BAB 32

Romance Completed 14728

"Daniel, mari sini duduk tengok tv, mama ada benda nak cakap ni." kata mamanya kepada Daniel. Daniel yang baru sahaja turun terus pergi ke depan tv dan duduk di atas sofa. "Ada apa mama panggil Daniel ni" kata Daniel kepada mamanya. "Besok kan hari Sabtu kan dan besok last kerja" kata Puan Mawar. "Last kerja maksud mama" kata Daniel yang masih keliru. "Ni mesti lupa kan, hari Ahad ni kan kita semua pergi Cameron untuk family day" kata mamanya kepada Daniel. " Ohh baru Daniel ingat... Mama kalau Daniel tak pergi boleh tak, penat lah malam semalam ada majlis lepas tu besok pergi Cameron"kata Daniel kepada Puan Mawar." Macam lah hari ni tak boleh rehat.. Tengok papa tu, mama suruh rehat tapi dia pergi main golf.. Kamu baru buat sikit penat" kata mama nya kepada Daniel. "Ok ok Daniel pergi berapa hari mama" kata Daniel sambil melihat cerita yang menarik di televisyen.

   Pintu bilik Wirdani diketuk,Wirdani yang sedang membaca novel sambil baring terus duduk mana lah tahu ibunya yang masuk. "Masuk lah tak kunci pun" kata Wirdani yang berada didalam. " Kak besok jangan lupa hantar surat cuti 2 minggu tahu kan sebab apa" kata Warda yang baru sahaja masuk. Wirdani yang sedang membaca novel terus berhenti dan memikirkan yang di maksud kan oleh adiknya itu, Wirdani yang baru teringat yang dikatakan oleh adiknya itu. "Ohh ye akak ingat lah nanti akak tanda tangan lah.. Dah itu je kan" kata Wirdani kepada Warda. " Yep itu je" kata Warda dan menutup semula pintu bilik kakak nya itu.

KEESOKAN HARINYA

    "Selamat Pagi Puan" kata Siti kepada majikannya. "Selamat Pagi, Siti hari ni ada apa je" kata Wirdani kepada Siti. "Hari ni Puan ada mensyuarat dengan projek baru untuk kali pertama dengan Syarikat Sentosa Holding, pengurus yang membuat projek ini dengan Puan akan tunggu di bilik Mensyuarat pada pukul 1 tengahari ini dan ini ada surat MC Puan minta malam tadi" kata Siti kepada Wirdani. "Baiklah terima kasih Siti, awak boleh balik tempat awak" kata Wirdani kepada Siti. "Baiklah Puan" kata Siti dan terus keluar dari bilik Wirdani. Wirdani menyambung kerja nya seperti biasa.

Bunyi ketukkan pintu dari luar. "Masuk" kata Daniel kepada Adam iaitu PA nya. "Tuan, hari ni Tuan ada Mensyuarat dekat Syarikat Pelangi Holding" kata Adam kepada Daniel. "Kejap bila saya ada ambik projek dengan Syarikat Pelangi tu" kata Daniel yang masih keliru. " Tuan kena gantikan tempat ayah Tuan sebab Ayah Tuan pergi ke tempat lain" kata Adam kepada majikannya. "Ohh macam tu, ok boleh bagi fail pasal projek tu dan pukul berapa meeting tu" kata Daniel. "Pukul 1 tengahari" kata Adam. "Sampai pukul berapa meeting tu" kata Daniel kepada Adam. "Masa belum tetap kan sebab ni first meeting jadi belum tetap kan masa" kata Adam kepada Daniel. "Ohh ok terima kasih awak boleh balik tempat awak dan sambung kerja.. Jangan lupa fail tu" kata Daniel kepada Adam. "Baiklah, Tuan" kata Adam dan keluar dari bilik itu. Selang 10 minit Adam kembali untuk menghantar fail tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience