Part 31

Romance Completed 28892

" Sedap? " soal Izham.

Sejak daripada tadi dia hanya memerhati Eryna menikmati ais krim dengan penuh berselera.

Eryna mengangguk kecil.

" Terima kasih sebab tolong belikan. Maaflah kalau saya menyusahkan awak. Ganggu tidur awak semata-mata nak makan ais krim " .

" Eryn, Eryn tak perlu minta maaf. Itu memang tanggungjawab abang sebagai seorang suami. Biasalah orang pregnant kan mengidam macam-macam. Abang faham " .

" Lepas ni saya tak akan menyusahkan awak lagi " .

" Eryn kenapa cakap macam tu? Eryn tak pernah menyusahkan abang pun".

Eryna hanya diam.

" Eryn, abang betul-betul menyesal dengan apa yang abang pernah buat pada Eryn. Sekarang ni abang dapat balasan, abang akan kehilangan orang yang abang cinta " .

" Tapi takpalah. Eryn dah izinkan abang untuk jaga Eryn sampai Eryn bersalin pun dah cukup buat abang gembira " sambung Izham lagi.

Ada getar pada suaranya.

" Saya masuk bilik dulu. Mengantuk " .

Izham mengangguk faham. Dia tahu Eryna tidak suka dia berbincang mengenai hal itu.

Eryna terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Air matanya terus mengalir laju. Eryna bersandar pada pintu bilik. Perlahan-lahan dia terduduk sambil memeluk tubuh.

Dia sendiri tidak rela berpisah dengan Izham tapi entah mengapa dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah dengan Izham.

Izham bersandar di balik pintu bilik Eryna. Sungguh dia terlalu rindukan Eryna yang dulu. Namun dia tidak boleh salahkan Eryna. Dia yang memulakan semua ini.

Andai sahaja dia tidak berpaling pada Eryna pasti semua ini tidak akan terjadi.

???

Tok...tok..

" Masuk " sahut Farah daripada dalam bilik.

Syafa memulas tombol pintu bilik Farah. Dia terus melangkah masuk.

Farah menoleh ke muka pintu.

" Syafa ganggu ke? " soal Syafa.

" Eh tak adalah Syafa. Farah tak buat apa pun " .

Syafa mengambil tempat di sebelah Farah.

" Farah okay? " soalnya prihatin.

Farah mengangguk perlahan.

" Farah okay " .

" Syafa minta maaf. Disebabkan Syafa semua benda ni jadi. Kalau lah Syafa tak jumpa Izham mesti Farah tak akan mengharap lagi pada Izham dan rumah tangga Izham pun tak akan retak " .

" Benda dah nak jadi Syafa. Farah tak salahkan Syafa pun. Mungkin ini ujian untuk Farah " .

" Berdosanya Syafa sebab runtuhkan masjid orang. Tak pernah Syafa fikir pun perasaan isteri Izham " air matanya mengalir perlahan.

" Syafa semua orang pernah buat silap. Kita sama-sama salah. Sekarang ni, kita sama-sama doakan supaya rumah tangga Izham dan Eryna kekal selamanya. Nanti kita jumpa Eryna, kita minta maaf ya? " .

Syafa mengangguk. Dia terus memeluk Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience