BAB 10

Romance Completed 14733

Apabila Wirdani sampai ke bawak dia terus menelefon pemandunya supaya mengambilnya didepan Shopping Mall. Ketika Wirdani sedang menunggu pemandunya dia mendengar namanya dipanggil dari belakang tetapi Wirdani tetap tidak memandang belakang dia sangat kenal kepunyaan suara itu, siapa lagi kalau bukan Daniel Hafiz. Wirdani harap pemandunya sampai secepatnya dan semasa Wirdani tunggu, dia mula teringat seseorang yang pernah menjadi peneman hidupnya Daniel Hazim. Daniel Hazim adalah lelaki pertama yang berjaya membuka hati nya yang sudah lama tertutup sekian lama akibat Lutfi yang pernah menipunya ketika waktu persekolahan. Wirdani pun tak sangka Daniel yang dia cari selama ni sewaktu kecil adalah Daniel Hazim orangnya.

      Tetapi sejak kematian Daniel Hazim.. Wirdani menjadi seperti dulu. Ketika Daniel cuba untuk memanggil Wirdani yang berada di tepi jalan raya, Daniel sudah terlambat pemandu yang dipanggil oleh Wirdani tadi sudah datang. Ketika Wirdani ingin masuk kedalam kereta Wirdani menjeling  kearah Daniel yang berada di belakang. "Pak cik, hantar saya balik rumah sekarang.. Pasal Warda nanti mungkin dia call pak cik" kata Wirdani kepada pemandunya. "Baiklah.. Puan" kata pemandunya kepada Wirdani dan terus berlalu pergi dari situ. Daniel yang baru saja sampai ketempat yang Wirdani berdiri tadi di melihat Wirdani sudah menaiki kereta yang dipandu oleh pemandunya. Daniel membuat keputusan untuk pergi ke rumahnya untuk memohon maaf.

DI RUMAH KELUARGA WIRDANI
  
    Ketika Wirdani sudah sampai kerumah, Wirdani terus masuk kerumah. "Haiii.. Dah tak nampak Ayah kat sini ke Akak" Kata Dato Kamal kepada anak sulong nya. "Eh.. Ayah dah balik, maaf akak tak nampak tadi.. Bila ayah balik ni awal pulak baru pukul 2 petang" kata Wirdani kepada ayahnya. "Saje balik awal kerja dah tak ada jadi ayah balik awal lah, lepas ni nak main golf dengan kawan ayah... Ni mana semua orang pergi mana holiday ke" kata Dato Kamal kepada Wirdani. "Memang nak pergi holiday pun ibu dengan aunty Mawar tu... Sekarang ni diaorang ada kat Shopping Mall tengah cari keperluan" kata Wirdani membuat ayahnya terkejut sedikit. "Apa tadi Akak cakap aunty Mawar ada" kata ayahnya untuk minta kepastian. "Yep.. Kenapa ayah macam terkejut beruk sangat ni.. Relax lah" kata Wirdani kepada Ayahnya itu. "Mana ada ayah terkejut ayah cuma nak minta kepastian je betul ke tak... Itu je" kata Ayahnya kepada anaknya. "Ayah.. Akak naik atas ye... Ohh ayah adalagi 1 kalau ada orang mat tempe datang tanya pasal Akak cakap akak tak berminat, ok.. Bye" kata Wirdani kepada ayahnya sambil naiki tangga untuk menuju ke biliknya. "Ni mesti lelaki lagi kan.. Heshhh apalah nak jadi anak aku lagi sorang ni" kata ayahnya sambil mengeluh sedikit.

Daniel yang masih mencari rumah Wirdani disekitar taman perumahan. "Yang mana ni rumah dia.. Aku akan cari kau sampai dapat kau tunggu perempuan, pasal kau lah mama aku marah kat aku" kata Daniel kepada dirinya sendiri. Daniel cuba untuk mengingati rumah Wirdani yang disinggahnya tadi. Apabila Daniel dapat mengetahui itu adalah rumah Wirdani, Daniel terus turun dari perut kereta untuk berjumpa dengan Wirdani. "Ni ke rumah minah sotong tu ye, ahh hentap je lah nanti kalau salah tanya lah kat tuan rumahkan" bisik hati Daniel. Apabila Daniel sudah di depan pintu Daniel terus memberi salam. "Assalamualaikum" jerit Daniel dari depan pintu. "Waalaikumusalam ye sekejap ye" jawab Dato Kamal dari dalam rumah. Apabila Dato Kamal membuka pintu ayah Wirdani terus bertanya. "Ye cari siapa ye" kata Dato kamal kepada Daniel. "Pak cik... Saya daniel hafiz boleh saya berjumpa dengan Wirdani tak" kata Daniel sambil menyalam tangan ketua bagi isi rumah itu. "ohhh jadi ni lah mat tempe yang anak pak cik cakap tadi, dia cakap dia tak berminat maaf ye dik" kata Dato Kamal kepada Daniel. "Mat tempe.. Maaf pak cik saya datang sini nak minta maaf kat dia bukan nak ajak dia keluar"kata Daniel untuk memastikan Pak cik itu." Ohh... Ok masuklah dulu ye nanti Pak cik panggil Wirdani nanti.. Masuklah jangan segan-segan buat macam rumah sendiri"Dato kamal memperlawa Daniel untuk masuk ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience