"Hah mengumpat pasal saya ye?" kata Daniel sambil memandang Wirdani. "Hello.. Orang zaman 2021 dah tak pakai mengumpat lah orang sekarang pakai membawang cuba La up to date sikit.. Harap je bersosial tapi habuk pun tak da" kata Wirdani yang cuba bermain tarik tali. Wirdani yang malas menunggu terus pergi mengambil pinggan untuk mengisi perutnya yang kosong. Ketika waktu makan berjalan "Hoi..kalau ye pun tengah makan cubalah jawab soalan aku dulu.. Orang cakap kalau isteri tak jawab apa yang ditanya kan oleh suami hukum nya berdosa besar.. Hah" kata Daniel yang masih tidak puas hati. "Ok kau dengar pulak hujah aku.. Rasullah pernah berkata keteki waktu makan jangan bercakap nanti boleh tercekik dan mengakibatkan kematian" kata Wirdani sambil mengangkat kening nya.
Daniel yang dengar terus terdiam "Sekarang mana yang paling tinggi orang cakap atau Rasullah yang berkata?" kata Wirdani yang cuba supaya Daniel kalah. "Eh.. Eh.. Isteri lawan cakap suami kan ada cerita dalam Al-Quran" kata Daniel kepada Wirdani. "Ye tu aku tahu tapi sekarang ni kau cakap.. ORANG CAKAP BUKAN NYA DALAM AL-QURAN.. salah siapa sekarang yang tak faham bahasa tadi" kata Wirdani yang cuba tanya walaupun dia tahu Daniel cakap apa yang seterusnya. "Aahh.. Ye lah kali kau menang" kata Daniel yang mula membuat muka cebik. Wirdani hanya senyum tapi Lain di hati nya. "Ada satu Syarikat ni dia nak plan satu bangunan dengan Syarikat aku.. Kau bayang kan dia nak bincang pukul 7 petang waktu dah nak balik kerja jadi aku suruh lah pekerja aku balik pukul 10 kalau aku sorang dengan PA aku tak ke cari nahas namanya" kata Wirdani yang sudah siap makan.
"Makna nya lusa nanti kalau balik malam lah ye?" kata Daniel yang meminta kepastian. "Nampaknya macam tu lah.. Kau jangan buat benda yang mampu menambah dosa Ye" kata Wirdani kepada. "Kau pernah ke jumpa perempuan yang mengaku dirinya pengandung.. Tak kan" kata Daniel sambil memandang Wirdani. "Why not" kata Wirdani yang mengangkat bahu dan terus berjalan ke singki untuk membasuh pinggan. "Ok lah bye Assalamualaikum aku nak tidur dulu nanti tingkap ni semua kau tutup ye.. Aku kalau dah masuk bilik memang aku tak keluar lagi dah malas.. Jadi kau dengar kan aku cakap apa" kata Wirdani kepada Daniel. "Ye.. Bye Waalaikumusalam.. Selamat malam.." kata Daniel yang terus bangun dari tempat duduk nya.
Wirdani hanya berjalan terus menaiki anak tangga untuk pergi ke biliknya.
Hari yang dinanti kan oleh Fatihah dan Lutfi telah tiba, Jam sudah menunjukkan angka 6:30 petang." Puan diorang dah tiba sekarang diorang ada di bilik mesyuarat.." kata Siti kepada Wirdani. Wirdani yang masih tenung gambar yang dihantar oleh seseorang membuatkan dia langsung tak dengar apa-apa. "Puan?" kata Siti yang sambil mengetuk pintu. "Daniel.. Balik nanti aku nak kau terangkan kat aku.. Selagi aku tak dengar dari mulut kau atau aku sendiri nampak aku tak percaya sekali pun" bisik hati Wirdani sambil memegang gambar Daniel dan Fatihah dengan genggaman yang kuat. Siti yang perasan riak wajah Wirdani sudah berubah dia terus pergi kearah meja majikannya dan mengetuk meja majikan nya supaya kembali ke dunia sebenar. Wirdani yang terkejut dengan yang dilakukan oleh Siti terus menyapa "Ahh.. Diorang dah sampai ye" kata Wirdani yang sudah kembali ke dunia nyata.
Siti yang mengangguk saja dan terus mengikuti jejak langkah majikannya. Selepas perbincangan dengan syarikat itu Wirdani melihat jam tangan nya angka sudah jejak pukul 9:50 malam sesuai dengan jangkanya. "Puan saya balik dulu ye Assalamualaikum" kata Siti yang hendak keluar tapi dihalang oleh Wirdani. "Waalaikumusalam.. Siti tunggu.. Jalan dengan saya.. Saya rasa macam ada benda nak jadi lah awak teman saya ye jalan keluar sama-sama boleh kan" kata Wirdani yang sedang memujuk PA nya. "Baiklah Puan saya saje.. Nak tengok Puan berani ke tak" kata Siti yang sedang bergurau. "Jangan takut kan aku boleh tak.. Aku kalau jumpa perompak aku tak kesah kalau jumpa benda halus mati aku.." kata Wirdani kepada Siti. "Alaa kau ni pelik lah aku tahu lah kau pandai fight kalau kau jumpa benda halus baca je lah ayat-ayat suci itu je apa yang susah" kata Siti.
Sekarang sudah habis waktu kerja jadi diorang kan jadi seperti kawan bukan majikan. "Aku tahu tu tapi bila aku nampak dia ayat aku baca tunggang langgang" kata Wirdani yang membuka pintu. "Hmm perangai kau memang macam tu.. Baca Al-Quran bukan main merdu lagi bila jumpa depan mata jadi macam kartun Miraculous tu marinette bila jumpa Adrien bukan main gagap lagi bila nak cakap bila kat belakang punya serius lain macam" kata Siti kepada Wirdani sambil berjalan keluar. "Tahu tak apa thankyou sebab teman aku tiap hari" kata Wirdani kepada Siti. "No problem lah boss ku.. Tapi aku cuma risau kan kau je..lepas kau tengok gambar tu terus kau berubah" kata Siti yang sudah tahu mengenai itu. "Kau jangan risau lah apa yang ada dalam gambar kita tak boleh sama kan dengan yang realiti lain kalau aku nampak dia dengan perempuan tu.. Tu aku percaya.. Ok lah bye Assalamualaikum.. Thankyou tau" kata Wirdani yang terus memasuki perut kereta. "Sama-sama" kata Siti yang juga memasuki kereta nya juga. Ketika kereta Wirdani didepan lamu isyarat otak nya mula fikir pasal Daniel "Mama pernah cakap yang Daniel tak pernah bawah perempuan masuk dalam rumah.. Rumah tu pun dia beli masa.. Baru kahwin dengan aku.. Tak mungkin lah.. Aku yakin dia tak akan plbuat benda macam tu" bisik hati Wirdani.
Apabila lampu bertukar hijau Wirdani pun mula bergerak,Apabila sampai di rumah Wirdani dengar bunyi televisyen terbuka hati nya mula gembira tapi gembiranya hanya lah semestara saje. "Assalamualaikum" kata Wirdani yang berada di pintu sambil membuka kasut. "Waalaikumusalam hai" kata Fatihah yang sedang berada di atas sofa sambil melihat television. Wirdani yang kenal suara tu terus melihat empunya badan. "Apa kau buat dalam rumah ni?" kata Wirdani yang jalan masuk sambil melihat Fatihah. "Apa yang aku buat dalam rumah ni ye? Hmm.. Aku rasa kau faham kot kalau lelaki dengan perempuan dalam 1 rumah apa?" kata Fatihah yang sambil senyum sinis kepada Wirdani. "Mana Daniel?" kata Wirdani kepada Fatihah. "Dia ada dalam bilik tengah tidur kenapa?" kata Fatihah kepada Wirdani. Wirdani dengar Fatihah cakap terus dia pergi naik atas untuk melihat Daniel "Aku cadang kan baik kau jangan masuk sebab.. Kau faham kan tapi kalau kau nak masuk juga masuk lah aku dah tutup jangan risau" kata Fatihah yang melihat Wirdani.
Wirdani hanya berhenti tanpa berpaling kearah Fatihah dan terus menaiki tangga. Apabila Wirdani membuka pintu dia melihat Daniel sedang tidur dan selimutnya menutupi seluruh tubuhnya hingga ke bahu. "Astaghfirullah.." kata Wirdani yang terus menutup pintu. "Daniel apa kau dah buat Hah" kata perlahan Wirdani sambil menggenggam tangannya sambil diikuti oleh tangisan. Wirdani yang sudah terjatuh duduk sambil menutup mulut nya sambil menangis. "Aku percaya kau Daniel.. Aku percaya kat kau 100% Daniel kenapa kau buat aku macam ni... Aku benci kau Daniel.. Aku benci kau" kata Wirdani yang sedang nangis sekuat-kuat hatinya tanpa mengeluar kan bunyi. Dia betul-betul kecewa, Wirdani membuat keputusan untuk pergi ke biliknya dan mengemas barang-barang nya untuk keluar dari rumah ni.
Ketika Wirdani berada di dalam bilik nya dia terus mengemas pakaiannya dan terus turun ke bawah. "Kenapa terkejut ke apa yang dah berlaku? Kau jangan risau aku akan bahagia kan Daniel seperti yang kau ingin kan" kata Fatihah sambil memandang Wirdani. Wirdani terus memandangnya "Rumah ni sekarang milik kau dan Playboy tu sekali dan aku tak ada kena mengena dengan masalah korang" kata Wirdani yang terus pergi. Wirdani yang terus hidup kan enjin dan terus pergi dari situ sambil di teman tangisan yang deras. "Kenapa Daniel.. KENAPA DANIEL KENAPA MESTI KAU KECEWA KAN AKU.. KENAPA KAU BUAT SEMUA NI LEPAS KAU DAPAT CURI HATI AKU.. Ya Allah" kata Wirdani sambil Jerit didalam kereta.
Share this novel