Part 26.

Romance Completed 28900

Eryna menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia menangis semahunya. Terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis.

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Eryna menjeling sekilas ke arah skrin. Panggilan daripada Puan Sarimah itu dibiarkan tak berangkat.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Eryna menahan tangisannya dan terus menjawab panggilan itu.

" Hello. Assalamualaikum Eryn " .

" Waalaikumsalam mak " .

" Eryn okay? " soal Puan Sarimah.

Eryn diam seketika. Air matanya mengalir deras.

" Eryn? Kenapa ni? " soal Puan Sarimah.

" Eryn okay mak. Okay jer. Mak jangan risau ya ".

" Betul ni? Kalau ada masalah, Eryn cerita lah dengan mak. Mana tahu kalau-kalau mak boleh tolong " .

" Betul mak Eryn okay. Nanti ada masa Eryn datang rumah mak ya? " .

" Haa iyalah. Kirim salam pada Izham ya. Mak ada telefon dia tadi, tapi tak dapat. Jaga diri tu. Assalamualaikum".

Memanglah tak berangkat. Sibuk melayan 'cinta pertama' dia tu.

" Baik mak. Waalaikumsalam " .

Panggilan ditamatkan.

Eryna memeluk tubuhnya. Segala kenangan dia dan Izham bermain di fikirannya semula.

Tergamak Izham menghancurkan hatinya. Dalam sekelip mata hubungannya hancur. Mana janji-janji manis yang Izham taburkan dulu?

Penat menangis, Eryna terus terlena.

???

" Nad dah cerita semuanya dekat abang. Apa semua ni Izham? Kenapa kau buat perangai? " soal Abang Long.

Dia terus mengajak adiknya itu berjumpa apabila Nadia memberitahunya tentang Izham tadi.

Izham mengeluh perlahan.

" Entahlah bang. Am tak tahu " .

" Apa? Tak tahu kau cakap? Mak kalau tahu kau buat perangai macam ni, teruk kau dikerjakan. Kau bukan budak-budak Am " .

" Am sendiri tak sangka semua ni akan jadi. Abang tahu kan Farah tu cinta pertama Am " .

" Itu masa kau bujang Am. Sekarang ni kau dah kahwin. Farah tu masa lalu kau. Tak payah kembali lagi. Sekarang ni tugas kau, bahagiakan Eryna " .

Izham diam. Dia mati kata.

" Am, jangan sampai kau menyesal. Kau keliru dengan perasaan kau sendiri kan? " .

" Am tak berani nak hadap Eryn. Am tak sanggup tengok dia menangis " .

" Yang patut kau buat sekarang, putuskan hubungan kau dengan Farah. Kau minta maaf dengan Eryn. Jangan lukakan lagi perasaan dia. Jangan sampai kau menyesal Am " bahu Izham ditepuk perlahan.

Dia tahu adiknya itu sendiri keliru dengan perasaan dia.

" Dalam perkahwinan, kau akan diuji dengan kehadiran perempuan macam Farah tu. Keputusan semuanya terletak pada kau sendiri. Sama ada kau nak terus setia atau berpaling " pesan Abang Long lagi.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-06-23 09:21:52 

ish sakit plk hati dgn izham ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience