BAB 54

Romance Completed 14728

Daniel sudah habis mandi terus keluar dari bilik mandi dan dia dapati Wirdani tiada di situ. Daniel pun pergi melihat setiap bilik "Bilik belah kanan dia tak ada... Dia pergi mana ni?" kata Daniel kepada diri sendiri. Setelah Daniel mendengar seseorang ketawa dari bilik belah kiri dia ambik keputusan untuk membuka pintu yang berada di sebelahnya itu. Apabila Daniel membuka pintu itu dia terus diam tidak terkata cantik itu lah yang dia fikir kan. "Apa kau nak ni masuk library aku sesuka hati?" kata Wirdani yang sudah sasar kehadiran Daniel. "Kau kumpul ke semua ni... Banyak nya" kata Daniel yang melihat keadaan tu. "Yep...ni buku yang aku beli... Tak akan lah aku nak beli lepas tu aku nak perpisat pelupusan sampah pulak membazir dah lah dapat beberapa sen je.. Daripada aku kitar semula baik aku buat library nanti kalau aku rasa nak baca buku aku baca lah" keterangan Wirdani kepada Daniel. "Bersih ye bilik kau ni" kata Daniel kepada Wirdani.

   "Hello aku perempuan yee mesti lah sentiasa bersih.. Tak guna kalau perempuan bilik bersih tapi diri sendiri tak bersih" kata Wirdani. Daniel yang mendengar terus tersentak "Kau kutuk aku ke?" kata Daniel. "Kau ni ada masalah pendengaran ke aku kata mengenai PEREMPUAN! ok" Wirdani sambil menekan perkataan nya itu. Daniel yang salah ok kali ni dia menyerah memang dia pekak pun. "Ni semua novel pasal apa?" kata Daniel kepada Wirdani. "Novel Cinta.. Buku mengenai kisah Nabi" kata Wirdani kepada Daniel. "Cinta.. Wuahh.. Cinta.. Cinta.. Menyampah betul lah aku.. Betul ke Dalam Novel cinta ni ada cerita sweet lepas tu benda tak senonoh pulak tu eehhh geli aku" kata Daniel yang kelihatan memang dah pernah serik. Wirdani yang dengar terus berjalan kearah Daniel dan pukul menggunakan novel nya "auchh sakit lah Playgirl" kata Daniel kepada Wirdani. "Padan muka lain kali jangan nak fikir kuning je.. Kan kita boleh tanya penjual tu" kata Wirdani yang terus keluar dari bilik tu. Daniel mula terfikir "tak akan lah penjual buku semua buku nak baca kot.. Tak ke boleh jadi gila nanti" bisik hati Daniel.

    Apabila Wirdani dan Daniel sedang menuruni tangga semua orang sedang melihat mereka "Pangantin baru.. Pengantin Baru duduk bersanding..Aduii.. Ibu sakit lah" kata Warda yang sedang menceduk nasi ke setiap pinggan. Wirdani hanya tunjuk good kepada adiknya. Wirdani dan Daniel pun duduk bersebelahan tapi mereka menjarakkan kerusi mereka berdua "Kakak kenapa jauh sangat dengan suami tu dekat lebih boleh tak.. Kesian cik suami kita ni termenung jee" kata ibunya yang menasihatkan anak perempuannya. Wirdani dan Daniel hanya berpandangan dan terus mendekatkan kerusi mereka 1 cm je. "Hmmm.. Kakak Daniel nanti lepas makan ni terus pergi dewan ye... Ada latihan sanding" kata Ibunya membuat kan Wirdani dan Daniel yang tengah makan tersembur ke depan dan kena tempias ke Warda."LATIHAN SANDING! " Kata serentak oleh mereka. Daniel dan Wirdani terus berpandangan dan memandang ke depan iaitu Warda. "Maaf dik akak tak segaja" kata Wirdani sambil memohon maaf dan begitu juga dengan Daniel.

   "Ibu kalau tak pergi tak apa kan... Penat lah sehari berjalan macam modul... Sakit buku lali ni" kata Wirdani kepada ibunya. "NO! Ibu kata pergi-pergi.. Daniel paksa je Wirdani ni ikut kalau dukung dia pun tak apa dah jadi suami isteri kan.." kata ibu nya yang mula-mula serius dan akhir nya tersenyum. Wirdani dah mula geli dah panggil suami isteri. Wirdani yang malas nak layan karenah ibunya. Wirdani pun terus ingin mengambil  tapi telah berlaga dengan tangan Daniel. Wirdani menolak ke kanan manakala Daniel tolak ke kiri. "Aku dulu lah.. bagi aku dulu.. Aku nak makan cepat ni" kata Wirdani kepada Daniel. "Aku dulu.. Aku yang dapat dulu sebelum kau.. Jadi aku dululah" kata Daniel tidak menyerah kalah. Dato Kamal, Puan Malina, Warda dan Melati melihat pertengkaran mereka sekejap mereka semua toleh ke kiri dengan serentak dan selepas itu toleh kekanan pula dan seterusnya. "HEH! tu kan makanan kenapa nak main macam tu.. Jangan sampai ibu buang semua lauk atas meja ni..!" kata Ibunya yang seolah-olah tegas. "Ibunya jangan lah abang lapar ni.." kata Dato Kamal yang sedang merayu. Puan Malina yang memandang dengan tajam sekali.

    

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience