BAB 67

Romance Completed 14728

"Puan.. Makanan dah siap di hidang" kata Pembantunya yang berada di pintu yang sedang melihat Wirdani berkultivasi. Wirdani langsung tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh pembantunya kerana sekarang dia berada di sudut di hati yang sangat dalam "Kenapa kau perlu muncul kat depan aku Hah Daniel.. Kenapaa.." bisik di sudut hati Wirdani. Air mata nya telah pun keluar dari mata tanpa di sedari, pembantunya sudah tak tahan melihat majikan nya seperti itu lalu dia memegang bahu majikannya "Hah.. Mak cik.. Terima kasih sedar kan saya kalau tak saya dah hanyut tadi" kata Wirdani yang seolah-olah ketawa sambil mengesat air mata " Sama-sama dah jom makan sama-sama dengan pak cik dan mak cik" kata pembantunya yang memberikan cadangan.

"Baiklah saya on je mak cik jom turun SEKARANG!" kata Wirdani yang seolah-olah menganjak ibunya pergi ke taman permainan. Ketika berada di meja makan Wirdani melihat keadaan sekeliling yang sunyi sangat "Macam ada benda yang tak kena je ni" kata hati Wirdani, Wirdani cuba untuk memanggil pembantunya dan pemandunya tapi tiada balasan. Wirdani terus bangun dan pergi kearah ketuhar untuk mengambil sarung tangan sebagai lampik. Wirdani pun pergi ke arah pintu dan membuka nya seperti biasa dan menyembunyikan tangannya kebelakang dan melihat keadaan sekeliling 'Buhh'. Bunyi tu menanda kan orang tu ada di kawasan perumahannya "Kau nk masuk rumah aku yee.. Dalam mimpi lah wei.. Kau tunggu" kata Wirdani yang terus menutup pintu perlahan-lahan dan terus pergi ke dapur sambil mengambil minyak masak dan tuang ke bawah pintu dapur.

"Semoga kau selamat dari keadaan yang memalukan ini.. Hihihi" kata Wirdani sambil ketawa tutup mulut. Selepas menuang minyak itu Wirdani membawa botol minyak,tepung 2 bungkus dan buah limau kearah di tengah-tengah tangga "Tangga settle bilik tiga tu pulak.. Nak sangat nak tangkap aku kan.. Kau salah orang lah wei" kata Wirdani yang terus kearah bilik-bilik lain. "Hoi masuk lah cepat tengok dia ada ke tak?" kata seorang lelaki yang menyuruh anak buah nya masuk ke pintu belakang. "Ye boss sabor nak buka pintu ni tak bagi bunyi bukan senang boss" kata anak buahnya yang pertama. Selepas membuka pintu "Dah buka kan.. Bagi aku masuk dulu.. Aku boss" kata seorang ketua yang memuji dirinya sendiri bukan nak berterima kasih pun, tak semana-mana ketua nya tergelincir mengakibatkan kaki nya terseliuh sehingga tidak dapat berjalan. "Aduuu.. HOI tolong angkat aku lah yang korang gelak tu apasal" kata ketuanya kepada anak buah nya.

"Hahah.. Hmm baiklah boss" kata seorang yang berada di belakang boss nya. Dua orang yang sedang mengangkat boss mereka sedang menuju kearah kereta "Wei macam mana ada minyak kat sini.. Dia dah tahu ke kita datang sini" kata seorang yang berada di belakang orang depan. "Alaa ni mesti boss silap langkah lah ni.. Dah lah jom.. Kau ni relax lah kita datang 5 orang dia sorang je kot.. Perempuan pulak tu" kata seorang yang mengetuai perjalanan. Dua orang yang telah hantar Boss mereka ke dalam kereta telah kembali "Jom masuk" kata seorang yang acah-acah ketua sangat. Mereka semua masuk ke dalam dan melihat keadaan sekeliling sehingga di bahagian tangga yang menuju ke atas. Ketika menuju keatas seorang ahli mereka tergelincir akibat air limau "Kau apa hal ni..jatuh pulak "kata seorang penunjuk jalan." Ni Hah ada orang jatuh kan air limau "kata lelaki yang terjatuh sebentar tadi. " Boleh jalan tak? "kata petunjuk jalan.

" Boleh.. Auch aduhh sakitnya kaki aku "kata lelaki terjatuh tadi. " Haduh.. Kau duduk kat tangga ni je lah dulu kita orang nak check bilik 3 tu kat atas "kata seorang lelaki petunjuk jalan lagi. Mereka bertiga pun sudah berada di depan pintu di bilik berasingan 2 pintu terbuka sedikit manakala 1 pintu tertutup mereka bercadang untuk membuka bersama-sama dan mereka pun mula mengira. Pintu bilik pertama tepung jatuh 'Pakhh', pintu bilik kedua baldi air jatuh 'bangg' dan pintu bilik ketiga di situ lah ada Wirdani di belakang pintu, Wirdani menjauh kan badan nya apabila nampak tangan penceroboh itu dia menutup pintu itu mengakibatkan tangan penceroboh itu tersepit. "Aduhh.. Pintu rosak rupa nya.. Menyesal aku buka pintu ni lah" kata seorang lelaki yang tangan nya tercepit sambil mata nya mula berair. Mereka bertiga pun keluar dari bilik itu secara serentak.

Semua yang melihat kawan-kawan nya bernasib malang "HAHAHAHA.. Aku rasa kita salah rumah lah nak bunuh orang.. Hahahah" kata seorang lelaki yang gelak di atas tangga sambil terbaring. "ITU lah punya pasal.. Dah lah jom balik bawak penat je datang sini dah macam rumah pilih nasib paling malang je" kata seorang lelaki yang basah kuyup. "Wei korang tolong aku jalan wei.. Aku tak nampak apa-apa ni" kata seorang lelaki yang disiliputi dengan tepung gandum. "Hmm ye lah jom balik" kata seorang tangan tercepit yang sedang membantu rakan nya berjalan. Wirdani hanya melihat dari pintu yang dibuka sedikit "Padan muka ada hati nak bunuh aku yee sekarang ni hadiah korang balik nak ye" kata Wirdani sambil lambai sedikit. "Diorang dah jumpa rumah Wirdani sekarang" kata Daniel yang terkejut yang dikatakan oleh Lutfi sebentar tadi.

"Mungkin sekarang diorang tengah pastikan.. Sebab ada orang cakap dia nampak Wirdani kat taman itu.. Tu lah Fatihah hantar 5 orang untuk check tempat tu" kata Lutfi kepada Daniel. Telefon Lutfi berbunyi tanda ada panggilan masuk, Lutfi terus angkat panggilan itu "Apasal ni call?" kata Lutfi seolah-olah PA kepada Fatihah. "Boss kita gagal semua kena timpa nasib malang" kata ketua dari kumpulan itu. "Nasib malang? Apa maksud korang ni?" kata Lutfi. "Saya tergelincir sebab minyak makan.. Lagi 4 orang sorang kena tepung, sorang lagi kena baldi dengan air, sorang lagi tangan tercepit pintu dan akhir sekali terpeleset dengan air limau" kata ketua itu membuat kan Lutfi geli hati, tetapi Lutfi seolah-olah serius "Korang ni memang tak boleh harap betul lah dah lah balik" kata Lutfi yang terus mematikan panggilan telefon dan terus gelak.

Daniel yang melihat terus menepuk kepala belakang Lutfi "Kau dah apahal ni gelak tak ingat dunia" kata Daniel kepada Lutfi. "Tak diorang pergi satu rumah ni semua orang yang ikut semua kena timpa dengan nasib malang 2 orang tergelincir, sorang kena tepung, sorang kena baldi air dan sorang lagi tangan kena tercepit.. Hahaha" kata Lutfi yang sambung gelak. Dahlia yang dengar tergelak sedikit sambil memandang Lutfi, Lutfi perasan pandangan itu lalu Lutfi memandang Dahlia kembali. Dahlia yang perasan pandangan itu terus memandang tempat lain dengan muka kemerahan. "Hoii.. Jangan pandang lama-lama abang dia ada kat sini ye" kata Daniel menepuk bahu Lutfi supaya kembali ke dunia nyata. "Mana ada aku tengok adik kau?" kata Lutfi kepada Daniel, "Habis tu kau tengok apa tadi?" kata Daniel kepada Lutfi dengan pandangan hairan.

"Aku tengok hati adik kau.. Ciah..ciah hahaha" kata Lutfi kepada Daniel sambil mengenyit mata. "Dah tak betul budak ni" kata Daniel kepada Lutfi, Dahlia jangan cakap lah terus turun dari kerusi dan berlari ke biliknya. "Apa cita pasal rumah tu betul tak tu rumah Wirdani?" kata Daniel "Ha.. Entah lah aku sendiri pun tak tahu itu rumah Wirdani atau bukan.. Budak-budak tu dah masuk tapi sorang pun tak ada yang ada cuma pakcik dengan mak cik je.." kata Lutfi yang mengeluh. "Ohh macam tu tak apa lah bro.. Nanti jumpa lah tu kita kena banyak kan doa je lah yee" kata Daniel yang terus pergi. "Puan.. Kenapa rumah ni macam tunggang langgang?" kata Pembantunya. "Sebenarnya tadi saya buat perangkap jadi.. Semua perangkap saya kena dan tepat sekali" kata Wirdani kepada pembantunya.

"Ohh tak apa lah mak cik kemas lah ye.. Dan.. Kat mana je perangkap Puan letak.. Karang tak pasal-pasal mak cik pun kena" kata pembantu sambil senyum,Wirdani pun tunjuk satu persatu perang yang dia buat. Pada waktu malam, Diluar rumah Wirdani "Puan tak masuk dalam ke? Dah gelap ni" kata Pemandu nya. "Pak cik jangan risau nanti saya masuk lah yee" kata Wirdani yang terus berjalan di sekitar taman.
  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience