BAB 19

Romance Completed 15003

"Kakak tak siap lagi ke cepat sikit lah ibu dah marah kat bawah tu" kata adiknya yang berada di luar pintu. "Akak tak ada baju lah.. Jadi tak payah nak pergi!" Jerit Wirdani didalam bilik. "Siapa kata kakak tak ada baju... Ni ambik baju ni sebelum ibu marah, cepat tau ibu cuma kasi 20 minit saja ya" kata adiknya yang berapa di luar pintu. "kejap bila aku suruh ibu beli ni... Kejap jangan-jangan adik suruh ibu beli tak" bisik hati Wirdani. "Ahh lantak lah malas nak fikir sekarang aku ke siap cepat sebelum ratu naik atas" bisik hati Wirdani. 20 minit berlalu "Kakak dah siap ke belum cepat lah sikit kita kena ada kat sana pukul 7 tepat tau!" kata Warda dari bawah. "Ye kakak dah siap ni... Tengah cari barang!" Jerit Wirdani di dalam bilik. Wirdani pun keluar dari bilik dan turun ke tangga. " Wah cantik nya.. Kakak siapa lah ni untung adiknya" kata Warda sambil memuji dirinya sendiri. Belum sempat Wirdani membalas kata Warda, tangannya terus di tarik oleh adiknya lalu mereka pun masuk kedalam kereta.

    "Wah handsome nya anak mama ni.. Mana adik-adik kamu" kata mamanya kepada Daniel. "Jap Daniel pergi panggil" kata Daniel. Daniel pun pergi berjumpa dengan kembar dia Danish. "Danish cepat lah mama dah panggil tu... Adik cepatlah lambat betullah macam perempuan!" Jerit Daniel. "Jap adikkan memang perempuan yang abang nak pertikaikan kenapa" jerit adiknya Dahlia kepada abangnya yang berada di bawah. "Melawan ye abang cakap" jerit Daniel pura-pura marah padahal saje nak kenakan adiknya itu. "Hah turun pun Danish dengan adik lambat betul lah abang dah tak sabar jumpa perempuan ni mesti diorang tergila-gila kan abangkan" kata Daniel sambil berangan, dia masih tidak perasan bahawa mamanya berada di belakang nya. Danish dan Dahlia masih menahan ketawa nya telah terhambur ketawa mereka "Korang dah kenapa ketawa macam baru nampak hantu buat lawak je" kata Daniel. " Daniel memang kitaorang baru nampak hantu buat lawak pun" kata Danish kepada Daniel. Dahlia dan Danish menunjukkan sesuatu di belakangnya. Daniel terkedu apabila mamanya yang sedang tersenyum ke arahnya. "Eh.. Mama, mama buat apa kat sini tadikan mama kat luar" kata Daniel yang mula meremang bulu roma, hantu dengan mamanya tentu lah mamanya yang menyeramkan. "Tak jadi.. mama nak ambik angin dalam.. TAPI LAIN PULAK YANG JADI, DAH MASUK DALAM KERETA SEKARANG SEMUA SEKALI" Jerit mamanya. Mereka semua terus masuk ke dalam kereta.

  Di Dalam Dewan

  "Adik  ni kita nak pergi mana" kata Wirdani kepada Warda. "Ikut je lah" kata Warda sambil memegang tangan kakaknya. Mereka pun pergi ketempat seseorang dia amat kenali siapa lagi kalau bukan "ALIA"! Jerit Wirdani kepada sahabatnya itu. "WIRDANI!" Jerit Alia. Warda yang berada disitu juga tak tahu sama ada gembira atau malu. Diorang ni langsung tak fikir ke nak jerit dah lah kawasan itu adalah kawasan untuk perempuan dan lelaki apabila sesi perkenalan. "Kakak dan  Kakak Alia selow lah sikit sakit telinga, Warda tau" kata Warda sambil picit telinganya. Wirdani yang mula-mula rimas memakai gaun itu terus lupa apabila Alia tiba di depan matanya. "Kau macam mana sihat" Balas Alia. "Kau tanya aku.. Kau tu sihat tak" kata Alia kepada Sahabatnya itu. "Terlebih sihat tau Alhamdulillah" kata Wirdani kepada sahabatnya itu. "Adik kenapa kita semua kena tunggu sini bukan sepatutnya turun makan kan" kata Wirdani kepada adiknya itu. "Sebenarnya kita kena tunggu nama kita disebut baru turun pergi makan" kata Warda kepada kakaknya. "WHAT ARE YOU CRAZY SISTER" Jerit Wirdani kepada adiknya  itu.

   Di dalam kereta "Dahlia masih ingat tak kawan Dahlia namanya Warda" kata mamanya untuk memecah kesunyian "Ingat sangat, warda kan sahabat Dahlia masa ke..." kata Warda belum sempat dihabiskan apabila mamanya menutup mulut. Dahlia baru saje terlepas cakap,baru teringat baharu mamanya telah memberitahunya dengan Danish pasal Wirdani, Warda dan Alia adalah rakan masa kecil mereka. Tetapi mama nya melarang memberitahu kepada Daniel kerana mamanya nak lihat sejauh mana Daniel setia dan pegang pada janjinya. "Oh rakan masa universiti" kata Dahlia sambil membetulkan percakapannya itu. Danish yang berada disitu terus terkejut, takut rahsia selama ni pecah. Daniel yang berada di situ terus berasa curiga macam ada benda yang terjadi "Rahsia apa diorang sembunyikan daripada aku, tak pe lah nanti lama-lama pecah juga kan, biar je lah" bisik hati Daniel
    
  

Minta maaf ye saya sekarang tengah sakit mata jadi saya nak buat pun sikit-sikit dulu. Saya harap kamu semua jaga kesihatan tau SELAMAT MEMBACA TAU :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience