BAB 12

Romance Completed 14728

"Adik jangan bagitahu kakak ye pasal ni kalau dia tahu mesti dia marah" kata Puan Malina kepada Anaknya. "Boleh tapi... Boleh tak kalau Warda jumpa Dahlia.. Dah lama tak jumpa dia, rinduu sangat kat dia" kata Warda kepada ibunya. "Boleh Warda bila-bila je kalau Warda nak jumpa Dahlia datang je rumah aunty tapi jangan sampai kakak Warda tahu tau... Sebab takut dia ingat nama Dahlia tu adik Daniel" kata Puan Malina kepada Warda. "Betul ke aunty.. terima kasih sangat-sangat" kata Warda yang sedang teruja yang dikatakan oleh aunty Mawar. "Tapi kalau terserempak dengan kakak waktu keluar dengan Dahlia.. Pandailah ye korang tipu nama Dahlia tu. Lagipun Dahlia pun tak sabar nak jumpa Warda" kata Puan Malina kepada Warda. "Oh yeke Insyallah nanti Warda jumpa dia ye aunty" kata Warda kepada Puan Mawar.

    
   Wirdani yang masih menyanyi lagu Blackpink terus tersentak apabila ayahnya membuka pintu biliknya. "Ye ayah ada apa jumpa kakak.. Mat tempe tu ada cakap apa-apa lagi tak" kata Wirdani kepada Ayahnya. "Dah balik dah.. Tu ada orang nak jumpa dia kata.. Dia ada benda nak cakap tu" kata Ayahnya membuat kan Wirdani pelik. "Siapa lagi kalau bukan mat tempe.. Fikir Wirdani siapa lagi lelaki yang kau main kan perasaan diorang... FIKIR WIRDANI" bisik hati Wirdani sambil berjalan ke sana sini. "Tak payah nak teka siapa orang yang kakak main kan perasaan diorang.. Budak ni kawan akak masa universiti"kata Ayahnya seolah-olah dapat fikir yang difikirkan oleh dirinya itu. Ketika ayahnya berlalu, ayahnya sempat memberitahu" Dann dia seorang lelaki "kata ayahnya kepada anaknya sambil tersenyum, senyuman seperti ada muslihat tertentu." Ok kakak turun sekarang "kata Wirdani kepada Ayahnya sambil mancari tudung untuk keluar.

      Di sebuah kedai rekaan baju." Malina kalau macam ni ok tak.. Macam cantik je baju ni "kata Puan Mawar kepada Puan Malina sambil menunjukkan baju yang dipegangnya itu." Cantik lah akak.. Tapi kalau kita buat nama sendiri lagi cantik"kata Puan Malina kepada Puan Mawar. "memang pun akak nak buat nama.. Ok sekarang kita kena cari saiz untuk baju anak-anak dan suami kita sekarang.. Jom" kata Puan Mawar kepada Puan Malina. "Ok jom" kata Puan Malina kepada Puan Mawar. Ketika mereka sedang mencari baju seseorang sedang kearah mereka. "Hello aunty" kata seorang budak perempuan sambil membuat suara gedik nya utu. Puan Mawar, Malina dan Warda sudah membuat wajah hairan, minah mana lah ni yang datang ni dah macam kucing mengeliat pun ada.

   Ketika Wirdani turun, dia masih tak sedar bahawa orang yang menunggu dia ada mat tempe sehinggalah "kau nak jumpa aku ke" kata Wirdani yang masih bermain telefon. "Dah tak boleh letak telefon kat meja ke, jangan sampai telefon tu makan kau nanti" kata Daniel sambil tersenyum sinis kearah Wirdani. Wirdani yang baru sedar apabila dia mengenali kepunyaan suara tu, Wirdani benar-benar terkejut. Wirdani tidak menyangka bahawa dia mengikut Wirdani balik rumah sekali. Wirdani cuba kelihatan tenang walaupun kalau boleh dia nak masuk dalam bilik bawak pemukul besi dan ketuk kepala si Daniel bagi dia amnesia buat sampai bila-bila. Wirdani pun meletak telefonya keatas meja. "Dengar pulak kau cakap aku ni" kata Daniel sambil tersenyum sinis. "Aku letak telefon sebab kau datang sini dengan cara baik kalau datang sini nak cari gaduh baru aku cari gaduh macam kat Shopping Mall tu"kata Wirdani sambil tersenyum badut. Bila ingatkan balik memang kelakar ketika berapa di pusat beli-belah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience