Part 12.

Romance Completed 28892

Eryna membantu kakak-kakak Izham menghias pelamin. Mereka tidak menyewa mana-mana pelamin kerana kakak-kakak Izham sendiri yang menawarkan diri untuk menghias pelamin sendiri.

" Cantiknya kak. Eryn suka sangat " kata Eryna teruja.

" Mestilah cantik, tengoklah siapa yang buat " jawab Kak Ngah.

Kak Lang dan Kak Cik sudah mencebikkan bibirnya. Eryna ketawa. Ada-ada sahaja kakak-kakak iparnya itu.

Eryna rasa beruntung kerana memiliki kakak-kakak ipar yang baik. Yang boleh dijadikan kawan.

" Eryn seronok atau rasa tak selesa kat sini? " soal Kak Cik.

Dari tadi dia melihat senyuman di bibir Eryna. Mana tahu kalau-kalau gadis itu senyum terpaksa sahaja.

" Eh tak adalah kak cik. Eryn suka sangat-sangat. Eryn tak pernah rasa suasana macam ni seumur hidup Eryn. Seronok sangat " jawab Eryn ceria.

Mereka bertiga tersenyum melihat Eryna. Lega mereka mendengarnya.

" Sayang " panggil Izham.

Eryna menoleh.

" Sibuk betul lah dia ni. Orang nak pinjam bini dia sekejap pun tak boleh" kata Kak Lang.

" Biarlah " Izham mengejek.

Eryna hanya ketawa.

" Kenapa abang? " soalnya.

" Rindu " jawab Izham mengada.

Kakak-kakaknya sudah mencebik. Kak Cik membuat gaya hendak muntah.

" Ish abang ni. Mengada lah " bahu Izham dipukul perlahan. Merah mukanya kerana malu.

" Jom ikut abang " ajak Izham.

" Pergi mana? " soal Eryna.

" Ala jom lah. Ikut jer " .

" Tapi Eryn nak tolong siapkan pelamin ni dulu " .

" Takpa. Kak Ngah, Kak Lang dengan Kak Cik ada " .

" Tapi... " .

" Tak ada tapi-tapi. Jom ikut abang " tangan Eryna ditarik.

" Am ambil bini Am balik ea kak " aemla

Part 12.

" Am ambil bini Am balik ea kak " sempat Izham berpesan sebelum dia berlalu menarik Eryna pergi daripada situ.

Kakak-kakaknya hanya menggelengkan kepala.

???

Izham membawa Eryna ke sebuah pangkin yang terletak di sebelah rumahnya.

" Kenapa abang bawak Eryn kat sini?" soal Eryna.

" Tak ada sebab " jawab Izham selamba.

Eryna mengerutkan dahinya.

" Abang, lebih baik Eryn tolong kakak-kakak abang siapkan pelamin tu " .

" Alah biarlah dia orang buat. Eryn temanlah abang kat sini " .

" Mengadanya dia ni " .

Izham ketawa kecil. Dia menggengam erat tangan Eryna.

" Terima kasih Eryn. Terima kasih sebab sudi terima abang seadanya. Abang nak Eryn tahu, abang sayang Eryn sangat-sangat. Dalam hati abang cuma Eryn yang ada. Tak ada yang lain " .

Eryna tersenyum mendengar luahan Izham.

" Eryn pun. Eryn cuma sayang abang seorang jer " jawabnya.

" Amboi pengantin baru, berasmara dekat pangkin tu pulak ya " tegur Puan Sarimah dari kejauhan.

Eryna dan Izham tersentak mendengar suara nyaring Puan Sarimah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience