BAB 55

Romance Completed 14728

Dato Kamal hanya telan liur dengan pandangan tu. Daniel dan Wirdani
saling berpandangan antara satu sama lain dan mereka berdua terus meletakkan lauknya ketempat yang sama. Daniel pun mengambil lauk itu dengan baik dan diam Wirdani hanya sekadar memerhati saja. "Hah kan bagus macam ni dahulukan suami dulu" kata ibunya kepada anak nya. Wirdani membuat muka cebik "Daniel.. Bila Daniel nak pindah rumah Daniel tu... Dah lama rumah tu tinggal kosong" kata Puan Malina kepada menantunya. "Hmm.. Besok pagi kita orang gerak balik rumah mama tidur sana 1 malam lepas tu baru pindah ke rumah Daniel" kata Daniel kepada Puan Malina. "Ohh bagus lah tidur rumah keluarga 1 hari.. Dulu rumah sendiri pun bukan ada siapa pun kan.. Ohh yee sebelum ibu lupa kamu berdua nak honeymoon kat mana.. Kita orang tak kesah korang nak pergi mana-mana pun sebab kita orang yang sediakan" kata Puan Malina. Wirdani yang sedang makan tersembur kemuka Daniel, semua yang berada di meja makan terkejut yang dilakukan oleh Wirdani. "Kakak.. Kenapa buat macam ni... Ya Allah habis muka Daniel ni.. Dah Daniel pergi kat dapur basuh muka tu" kata ibunya kepada Daniel. Wirdani yang mula rasa bersalah terus hilang telah diganti dengan ketawa. Wirdani cuba buat tahan ketawa sampai ibunya dan Daniel pergi ke dapur. "HAHAHAHA! Padan muka kau hahahah.. Adik nampak tak muka dia tadi Ya Allah kelakar nya.. Tulah muka bajet hensem sekali kena sembur baru tahu hahaha"kata Wirdani yang cuba berhenti ketawa." Akak tak baik lah.. Kesian kat Daniel tu "kata Ayah nya yang menasihat kan anak nya. Warda yang melihat hanya mengeling kepala saje.

  " Ok kakak dah tak ketawa lagi.. Ayah dah habis makan mari sini pinggan tu biar kakak yang basuh "kata Wirdani yang terus bangun dan mengambil pinggan yang dihulurkan oleh ayahnya itu. Ketika Wirdani membawa mangkuk dan pinggan ke dapur dia nampak Daniel sedang mengelap mukanya ke tuala Wirdani malas nak tegur dan hanya pergi ke sebelah Daniel kerana Singki itu terletak di sebelah Daniel. "Kau memang nak rosak kan muka aku ke" bisik Daniel ke telinga Wirdani. Wirdani hanya buat tidak dengar. "Playboy di persilakan keluar dari dapur Ye sebelum AKU SI PLAYGIRL NI NAIK HANTU!" kata Wirdani kepada Daniel. Telinga Daniel berdesing lalu di gosok "boleh bertambah tahi telinga aku.. Dengar kau jerit hari-hari" kata Daniel yang terus keluar dari dapur sambil gosok telinga.

    Selepas Wirdani membasuh semua pinggan  dia pun naik ke atas untuk mengemas pakaian dia, apabila sampai di biliknya Dia melihat Daniel berada di atas katil Wirdani terus menjadi kaku apabila kesah malam tadi. "Kau boleh sana sikit tak ni selimut aku lah!" kata Wirdani. "Masalahnya sekarang ni kau tarik selimut ni banyak sangat!" kata Daniel. Ketika dia orang bertengkar "HOI orang yang berada di dalam kalau ye pun senyap sikit orang lain pun nak tidur juga" kata Warda kepada Daniel dan Wirdani. Wirdani dan Daniel saling berpandangan dan mereka tidur saling membelakangi. "HOI.. HOI! Kau berangan pasal apa ni?" kata Daniel sambil petih jarinya didepan Wirdani, Wirdani tersedar dan menepis tangan Daniel dan terus berjalan untuk mengemas pakaian nya.

   Apabila mereka sudah pun hendak bergerak ayah Wirdani mula berbisik kepada Daniel." Tolong jaga anak ayah Daniel.. Tolong jangan bagi dia main kan perasaan lelaki di bumi ni" kata Ayahnya yang seolah-olah cuba menahan menangis didepan orang yang berada di situ. "Baiklah ayah.. Ayah jangan risau Daniel cuba buat yang terbaik yang Daniel mampu... Insyaallah" kata Daniel yang cuba hilangkan rasa resah ayah mertua nya. Wirdani yang berada di situ hanya memandang hairan kepada Daniel dan Ayahnya. "Hati-hati bawak kereta ye.. Kirim salam kat keluarga ye Daniel" kata Ibu mertuanya kepada Daniel. "Baiklah ibu jangan risau kalau Daniel ni bawak laju-laju.. Kak report je kat polis salah di sisi undang" kata Wirdani kepada ibunya ketawa. "Bye Assalamualaikum" kata Daniel yang sudah bergerak kearah kereta nya. Wirdani menyalam kedua-kedua tangan ibu bapa nya selepas Daniel menyalam mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience