tahu lah.. Kan best kalau ada telur bagi mencabar sikit" kata Puan Mawar kepada anaknya. Daniel baru sahaja hendak berkata mamanya telah pergi untuk mengemas pakaiannya.

    Ketika Wirdani memandu dia sekali-sekala melihat cermin sisi belakang untuk melihat jikalau ada orang mengikutinya tapi tiada. "Perasaan aku je lah kot" kata Wirdani sendiri. Ketika Wirdani berhenti di lampu isyarat telefon nya berbunyi
"Siapa pulak yang call ni... Adik rupanya" kata Wirdani. " Waalaikumusalam.. Kenapa ni,akak dah kat depan taman ni je.. Hah ok" kata Wirdani kepada adiknya itu. Ketika Wirdani tunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau, dia melihat kereta yang mencurigakan, tapi Wirdani pasti ada 2 orang yang berada didalam kereta itu. "Wahhh kita ada pertandingan yang bakal di tempuhi sebentar sahaja lagi" kata Wirdani sambil tersenyum sendiri.

     Ketika rumah Wirdani hampir dekat, Wirdani memberhentikan kereta nya dahalu lalu dia melihat sama ada kereta yang ikuti nya masih ada atau pun tidak. Sangkaan Wirdani benar kereta yang mengikuti nya berhenti di belakang kereta nya. "Sangkaan aku tepat sekali, aku kena bersiap sedia takut dia bertindak luar batasan" bisik hati Wirdani sendiri. Wirdani mengambil 2 barang yang berada di dalam kereta nya perfume, buah limau dan yang paling perlu bagi wanita adalah sarung tangan . Wirdani keluar dulu dari kereta dan menunggu didepan pintu kereta nya. "Korang nak apa dengan aku sebenar" kata Wirdani dulu selepas 2 orang tu keluar dari perut kereta. "Boss kita orang nak kau menyesal sampai kau nak jumpa dengan orang pun kau malu" kata seorang dari penjenayah itu.

    "Ok kau nak tengok aku menyesal ye tak pe kita tengok siapa yang bakal menyesal" kata Wirdani yang tidak rasa gentar walaupun sedikit. Ketika penjenayah itu cuba untuk memukul  Wirdani hanya menggunakan perfume untuk kabur kan mereka dan kemudian Wirdani kerja kan mereka secukup-cukupnya. Buah limau yang berada di tangan nya dia lobangkan sedikit untuk air limau itu keluar lalu Wirdani memicit buah limau itu ke luka mereka dan bertanya "Aku nak tanya 1 soalan siapa yang hantar kau untuk serang aku ni" Soalan Wirdani tidak dijawab lalu Wirdani memicit buah limau itu sekuat-kuatnya bagi ia merasakan pedih pada luka "Aku tanya sekali lagi, SIAPA YANG HANTAR KORANG UNTUK SERANG AKU" kata Wirdani. "Me.. Me.. lati" kata mereka yang sedang merasakan pedih walaupun Wirdani sudah tidak memicit buah limau itu lagi tetapi pedih nya dapat dirasakan.

   "Melati ye" kata Wirdani. "Aku ada tugas untuk korang" kata Wirdani kepada mereka. "Tugas a...pa" kata salah satu dari mereka. Wirdani hanya tersenyum sinis, mereka hanya dengar apa yang dirancang oleh Wirdani, dan mereka merasakan hairan kenapa Wirdani nak buat macam tu kan menyusahkan namanya. Tapi nak buat macam mana kalau tak ikut diorang kena pukul lagi kalau kena pukul mahu duduk kat hospital selama sebulan. "Bolah tak" kata Wirdani kepada mereka. "Boleh Puan tapi" kata mereka tak sempat di habis kan lalu Wirdani mengeluar 2 plaster luka lalu memberi kepada mereka berdua. "Korang tak payah nak risau limau tu bagus untuk hilang kan kuman pada luka.. Lepas tu kau tampal dengan plaster luka ni, Dah balik sana Assalamualaikum " kata Wirdani dan terus memasuki kereta dan terus bergerak meninggalkan mereka.

  

Maaf dah lama x update sebab busy kls online.. Saya harap kamu semua berpuas hati ye, lps kamu semua baca kamu boleh komen, share dan support :) STAY SAFE EVERYONES

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience