Part 11.

Romance Completed 28892

" So macam mana? " soal Nadia.

Eryna mengerutkan dahinya.

" Macam mana apa? " soalnya semula.

" Yelah macam mana rasa bila dah kahwin? Seronok tak? Ke rindu zaman anak dara dulu? " soal Nadia.

Eryna ketawa kecil.

" Sebenarnya dua-dua seronok. Tapi lagi seronok bila dah kahwin lah. Kongsi hidup dengan orang yang kita cintai, of course lah seronok kan " jawab Eryna.

Nadia mengangguk faham.

" So agak-agak bila boleh bagi aku anak buah ni? " .

Eryna menepuk perlahan lengan Nadia.

" Ish kau ni. Tak sabar-sabar. Aku baru jer kahwin " .

Nadia sudah bantai gelak. Sengaja dia mengusik sahabatnya itu.

" Oh ya aku lupa nak tanya kau Eryn. Masa majlis kau hari tu aku nampak seorang lelaki ni macam Hairi. Hairi ke tu? " .

Eryna mengangguk perlahan.

" Aku pun tak sangka dia akan datang. Terkejut jugak aku hari tu bila nampak dia " cerita Eryna.

" Izham tahu? " .

" Tahu. Aku dah ceritakan semuanya pada dia " .

" Baguslah tu. Sekurang-kurangnya dia tak adalah salah faham dengan kau " .

" Itulah. Lagipun perasaan aku pada Hairi tu dah lama hilang. Aku dah lupakan semuanya " .

" Eh nanti jangan lupa datang majlis bertandang aku tau " pesan Eryna.

" Insya Allah nanti aku datang " .

" Jangan lupa datang tau, nanti kalau kau tak datang siapa nak basuh pinggan mangkuk " gurau Eryna.

Nadia mencebikkan bibirnya.

" Dah aku nak sambung kerja. Layan kau, sampai bila tak habis " Eryna melangkah ke meja kerjanya.

Jarak meja kerjanya dan Nadia tidaklah terlalu jauh. Hanya selang beberapa buah meja sahaja.

???

Rumah batu Puan Sarimah dan Encik Samad riuh-rendah dengan suara saudara-maranya yang bergotong-royong menyiapkan persiapan majlis bertandang Izham dan Eryna.

Keluarga Puan Sarimah memang besar oleh kerana itu mudah sahaja jika ingin mengadakan apa-apa kenduri. Mereka semua akan membantu.

Izham juga mempunyai 5 orang adik-beradik. Seorang abang dan tiga orang kakak. Izham anak yang bongsu. Berbeza dengan Eryna yang hanya mempunyai dua orang adik-beradik sahaja.

Suasana rumah mereka juga berbeza walaupun tinggal di negeri yang sama. Keluarga Eryna tinggal di tengah-tengah bandar. Manakala Izham pula di kampung.

Eryna seronok dapat merasai sendiri suasana di kampung. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah duduk di kampung.

Nenek dan datuknya sudah lama tiada. Jadi setiap kali hari raya mereka akan merayakannya di rumah sendiri sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience