BAB 50

Romance Completed 14733

Selepas beberapa minit Wirdani dan Melati merancang sesuatu di telefon butik yang mereka kunjungi ditibai oleh Melati seperti berlagak seperti dia girlfriend Daniel. Melati yang memandang kearah Wirdani dan mengenyitkan mata supaya rancangan mereka di mula kan. Melati dan Wirdani memula kan rancangan mereka. Melati berjalan kearah Daniel yang sedang berbual dengan seorang perempuan " Hai Daniel you buat apa kat sini.. I tahu lah you tu Playboy tapi tak akan lah you nak kahwin dalam 1 hari 2 orang sekali gus kot... Kalau macam tu apa kata kalau you kahwin dengan I sekali baru lah tak ada yang cemburu betul tak" kata Melati yang cuba menyakitkan hati perempuan. Wirdani yang melihat Daniel yang cuak terus menutup mulut nya agar tidak ketawa. Sekarang rancangan nya ialah Wirdani perlu bersembunyi ketempat lain supaya tidak menjadi umpan Daniel. Wirdani yang terus menuju ke kaunter untuk bertanya.

    "Kak ada tak dulang yang lain daripada yang kat luar tu" kata Wirdani kepada seorang perempuan yang lebih tua sedikit daripada umurnya. "Ada dik tapi mahal lah daripada yang kat depan tu" kata mak cik kepada Wirdani. "Tak apa saya tak kesah.. Hmm kat mana dulang tu" kata Wirdani kepada Makcik. " Ada kat sini dik.." kata Mak cik tu yang sudah bergerak untuk menunjukkan di mana dulang itu. Selama 5 minit mereka berjalan akhir nya mereka tiba di tempat dulang cantik-cantik belaka. "Wah.. Mak cik cantik nya Ya Allah.. Nak pilih yang mana ye" kata Wirdani yang sedang melihat seluruh dulang yang berada di situ. Ketika Wirdani berjalan dia melihat dulang yang berwarna purple yang berkilau. "Hmm mak cik saya nak dulang ni 7 boleh tak tapi 7 dulang tu 1 dulang untuk letak kek dan yang lagi 1 untuk letak bakul buah" kata Wirdani kepada Makcik. "Ohh ok ii jap mak cik cari ye" kata mak cik tersebut dan meninggal kan Wirdani bersendirian.

   Cari dulang pun susah ke bukan suruh cari pasangan hidup pun kan. Hesh.. Korang ni boleh cepat lh kahwin tak.

   Selepas beberapa minit, menunggu akhir nya tiba 7 dulang yang diminta oleh Wirdani sebentar tadi. "Jap ye makcik letak dalam plastik.. Hmm yang bakal tunang adik tu tak beli ke asik bergaduh jee.. Ada masalah ke kenapa tak pergi tolong dia kesian dia" kata Mak cik itu kepada Wirdani. Wirdani sudah mati akal untuk menjawab. " Aahhh tuu eggg ohh dia suruh saya cari dulang untuk dia warna biru tu.. Dia kata jangan masuk campur urusan dia" kata Wirdani yang sudah tersenyum dan menunjukkan dulang yang berwarna biru yang berada di atas rak itu. "Ohh tunang adik pun nak yee.. Jap yee.. Ahhh nak berapa dulang ye?" kata mak cik itu kepada Wirdani. "Alamak Wirdani kenapa kau ni b*d*h sangat.. Lelaki selalu balas dulang berapa yee.. Ya Allah bantu lah hamba mu ini Ya Allah.. Nak tanya tak yee.. AAHH! tanya je lah" jerit hati Wirdani kepada diri nya sendiri. "Ehh mak cik lelaki selalunya berapa dulang ye" kata Wirdani yang sudah nyawa-nyawa ikan. Mak cik yang melihat Wirdani yang sudah nervous itu. "Ohh kalau lelaki selalunya 9 dulang dik" kata Mak cik. "Ohh 9 yye hmm OK lah tapi sama macam saya punya yee" kata Wirdani kepada Mak cik itu. Bersambung kepada yang bergaduh tadi, "KAU NI DAH KENAPA RAMPAS HAK AKU HAHHH.. KAU MEMANG TAK SUKA TENGOK ORANG HAPPY KE!" Jerit budak perempuan itu kepada Melati. "EH EH KAU NI PEREMPUAN KAU JANGAN CABAR AKU YEE SEBELUM KAU MENYESAL JUMPA SIAPA PEMILIK DANIEL NI NANTI" Jerit Melati yang tidak mahu mengalah. "KAU INGAT AKU HERAN SANGAT KE.. SETAKAT BAKAL TUNANG DIA NI.. AKU BOLEH TENDANG MACAM TIN LAH" Jerit budak perempuan itu.

   Daniel yang berada ditengah-tengah untuk memberhentikan pergaduhan mereka . "Hei sudah lah tu.. Tak malu ke gaduh tempat awam orang lain tengok lah" kata tegas Daniel kepada mereka berdua. Melati yang mendengar terus pergi dari situ apa bila Daniel sudah bersuara. "Awak.. Saya nak jumpa tunang awak tu.. Biar dia tahu yang awak cinta kan saya bukan dia" kata gedik perempuan itu. Di sebalik rak itu Wirdani dapat dengar semua pergaduhan mereka. "Kau nak jumpa aku yee.. Ok aku akan terima permintaan kau kau tunggu dalam beberapa minit lagi budak.. Baru habis belajar ada hati nak menggatal" bisik hati Wirdani. Daniel yang melihat Wirdani membawa banyak dulang terus menolong itu mengelak dari perempuan itu. "Sini biarlah aku yang tolong kau angkat dulang itu" kata Daniel merampas semua dulang yang berada di tangan Wirdani. "Tak haram ke" kata Wirdani selepas Daniel rampas barang itu. Daniel hanya menjeling kearah Wirdani dan terus pergi. Apabila Wirdani pandang budak perempuan itu terus tersenyum palsu budak perempuan itu hanya balas senyum.

Nanti Maiyura kasi macam mana gambar bentuk dulang tu ye. #staysafeguys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience