Part 24

Romance Completed 28892

" Eryn, kau okay tak? " soal Nadia.

Risau melihat sahabatnya itu.

" Okay " Eryna mengangguk perlahan.

" Eryn, aku ajak kau shopping ni sebab nak hilangkan stress kau. Hilangkan kesedihan yang ada dalam hati kau sekarang ni. Kau kawan baik aku Eryn, aku tak nak tengok kau terluka " .

" Aku tahu Nad. Terima kasih. Jom cari barang kau " ajak Eryna.

Biarpun hatinya kini bagaikan ribut taufan yang melanda dia harus menujukkan pada Nadia dia kuat. Biarlah segala rasa dia yang menanggungnya sendiri.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam sebuah butik muslimah.

" Selamat datang cik berdua " ucap seorang perempuan sebaik mereka berdua masuk.

" Terima kasih " jawab Nadia.

Eryna hanya tersenyum kelat.

" Cik nak cari apa ya? " soal gadis itu.

" Saya nak cari jubah yang simple tapi cantik untuk majlis pertunangan saya" beritahu Nadia.

" Oh ya. Ada cik. Mari ikut saya " .

Nadia dan Eryna mengikuti langkah gadis itu.

Mata Eryna melilau memerhatikan baju-baju di butik itu. Semuanya cantik-cantik.

" Nad, aku nak pergi tengok kat bahagian tudung sekejap ya " .

Nadia mengangguk.

" Okay " .

Eryna terus melangkah ke bahagian tudung. Dia membelek-belek shawl yang pelbagai warna pastel.

Beberapa helai shawl menjadi pilihannya.

" Cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu? " soal seorang gadis.

Eryna menoleh apabila disapa.

" Saya nak cari blouse yang trending zaman sekarang " beritahu Eryna.

Farah terkejut melihat perempuan di hadapannya itu. Isteri Izham?

" Awak " panggil Eryna.

Farah tersentak daripada lamunannya.

" Sorry. Jom saya tunjukkan blouse hot selling kat sini " .

Eryna mengangguk.

Selesai membuat pembayaran Nadia duduk di kerusi yang disediakan sementara menanti Eryna membuat pembayaran.

Matanya tertangkap seseorang. Dia seperti pernah melihat gadis itu sebelum ini.

Nadia baru teringat. Gadis itu lah yang dia nampak bersama dengan Izham tempoh hari.

Dia bingkas bangun lalu melangkah ke arah gadis itu.

" Ya cik? " soal Farah.

" Awak kenal Izham? " soal Nadia dingin.

Farah sudah terdiam.

" Jawablah. Awak kenal Izham tak? " soal Nadia sekali lagi.

Kali ini suaranya ditinggikan sedikit.

Pucat wajah Farah. Dia mengangguk perlahan.

" Oh jadi betul lah awak ni orang ketiga dalam hubungan Eryna dan Izham? Dasar perosak rumah tangga orang betul lah! " tengking Nadia.

Eryna terkejut mendengar suara Nadia. Dia segera meluru ke arah Nadia dan Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience