BAB 57

Romance Completed 14733

"Wuak... Ehh apa lah bilik lelaki pilih warna Pink.. Pilih lah warna natural sikit.. Baru lah ada ketenangan.. Ini warna kelembutan... Patut lah lembik" kata Wirdani sendiri. "Kau kutuk aku kan?" kata Daniel kepada Wirdani. "Memang kun aku kutuk kau... Warna Pink yee... Not bad Daniel.. Aku tak sangka playboy-playboy macam kau ni minat warna kelembutan HAHAHAH..." Kata Wirdani ketawa tak ingat dunia. Daniel yang masih tidak dapat tangkap yang dicakap oleh Wirdani,Daniel mula mendekat kearah Wirdani untuk melihat benda yang di ketawakan oleh Wirdani. " APAKAH? kejap bila aku suruh mama aku pilih Warna Pink ni?.. Fikir Daniel.. Fikir Daniel" kata Daniel yang berulang-alik dari tadi. Wirdani mengambil beg nya untuk pergi bersihkan diri, Daniel yang masih tidak puas hati terus keluar tanpa memandang kearah Wirdani "Dasar Lelaki.. Pelupa" kata Wirdani sambil mengeling kepala nya dan berdiri untuk ke Bilik Mandi.

Ketika makan malam Wirdani duduk di sebelah Daniel "Cepat lah Wirdani makan!" bisik hatinya. "Kakak.. Nanti besok jom kita pergi bersenam kat Bilik tarian?" Kata Dahlia yang memulakan perbicaraan. "Ada bilik tarian ke?.. Kalau macam tu akak on ok" kata Wirdani kepada Dahlia. "Cun lah kakak.. Baru lah tak bosan.. Nak harap kan Abang-abang ni tak boleh harap.. Menari macam kayu menari.. Macam menari pokok pun ada" kata Dahlia yang ketawa yang diikuti mereka semua tapi tidah bagi Danish dan Daniel kerana malu. Ketika Daniel ingin tidur "Kau tidur mana?" kata Daniel kepada Wirdani yang sedang berada di luar biliknya nya "Pandai-pandai lah nanti aku nak tidur mana" Kata Wirdani yang sedang duduk bersila, menutup matanya dan tangannya berada di atas lutut.

"Hmm ok.. Assalamualaikum" kata Daniel kepada Wirdani. "Waalaikumusalam" kata Wirdani yang masih berada di situ. Wirdani yang masih duduk hanya memfokuskan keadaan sekeliling mendengar setiap yang berada di seketar nya pelbagai bunyi Wirdani dapat dengar seperti bunyi kenderaan dan bunyi cengkerik dan selain dari itu. Wirdani membuat perkara tersebut kerana ketika dia makan secara tiba-tiba muncul nama orang yang pernah masuk ke dalam hatinya. Ketika Wirdani menenangkan fikiranya secara tiba-tiba telefon Daniel berbunyi. "Hesh... Menganggu betol lah betina" kata Wirdani. Wirdani mula bangun dan mula datang dekat di sebelah Daniel dan Mengambil Telefon di atas meja di sebelahnya itu "Fatihah?" kata Wirdani sendiri.

Apabila Wirdani melihat nama itu dia mula tersenyum sinis. Wirdani mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu. Apabila Wirdani sudah menjawab dia mendengar dengan teliti "Hai Daniel... I nak minta maaf sebab buat You marah.. I janji lepas ni I tak akan buat benda yang macam tu.. Ok" kata Fatihah yang tergedik-gedik. "Assalamualaikum Hai Fatihah aku tak sangka kau mempunyai sifat yang masih sama yee" kata Wirdani yang sudah hilang sabar. "Kau siapa Hah.. Bagi Daniel telefon ni sekarang!" Jerit sedikit Fatihah kepada Wirdani. Wirdani yang mendengar terus menjauh kan telefon itu dan menekan telinganya "Boleh pekak aku dengar suara dia ni?" Bisik hati Wirdani. "Maaf lah yee... Daniel sekarang tengah tidur kat katil kita orang.. Dia penat tadi drive kereta,tu yang tidur awal tu.." kata Wirdani yang malas nak layan fatihah.

"Kau isteri dia kan.. Bagitahu aku SIAPA NAMA KAU..!" kata Fatihah yang jerit sekuat hati. "Nama aku yee hmmm? Siapa nama aku yee.. Ohhh yee nama aku adalah Nurul.. Nurul yang pernah kau gunakan untuk kau malukan aku depan semua orang... Kau ingat lagi tak?...tapi kan aku tak sangka lah kau still dengan Lutfi kan.." kata Wirdani kepada Fatihah. "ITU bukan masalah kau lah" kata Fatihah. "Ok lah bye good night Assalamualaikum" kata Wirdani yang terus mematikan telefon dan terus mengambil selimut nya dan bantal untuk tidur di luar. Setelah Wirdani membentangkan cadar tebal dia duduk di atas dan melakukan perkara yang sama. Setelah beberapa minit mata Wirdani mula berat dan terlelap di tempat nya.Pada keesokan harinya, Daniel terdengar bunyi azan subuh dia mengambil keputusan untuk bangun.

Apabila dia bangun Daniel melihat sebelahnya tiada Wirdani dan juga tiada di bawah, apabila Daniel ingin keluar untuk melihat Wirdani yang berada di jendela. Daniel memandang Wirdani yang masih tertidur "Heihh.. Perempuan ni.. Aku kena angkat dia ni nanti kalau mama masuk tengah keadaan bilik.. Mati aku nak jawab apa?" kata Daniel mula mengangkat Wirdani itu diletakkan di atas katil. "Beratnya perempuan ni!" kata Daniel yang telah meletakan Wirdani di atas katil. Daniel mula mengambil keputusan untuk pergi bersih kan diri setelah itu dia perlu mengejutkan Wirdani untuk solat. Wirdani yang telah terdengar bunyi didalam bilik air dia terus bangun dan melihat sekeliling "Bukan ke aku tidur kat luar tadi... macam mana boleh atas katil?" kata Wirdani sendiri,Daniel yang baru selesai mandi melihat Wirdani duduk di katil nya "Hoi.. Bangun cepat pergi mandi" kata Daniel kepada Wirdani.

Wirdani mula bangun dari tempat duduk dan terus menuju kearah Daniel "Bagitahu aku.. Macam mana aku boleh ada kat katil kau" kata Wirdani yang semakin dekat dengan Daniel "Ma..mana aku tahu tadi aku bangun aku tengok kau dah ada kat sebelah aku" kata Daniel kepada Wirdani walaupun didalam hatinya mula gelisah dengan kelakuan Wirdani yang tak tentu hala ni. Wirdani yang melihat Daniel yang basah kuyup terus bertanya "Kau... Dah ambik wudhu kan" kata Wirdani sambil senyum sinis kepada Daniel. "Ye kenapa.. Ka.. U Jangan main-main Wirdani kalau batal wudhu aku ni siap kau" kata Daniel yang cuba gertak Wirdani. "Aku tak tahu pulak lelaki jenis kau ni ada kelemahan yang baik... Good my Fusband.. Haha" kata Wirdani yang menepuk bahu Daniel 2 kali dan terus berjalan ke dalam bilik mandi.

Setelah Wirdani selesai bersih kan diri dia memakai telekung dan terus menunggu Daniel menghabiskan bacaan Al-Quran. Apabila Daniel selesai membaca Al-Quran mereka mula solat berjemaah, ketika Daniel membaca kan doa "Kenapa aku rasa aku dah kenal dia lama sangat.. Seolah-olah dia budak yang aku cari selama ni" kata hati Wirdani. Selepas itu, mereka berdua mengemaskan tempat solat tadi, Wirdani dan Daniel hanya diam sahaja dari mula solat hingga habis mengemas mereka berdua hanya memilih untuk mendiam kan diri, Ego. Setelah habis mengemas Wirdani keluar dari bilik Daniel malas nak layan karenah Playboy itu. Apabila Wirdani sampai ke bawah dia terdengar suara dari dapur yang sedang memasak "Ehh Wirdani dah bangun ke.. Awal lagi ni kan kenapa tak sambung tidur je" kata Mak Cik Yati.

"Tak apa lah saya tak biasa kalau tidur lepas solat ni nanti pukul 930 tu baru rasa mengantuk nya.. Ni makcik masak apa?" kata Wirdani yang mengubah topik. "Oh.. Nak masak nasi lemak.. Nanti nak masak sambal udang" kata makcik Yati kepada Wirdani. "Ohh kalau macam tu Wirdani masak lah sambal udang tu.. Lagi pun Wirdani memang suka udang masak sambal ni" kata Wirdani mula teringat dia memakan udang sambal. "Ehh.. Tak payahhh mak cik boleh buat sendiri.. Tap payah nak susah nanti tangan tu kasar nanti" kata Mak cik Yati yang betul-betul tak nak Wirdani buat. "Mak cik.. Kalau mak Cik nak tahu beza tangan orang masak dengan yang tak pernah masak adalah tangan nya... Bagi perempuan yang pandai masak tangan nya kan kasar sangat kalau orang tak pandai masak tangan nya lembut saje... Sekarang ni Tangan saya kasar jadi saya dah biasa masak ni "kata Wirdani yang masih tidak menyerah kalah.

" Ye lah kalau Wirdani cakap macam tu "kata Mak Cik Yati kepada Wirdani. Ketika Wirdani dan Mak Cik Yati memasak mereka berdua saling mencerita kan pengalaman mereka masing-masing. Datin Mawar yang melihat dari jauh tersenyum senang dia berasa lega dapat menantu yang memahami seperti Wirdani yang sangat periang. Apabila mereka semua sudah turun dari atas mereka "Wahh.Ada sambal udang lah..Mak Cik Yati masakmemang terbaik lah" kata Daniel yangmelihat hidangan di atas meja makan."Ohh udang tu bukan mak cik Yati yang masak Wirdani ni Hah yang masak,Sedap kan bau nya"kata mak cik Yati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience