"Aku dulu lah sebab aku yang datang dulu kan daripada kau" kata Wirdani kepada Daniel. " Aku lah dulu sebab birthday aku awal daripada kau" kata Daniel. "Birthday kau bila" kata Wirdani kepada Daniel " Birthday aku 17.4, kau bawah aku kan" kata Daniel kepada Wirdani. Wirdani yang sudah tahu kemenangan berpihak kepada dia. " Kau 17.4 dan aku 15. 2 mana yang lebih tua" kata Wirdani kepada Daniel. "Hesh asik aku je yang kalah lah" kata Daniel dirinya sendiri. "Tu nama nya balasan sebab kenakan malam tadi" kata Wirdani yang dengar yang di cakap oleh Daniel. Daniel yang malas nak berperang hanya mendiam kan dia hanya fikir balik rumah cepat dan baca novelnya itu.
"Ohhh, baiklah kak nanti kita jumpa kat Cameron Highlands ye Kak, nanti kalau dah gerak datang rumah kita orang kita gerak sama-sama Ye Kak" kata Puan Malina kepada Puan Mawar. "Ok jangan risau ye nanti kita jumpa hari Ahad nanti ye.. Bye Assalamualaikum" kata Puan Mawar kepada Puan Malina. "Waalaikumusalam"kata Puan Malina dan menamatkan panggilan nya." Hesh mana lah anak dara ni dah pukul 3 lebih tak balik lagi "kata Puan Malina kepada diri nya dan berlalu untuk masuk ke dalam bilik.
Ketika selepas membuat pembayaran Wirdani terus keluar kan dan masuk ke dalam kereta untuk balik kerumahnya. Ketika sudah sampai kerumah dia terus ke dalam bilik nya untuk menyusun novel nya. "Hahh penatnya nak pergi mandi lah lepas tu tidur" kata Wirdani dan terus pergi ke dalam bilik air. Selepas selesai solat Zohor Wirdani terus baring ditilamnya dan terus tertidur. "Adik.. Kakak dah balik ke belum Ye" kata Ibu nya kepada anaknya. " Dah kot, kereta dia ada tu" kata Warda kepada Ibunya. "Besok adik dengan kakak jangan lupa ambik cuti sebab hari Ahad kita dah gerak tau pagi" kata ibunya kepada anaknya. "Ye ibu Adik dengan kakak ingat, kalau tak ingat nanti ayah tolong ambik kan cuti lah" kata Warda kepada Puan Malina.
PADA PUKUL 6 PETANG
"Warda panggil kakak kamu tu dah, dari tadi dalam bilik je" kata ibunya yang berada di ruang tamu kepada Warda. "Baik lah ibu" kata Warda dan terus menuju ke bilik kakaknya itu. Wirdani yang dibuai mimpi. Pintu diketuk dari luar oleh Warda. "Akak bangun dah pukul berapa dah ni, ibu dah bising dah tu" kata Warda kepada kakak nya yang berada di dalam bilik. Wirdani yang tersedar dari tidurnya benda yang pertama yang dia nak tengok adalah telefon. Wirdani yang masih menggosok matanya untuk melihat masa " ALLAHUAKBAR.. Macam mana aku boleh terlupa nak solat Asar ni Hesh dah nak masuk waktu Maghrib dah ni, baik aku cepat" kata Wirdani yang baru bangun tidur dan terus pergi ke bilik mandi, "Kenapa lah aku je asik lambat ni" kata Wirdani dirinya sendiri.
Share this novel