BAB 43

Romance Completed 14733

"Kau tunggu kau nanti aku akan balas" kata Daniel kepada Wirdani. "Ye aku tetap tunggu niii.. Mana kau punya benda nak balas tu.. Tak sampai-sampai pun" kata Wirdani sambil tersenyum sini kearah Daniel. "Perempuan ni makin layan.. Makin menjadi baik aku tinggal kan je dia ni.. Boleh gila aku layan dia ni" bisik hati Daniel. Daniel yang berada disitu terus meninggal kan Wirdani, Wirdani yang melihat Daniel yang pergi tinggal dia selangkah demi selangkah. " Aku tahu apa balasan aku yang kau cakap tu Daniel."kata perlahan Wirdani.

   Wirdani pun berjalan kearah yang di lalu oleh Daniel sebentar tadi. Ketika berada di meja makan mereka semua berbual sesama sendiri tapi tidak seperti Wirdani dan Daniel mereka seolah-olah berlawan cakap melalui mata. Daniel dan Wirdani pandangan mata mereka sama seperti pisau yang bertarung dengan pisau tak tahu siapa yang akan menang. Pandangan mereka diganggu apabila makanan yang dipesan oleh keluarga nya telah tiba. Ketika mereka semua sedang makan beramai - ramai ada sepasang mata yang melihat Wirdani dari jauh dan melihat Daniel. "Aku akan pastikan kau akan mati Wirdani. Kalau aku tak dapat Daniel kau pun tak akan dapat Daniel." kata Melati di bawah pokok.

    Selepas makan petang mereka pun masuk ke hotel semula untuk menunaikan kewajipan. Di dalam bilik, "Nanti lepas isyak.. Kita turun ye sebab ada orang buat BBQ" kata Dahlia. "Ok!" kata serentak Wirdani dan Warda. "Kakak tak solat ke" kata Warda yang melihat kakaknya terbaring sambil membaca novel yang dibawa oleh dia. "Akak cuti.. Mana boleh solat" kata Wirdani yang sambil melihat novel. Dahlia dan Warda pun saling berpandangan dan menangguk. Selepas 7 minit berlalu, Warda dan Dahlia pun selesai solat sekarang mereka sedang berehat dan menunggu waktu isyak. Wirdani yang melihat Warda dan Dahlia lepas solat "Adik... Adik ingat tak dulu masa kita kecik kita ada kawan kan dan sorang tu budak perempuan... Adik tahu tak budak perempuan tu siapa" kata Wirdani kepada Warda. Dahlia yang mendengar terus memandang Warda, dia tahu yang ditanya oleh Wirdani tadi adalah dirinya. Warda yang nampak Dahlia memandangnya terus "Adik pun tak ingat siapa nama dia sebab hampir 20 tahun kita tak jumpa diorang.. Tapi kan akak.. Akak kan dah jumpa siapa budak lelaki yang pernah cakap depan-depan kita tu" kata Warda sambil mencuri-curi pandang Dahlia yang hanya fokus kearah dirinya.

   "Tu akak tahu tapi entah lah akak rasa macam nak tahu sangat siapa budak perempuan tu.. Rasa macam dia dekat sangat dengan kita" kata Wirdani kepada Warda. Dahlia hanya mendengar dan memandang Warda lagi. "Akak.. Akak dulu tak cuba tanya arwah abang Daniel pasal ni" kata Warda kepada kakaknya. "Akak ada tanya dia tapi dia cakap budak perempuan tu ada kat luar negara" kata Wirdani sambil memandang atas. Warda dan Dahlia jangan cakap pasangan diorang macam nak tahu password account bank pun ada curi-curi tengok. "Dah-dah lah tu kak tak payah nak fikir sangat nanti jumpa lah jawapan tu suatukala nanti" kata Warda yang bangun dari katil kakaknya dan pindah ke katil Dahlia yang berada di sebelah katil milik nya.

IG :maiy.ura_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience