BAB 58

Romance Completed 14733

"Serius lah.. Kau masak ni!" kata Daniel kepada Wirdani. Wirdani yang baru hendak jawab terus "Kau aku Daniel... Bahasa tu bagi cantik sikit boleh tak" kata mama nya yang tegur anak nya. "Tak lah bukan saya hantu yang masak untuk awak" kata Wirdani kepada Daniel. Daniel yang malas nak bertengkar hanya duduk di kerusi perut nya sudah mula bergelora. "Ehh Wirdani tak makan ke nanti perut tu masuk angin" kata Puan Mawar kepada si menantu nya. "Oh tak lah jap lagi nak pergi bersenam dengan Dahlia nanti kalau makan berat badan nanti nak senam" kata Wirdani kepada ibu mertuanya. "Ohh kalau macam tu pergi bersiap ye.. Terima kasih Wirdani masakkan makanan ni susah-susah je" kata Puan Mawar kepada Wirdani "Tak ada susah pun mama campak-campak je jadi.. Wirdani minta diri dulu ye" kata Wirdani yang meminta izin pergi keatas, Puan Mawar hanya mengangguk tanda setuju.

Apabila Wirdani memasuki bilik di mana Dahlia suruh tunggu dia melihat Dahlia sedang memanas kan badan "Maaf lah akak lambat ye" kata Wirdani kepada Dahlia. "Tak lah tak marah pon Dahlia baru je start panas badan ni jom buat sama-sama" kata Dahlia yang mengajak Wirdani memanaskan badan sekali. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, Dahlia dan Wirdani berhenti dari senam robik mereka dan keluar dari bilik itu untuk bersih kan diri. "Tadi malam ada orang call aku kan" kata Daniel bila nampak Wirdani masuk ke dalam bilik. "Aah.. Fa.. Ti.. Hah..asal marah? Kau kan yang suruh aku jawab bila perempuan tu call kau" kata Wirdani sambil berjalan kearah beg nya untuk mengambil pakaian. "Bila masa aku marah.. Aku tanya je lah takkan cepat sentap... Kau jealous ye" kata Daniel kepada Wirdani.

"Bila masa pulak aku nak jealous bagi ni... Aku cuma nak sakit kan hati si ayam api.. Itu je tak lebih dan tak kurang... Kau jangan risau sejahat-jahat aku ni.. Otak aku tak pernah terfikir nak bunuh dia" kata Wirdani sambil senyum sinis. "Apa aku geran kalau dia mati sekali pun" kata Daniel kepada Wirdani. Wirdani hanya pandang Daniel dari belakang sambil mengeling kepalanya. Ketika Wirdani berada di bilik air telefon nya berbunyi menanda kan ada panggilan masuk, Daniel yang bangun terus pergi kearah telefon itu berada. "Lutfi?.. Hmm apa dia nak ni tak habis ii kacau bini orang.." kata Daniel yang mencapai telefon itu dan menjawab. Wirdani yang baru siap mandi dia terdengar Daniel maki hamun "Apahal si Playboy ni marah siapa?" kata Wirdani yang baru sahaja melangkah keluar dan menyandar ke dinding untuk melihat Daniel jawab panggilan seseorang.

"Kau tak pernah jadi orang yang terpenting dalam hidup dia pun kau jangan nak perasan sangat ye" kata Daniel yang terus mematikan panggilan itu. "Aku tahu kau marah tapi kalau ye pun kau jangan hentak telefon aku... Kalau telefon aku rosak.. Aku hentak kepala kau tu" kata Wirdani yang melihat Daniel menghentak telefon nya di atas meja. "Mana ada aku hentak telefon kau.."kata Daniel yang mengambil tuala kecik nya. Wirdani yang melihat hanya tersenyum dan mengeling kepala nya," Kau nak pergi mana tu? "kata Wirdani kepada Daniel sebelum keluar." Aku nak pergi bersenam lah.. Tadi kan kau dengan adik aku sekarang aku dengan kembar aku pulak... Kenapa nak ikut "kata Daniel sambil mengangkat kening nya sebelah." Cihkk.. Buang masa buang tenaga "kata Wirdani.

Daniel yang malas nak tarik tali terus keluar dari bilik itu." Kenapa aku nak sangat tahu dia buat apa? Kenapa aku rasa macam kenal dia dari dulu lagi.. Siapa dia dalam hidup aku dulu "bisik hati Wirdani. Wirdani yang malas nak layan hatinya terus membuka tuala di atas kepala nya untuk mengeringkan rambut nya. Setelah selesai mengeringkan rambutnya dia mengikat rambutnya dengan ikatan lipan. " Ok cun "kata Wirdani sambil menghadap ke cermin. Wirdani pun keluar dari biliknya dia tahu bahawa Danish dan Daniel berada di dalam bilik atas dan papa nya pergi ke keje yang tinggal hanya perempuan saje. Wirdani pun turun untuk makan kerana perut nya sudah bunyi. "Ehh Wirdani nak makan ke.. Jap mak cik ambik kan pinggan ye.. Duduk lah dulu ye" kata Mak cik Yati kepada Wirdani.

Wirdani hanya mengangguk saje. Ketika Wirdani memakan udang dengan selera Daniel datang kearah nya dan mengambil satu udang yang sudah dikopik kulit nya Wirdani yang melihat terus "Alaa udang ak.. Saya.. Bagi balik lah awak" kata Wirdani yang mencapai udang di tangan Daniel, Daniel yang hendak memasukkan ke dalam mulut nya terus dirampas oleh Wirdani dan terus memasuki dalam mulutnya, Daniel yang melihat terus mengeling dan menarik lengan Wirdani ke dalam pelukannya. Wirdani terkejut yang di lakukan oleh Daniel itu ketika Wirdani di peluk Daniel membisikkan sesuatu di telinga "Kenapa tak pakai tudung Danish dah keluar" kata Daniel kepada Wirdani. Wirdani yang dengar terus lepas kan pelukan itu dan mencapai tuala di leher Daniel dan menutup kepalanya.

Setelah menutup kepalanya Wirdani terus duduk semula dan menyambung makan udang nya itu, rezeki jangan dibuang. Daniel yang pandang Wirdani terus sesuatu terlintas di hati dan fikirannya "Kenapa aku tak kenal kau dulu Wirdani sebelum kenal semua perempuan kat luar sana?" bisik hati Daniel yang terus berjalan ke dapur untuk mengambil air kosong. Setelah itu Daniel duduk didepan Wirdani makan. "Aku nak tanya ni?.. Apa pendapat kau pasal 2 orang dan 1 hati" kata Daniel kepada Wirdani. Wirdani terus menjawab "Selepas berkahwin dengan seseorang kita kena saling mempercayai satu sama lain  dan mereka berdua ni perlu saling melengkapi contoh nya aku suka makan udang tapi kau tak suka jadi itu lah jiwa yang menglengkapi benda yang berlawanan dengan kehendak kita itu lah 1hati.. Bukan nya kau suka makan udang.. Aku suka makan udang.. Ehh kita sama lah.. Tu bukan jiwa melengkapi dan lagi tahu benda yang kita suka tak semestinya dia tak suka.. Sesetengah.. "kata Wirdani tanpa ragu-ragu.

Jawapan yang Wirdani berikan sangat memuaskan hati Daniel dan mama nya yang sedang mendengar dari atas tangga. " Hebat Awak berfalsafah ye.. Dah jangan habis kan udang tu nanti orang lapar nak makan apa? "kata Daniel kepada Wirdani." Ooo Sory.. Saya suka lah udang masak sambal ni soo nyami "kata Wirdani yang sedang menjilat jarinya. Daniel hanya melihat saja kelakuan isterinya seperti kanak-kanak riang." Dah cepat si Danish tu dari tadi dalam bilik tunggu awak makan tak habis-habis "kata Daniel kepada Wirdani yang berada di dapur." Kenapa awak tak suruh di turun je? "kata Wirdani." Awak nak ke kalau dia nampak Rambut awak tu "kata Daniel kepada Wirdani.

Wirdani memegang kepalanya dia baru perasan yang dia hanya memakai tuala saje. Selesai saje membasuh pinggan Wirdani terus naiki tangga dengan laju untuk mengambil tudung nya." Daniel ajak Wirdani turun bawak sekali kat ruang tamu.. Si Dahlia ni nak ajak karaoke" kata Mama nya yang berada di ruang tamu. "Baiklah mama" kata Daniel yang terus pergi ke atas untuk memanggil isterinya. Ketika Daniel masuk ke dalam biliknya dia melihat Wirdani memakai tudung, Daniel secara tidak sengaja senyum sendiri sambil memandang Wirdani. Wirdani yang sedang memakai tudung melihat dari cermin dia terpandang Daniel yang sedang tersenyum kearah nya "Kau ni dah kenapa senyum macam kerang busuk je pasal" kata Wirdani menyedarkan lamunan Daniel.

"Bila masa aku senyum kat kau" kata Daniel. "Daniel Daniel.. Dah buat tapi tak nak mengaku.. Kan Ego tu nama nya" kata Wirdani kepada Daniel. "Aku tak ego yee.. Dah lah mama panggil tu Dahlia ajak nyanyi tu kat bawah.. Jom" kata Daniel kepada Wirdani. Wirdani baru hendak jawab terus Daniel menarik tangan nya keluar dan menuju ke bawah. "Hah sampai pun.. Papa pun dah balik dah tu" kata mama nya kepada mereka semua. "Kenapa Papa balik awal pulak?" kata Daniel. "Papa kata Kerja kat office tu dah tinggal sikit lagi pun bukan selalu pun papa balik awal" kata mamanya kepada Daniel. "Tak ajak papa karaoke sekali ke?" kata Daniel kepada mamanya. "Dah tengah mandi tu nanti turun lah tu" kata Mamanya kepada anaknya. "Ni Daniel dengan Wirdani nak nyanyi lagu apa?" kata mamanya kepada mereka berdua. Daniel dan Wirdani saling pandang-pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience