BAB 53

Romance Completed 14733

Selepas Wirdani melakukan solat Subuh dia memilih untuk sambung tidur kerana tadi malam dia solat istikharah dia pun tak pasti siapa lelaki yang berada di depan Kaabah tersebut lelaki itu memandang nya dengan senyum yang ikhlas tapi wajah nya kabur. Keluarga Wirdani sudah bersiap selepas subuh lagi supaya nanti tidak tergesa-gesa. "Adik... Kakak kamu tu dari tadi dalam bilik dia sambung tidur ke dia tengah mandi selama 40 minit" kata ibunya kepada anak. "Jap adik pergi tengok" kata Warda yang terus mendaki tangga untuk pergi ke bilik kakaknya itu. "Hmm dah agak dah sambung tidur lagi...Apa aku nak buat yee... Hmm" kata Warda sambil berfikir cara hendak mengejut kakaknya itu.

    "Ayam.. Lah baru aku ingat.. Kakak aku takut dengan ayam kampung" kata Warda apabila teringat waktu ketika bercuti di kampung. Warda yang sudah tahu mengejutkan kakaknya terus mengambil telefon nya dan Download bunyi ayam berkokok selepas Warda berjaya download dia menguatkan pembesar suara dan membuka suara ayam berkokok dan mendekat kan telefon kearah telinga kakak nya. Apabila Wirdani suara ayam tersebut mata nya terus membuka besar dan "IBU AYAM IBU AYAM.. MACAM MANA AYAM NI BOLEH DALAM BILIK! IBU AHHH!" Jerit Wirdani dengan suara seolah-olah menangis. Puan Malina yang mendengar suara anaknya menjerit terus berlari kearah bilik anaknya. "HAHAHAHA!... penakut lah kakak ni bukan kat kawasan kampung pon lah Hahaha!" kata Warda yang masih tersisa ketawa nya. Wirdani yang melihat adik nya ketawa tak ingat dunia. Wirdani membaling bantal yang dia pegang kearah adiknya. Ibunya baru sampai melihat Wirdani yang masih belum bersiap terus" HEY! TAK SIAP LAGI PEREMPUAN LAGI SORANG NI... SEMUA ORANG DAH SIAPA TAU PUKUL 10 PAGI NANTI KITA NAK PERGI MASJID...! " Jeritan nyaring oleh ibunya membuatkan yang berada di rumah menutup telinga." Mati aku lah nah "bisik hati Wirdani yang terus mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandi." Gila lah memang gila.. Memang lepas ni aku tak tidur lepas subuh beb "kata Wirdani sendiri. Selepas 40 minit," Dah pakai baju tu ke belom "kata Warda yang sedang menyediakan bahan makeup. Selepas sahaja Warda selesai melakukan tugas nya dia memandang kakaknya yang berdiri di depan bilik mandi." Wahh.. Cantik nya kakak pakai baju ni "kata Warda yang melihat kakaknya dari bawah keatas tanpa berkedip." Cantik ke.. Rimas ada lah.. Huu panas-panas.. Adik bagi akak kipas.. "kata Wirdani yang mengipas menggunakan tangannya sebelum kipas dihala kan ke diri nya.

  Wirdani yang baru hendak memula kan makeup dihalang oleh adiknya" Sini biar adik yang buat nanti kalau kakak yang buat habis nanti baju tu rosak "kata Warda yang merampas berus muka dari kakak nya. Selepas Wirdani selesai di makeup kan oleh Adik nya dia terus berpaling kearah jam dinding pukul 9.30 ada lagi 39 minit yang tersisa. Wirdani dan adik nya pun keluar dari bilik dan menuruni tangga dengan berhenti supaya tidak terjatuh. "Hah cantik nya anak ibu ni" kata ibunya yang melihat ke Serian muka anaknya. "Haihh pelik aku pakai niqab pun dah orang cakap cantik kalau macam ni kalau aku jeling lidah pun orang ingat aku senyum.. Hahahah" bisik hati Wirdani. Melati yang melihat Wirdani terus berbisik sambil tersenyum kearah Wirdani "Untung kau Wirdani... Aku harap Daniel akan jaga kau dengan baik.. Aku dah tak nak kau terseksa lagi macam dulu... Daniel kau kena jaga Wirdani dengan baik" bisik hati Melati. Wirdani yang petih jarinya didepan Melati yang sudah berangan entah apa yang di berangan nya. "HOI kau berangan pasal apa ni.. Tengok aku tersenyum-senyum dah tukar test ke apa" kata Wirdani untuk mengenakan kawannya. "Hesh kau ni ke situ pulak kau senyum... Sku senyum sebab aku tak sangka Playgirl macam kau ni pun boleh kahwin heihhh pelik kan" kata Melati yang balas balik ke Wirdani. Wirdani yang dengar terus cucuk pinggang Melati menggunakan jari telunjuknya. "Jahat lah kau ni" kata Wirdani kepada Melati. "Dah ii jom kita dah lambat ni" kata Ibunya yang sudah siap memasukkan dulang ke dalam kereta. Apabila mereka sudah datang ahli keluarga semua nya susah sampai. Wirdani yang sudah masuk ke dalam Masjid dengan membesarkan mata nya supaya orang ingat dia senyum padahal kutuk Daniel. Daniel telah berjaya melafazkan sekali sahaja untuk menghalal kan Wirdani. Wirdani yang berada di belakang hanya mencebik.

   Apabila sesi memakai cincin Daniel dan Wirdani berlawan melalui tangan Wirdani mengeraskan tangannya dan Daniel pura-pura cincin tu tak masuk. "Jangan nak main-main ye masukkan cepat orang tengok" kata mama Daniel kepada mereka berdua. Daniel dan Wirdani pun mengalah dan mendengar arahan. Apabila Daniel mencium dahi Wirdani. Wirdani hanya menutup mata dan kutuk dalam hati "BENCI...!" Bisik hati Wirdani ketika itu. Apabila sesi itu selesai mereka berdua perlu mengambil gambar sebagai kenang-kenangan jurugambar cakap tapi tidak bagi mereka berdua. "Kau boleh tak jangan pegang aku" nada marah Wirdani tapi ditahan daripada orang disitu. "Kau ingat nak sangat ke... Ni semua pasal diorang kalau disebab kan diorang nak bergambar sangat-sangat... Kalau aku memang tak lah nak pegang kau Playgirl" kata Daniel kepada Wirdani dengan perlahan. "Playboy rupa nya takut dengan kehilangan jawatan nya hahahah.. Ada juga Playboy penakut yee.. Kelakar lah weii" kata Wirdani seolah-olah mencabar Daniel.

PADA WAKTU MALAM DI RUMAH WIRDANI.

   Di dalam bilik Wirdani, selepas sesi yang membosankan itu Daniel dipaksa oleh ahli keluarga nya untuk tidur di rumah Wirdani. Apabila Wirdani memasuki biliknya dia melihat biliknya dihias dengan begitu cantik. "Cantik kan tengok lah siapa yang pilih design" kata adiknya yang muncul di muka pintu. "Cantik.. Tapi adik kena bantu akak buat sesuatu yang perlu sangat akak buat" kata Wirdani yang begitu cemas. "Ye apa dia" kata Warda yang ingin tahu. "Tolong bawak satu katil letak kat sini.. Tak kesah lah katil single ke.. Asal kan katil" kata Wirdani kepada Warda. "Asal pulak" kata Warda yang pelik. "aahh.. Ye takut akak bocor.. Ye lah dah berapa kali kan akak bocor kat katil" kata Wirdani yang tak nak Adiknya tahu. "Hmm ye lah" kata Adik nya yang terus pergi dari situ. Wirdani berasa lega sangat adiknya tak syak apa. Sekarang dia kena bersiap untuk sesi sanding Ahli keluarga mereka membuat majlis itu di dewan besar kata nya anak sulung kahwin kena lah meriah kata nya tapi tidak bagi Wirdani dan Daniel. "Assalamualaikum.. Betul ke ni bilik si Playgirl tu ibu cakap ini lah bilik nya kan" kata Daniel sudah mati akal. Wirdani yang berada di bilik persalinan mendengar suara Daniel dari luar dia tahu Daniel sudah berada di dalam biliknya Wirdani pun keluar dari bilik persalinan selepas mengeringkan rambutnya dan balut dengan tuala. Daniel yang sudah siap untuk mandi terus keliru banyak sangat bilik dalam Wirdani ni. Wirdani yang nampak Daniel tercegat dekat situ terus keluar "Apahal.. Cari bilik air? Tu Hah bilik nya" kata Wirdani yang tiba-tiba keluar dari salah satu bilik tersebut. "Lain kali jangan buat bilik banyak-banyak nanti kalau ada penyamun padan muka kau" Kata Daniel kepada Wirdani sambil melepasi Wirdani "Suka hati mak bapa aku lah nak buat berapa bilik pun tak ada kena mengena dengan kau lah Playboy" kata Wirdani yang terus berjalan untuk masuk ke bilik yang berada di depan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience