BAB 61

Romance Completed 14733

"Akak dah siap ke belum kemas bilik tu kita orang nak letak beg ni" jerit Warda di luar bilik. Wirdani dan Daniel tersedar panggilan tu terus tolak antara satu sama lain, Wirdani berjalan terus ke arah pintu itu dan mengesat mulutnya begitu juga dengan Daniel "Apa kau buat tu Daniel.. Aku cuma nak takut kan dia je.. Arghh lantak lah buat tak tahu dah lah" bisik hati Daniel. "Adik.. Dah siap kemas dah tu tinggal angkat je beg tu biar orang lelaki yang muda buat kita cuma kemas je" kata Wirdani yang terus keluar dari bilik tu dan meninggal kan Daniel "YA ALLAH.. malunya aku..dah lah nanti tidur 1 bilik dengan dia.. Macam mana aku nak hadap muka dia tu" bisik Wirdani kepada dirinya sendiri. Daniel yang mengekorinya dari belakang nampak yang di lakukan oleh Wirdani. 'tahu takut' apabila Wirdani ni turun dia ternampak Daniel berada di belakang Wirdani memandang nya beguti juga dengan Daniel, apabila pandangan mereka bersatu dalam beberapa saat Wirdani melarikan pandangan itu ketempat lain,selepas melarikan pandangan itu dia terus turun dengan laju walaupun kakinya rasa sakit selepas Daniel urut tapi dia tak boleh bagi keluarga Daniel atau Keluarganya nampak.

Setelah Wirdani duduk di atas kerusi bertentangan ibu dan mamanya mereka berdua memandang Wirdani seolah-olah Wirdani menjadi jenayah. "Kenapa ibu dengan mama pandang Wirdani macam tu seram lah" kata Wirdani yang rasa seram sejuk. "Kejap bila Wirdani buka hati untuk Daniel?" kata ibunya kepada Wirdani, Wirdani yang baru hendak jawab terus dibantah "Macam mana Wirdani buat Daniel sampai berubah macam tu?" kata Mamanya, "Kenapa tak cakap dengan ibu?" kata ibunya "Kenapa tak bagi kita orang tahu?" kata mama. Bertalu-talu Wirdani di tanya kan soalan "Ibu, mama.. Wirdani tak faham lah apa yang cuba mama dengan ibu nak cakap ni? Cuba cakap terus terang je" kata Wirdani sambil menggaru kepala. "Tadi masa kita orang datang dengar Wirdani cakap sakit lepas tu Daniel cakap 'boleh duduk diam tak' jadi kita orang ingat yang Wirdani dengan Daniel buat hubungan selepas kahwin tu.. Jadi nak tanya lah betul ke tak" kata Mama nya.

"Ya Allah... Macam mana nak cakap ni Ya Allah.. Kalau aku cakap ye nanti banyak soalan diutarakan kalau tak nanti tanya kenapa.. Aduhh macam mana ni.. Aaah tembak je lah " bisik hati Wirdani. "Hmm..Sebenarnya, ibu dengan mama.. Ye dan Wirdani minta maaf kalau Wirdani Jerit kuat sangat" kata Wirdani. "Aku minta maaf Playboy aku tak ada cara lain lagi dah.. aku minta maaf sangat-sangat" bisik hati Wirdani sambil memejam mata dengan rapat. "Alhamdulillah akhir nya tak lama lagi kita dapat cucu lah" kata Puan Mawar kepada ibunya. "Ok sekarang ni kita kena jumpa orang kat luar tu kena bincang sekarang juga.. Jom" kata ibunya yang terus keluar rumah sambil diikuti oleh mamanya. Apabila mereka berdua dah keluar Wirdani memicit dahinya, ketika Daniel masuk dia terus mendekati isterinya yang berada di sofa.

"Hoi..kenapa dengan ibu dengan mama tu kat luar senyum sampai ke telinga pandang aku" kata Daniel yang berdiri di sebelah Wirdani. Wirdani dengar terus bangun dan tarik tangan Daniel menaiki tangga dan memasuki ke dalam bilik. "Sebenarnya.. Masa kau urut kaki aku tadi diorang dengar yang aku cakap'Sakit ' and then kau cakap' boleh duduk diam tak' jadi diorang fikir yang kita dah buat benda yang tak senonoh tu.. Kau faham tak" kata Wirdani yang sedang geram." Habis tu kau cakap apa?" kata Daniel "Aku cakap lah YE.. Kalau aku cakap tak nanti diorang banyak tanya.." kata Wirdani sebentar tadi membuat rahang Daniel jatuh. "Apasal kau cakap macam tu?" kata Daniel yang sudah gelisah. "Kau nak aku cakap macam mana lagi.. Kau cakap sekarang" kata Wirdani yang melihat Daniel berulang-alik.

"Dah lah aku nak pergi mandi dah lah aku tak mandi lagi ni.. Bilik air kau ada air tak?" kata Wirdani yang memandang Daniel. "Ada" kata Daniel "Kau pergi lah keluar sana buat apa yang patut layan diorang tu ye.. Aku nak tenang kan fikiran aku.. Aku akan mandi selama 40 minit ye.. Perempuan biasa lah tu kan" kata Wirdani yang terus lambai dan berjalan sebagai tanda semoga berjaya ye nak bagi alasan. Apabila Wirdani berkata seperti itu membuat kan rasa darah berderau. "Kalau ye pun jangan lah cakap macam tu buat aku takut nak keluar dari bilik je" bisik hati Daniel. "Macam mana sekarang ye.. Fikir Daniel, fikir Daniel hmmm ok aku dah dapat idea bernas aku bagi alasan je lah" kata Daniel sendiri. Apabila Daniel mendapat idea itu terus dia turun ke bawah dan mendapati ahli keluarga mereka semua sedang berkumpul "Daniel kita orang nak keluar kejap nak cari barang.. Tadi Daniel beli barang sikit sangat ni kita orang nk pergi cari lagi tambah je tinggal.. Ok kita orang pergi dulu ye Warda dengan Dahlia pun ikut" kata mamanya.

"kalau macam ni senang je lah kerja aku te tinggal angguk je"bisik hati Daniel sambil tersenyum." Ohh ok nanti jangan lupa pulak jalan sini ye.. Bye "kata Daniel yang tunggu mereka di pintu rumah, bercakap sambil berjalan. Apabila mereka hilang dari penglihatan Daniel, dia terus kunci pintu nya dan" Alhamdulillah.. Lega aku sekarang "kata Daniel sendiri. Wirdani yang baru saja keluar dari bilik mandi terus keluar sedikit untuk melihat mereka tapi tiada sesiapa." Mungkin mereka keluar kot biar jelah"kata Wirdani sendiri. Daniel yang berada di dapur untuk membasahi tekaknya berjalan menaiki tangga satu persatu dan membuka pintu dia melihat Wirdani sedang keringkan rambut. Apabila Daniel menutup pintu dia mula menghampiri Wirdani dari pantulan itu Wirdani nampak Daniel berada di belakang nya sambil minum air.

"Awal kau mandi tadi kata nak mandi 40 minit ni baru 15 minit kot" kata Daniel sambil memandang Wirdani. "Saja tipu nak tengok reaksi ni kau itu je" kata Wirdani. "Oh aku nak tanya ni?" kata Daniel. "Hmm.. Kalau aku tak bagi kau tanya pun kau tetap nak tanya juga kan.. Tanya je lah" kata Wirdani kepada Daniel. "Aku tengok kau selalu berkultivasi kat luar boleh ajar aku sekali tak?" kata Daniel kepada Wirdani. "Hmm boleh tapi aku tak rasa kau boleh buat sebab apa.. Aku tengok kau jenis orang yang suka berfikir sangat" kata Wirdani. "Habis tu macam mana" kata Daniel yang kurang faham "Kultivasi ni kita tak ikut cara orang yang kat luar tu.. Kultivasi kita ni hanya mendengar di persekitaran kita bunyi angin, bunyi kereta dan sebagainya.. Kalau orang luar pulak diorang tumpu kan sesuatu didalam diri diorang.. Aku sendiri pun tak tahu apa dia orang buat "kata Wirdani yang sudah siap mengeringkan rambutnya.

Daniel dengar terus angguk tanda faham" Kau nak aku ajar bila malam ke sekarang lagi pun orang tak ada ni tenang sikit fikiran "jata Wirdani yang berjalan untuk mendapat kan telefon nya." Apa beza nya? "kata Daniel." Hmm kalau siang ni tak best sangat panas sangat kalau malam ok sebab cuaca nya sejuk dan nyaman mungkin kau boleh fokus... Dan lagi satu compeny kau tahu ke kita dah kahwin sekarang "kata Wirdani kepada Daniel." Hmm belum kau jangan risau lah tahu lah aku apa maksud kau tu aku boleh fikir lagi "kata Daniel yang terus keluar dari biliknya. Wirdani yang turut keluar dari bilik itu dan terus menuju ke dapur untuk memasak nasi,sekurang-kurang nya nanti senang tak payah nak masak lagi kan. Apabila Wirdani dan Daniel membuat urusan masing-masing ahli keluarga mereka pun balik dan membawa barang Wirdani dan Daniel pun tolong yang mana mampu.

Apabila mereka semua sudah meletakkan semua barang di atas balkoni. Semua kaum hawa sedang menyirap kan makan malam mereka dan manakala kaum Adam berbual di luar. Apabila masakkan yang mereka sudah siap mereka menghidangkan di atas meja makan, setelah sudah siap Dahlia memanggil kaum Adam supaya makan bersama-sama. Daniel dan Wirdani duduk secara bersebelahan sampai lah Warda menendang kaki yang terseliuh tadi, Muka Wirdani sudah berubah seperti menahan sakit, sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Daniel yang melihat perubahan muka Wirdani terus berbisik "Sakit lagi ke? Nanti aku urut lagi" kata Daniel tadi membuatkan riak muka Wirdani berubah 'takut'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience