Part 15.

Romance Completed 28892

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Izham dan Eryna juga sudah menukar baju mereka.

Izham hanya memakai tshirt lengan pendek berwarna hitam dan seluar track. Eryna pula memakai tshirt lengan panjang berwarna hitam dan seluar palazzo. Tudung pula dia hanya memakai tudung sarung sahaja.

Tetamu dan saudara-mara yang jauh sudah pun pulang. Hanya tinggal sepupu sepapat Izham sahaja.

" Pengantin baru, mari sini. Ada kerja untuk kau orang " panggil Abang Long.

Eryna terpinga-pinga.

" Ada apa bang long? " soal Izham.

" Mari lah sini. Banyak pulak budak ni lah " jawab Abang Long.

Izham memandang sekilas ke arah Eryna. Lalu dia dan Eryna melangkah ke arah abang long.

" Nampak periuk belanga ni? " soal Abang Long.

" Nampak " jawab Eryna lurus.

" Jap jap. Jangan cakap abang nak suruh kita orang sental semua periuk ni " Izham seakan dapat mengagak apa yang bermain di fikiran abang long nya.

Abang Long tersenyum nakal. Dia mengangguk perlahan.

" No. Abang long apa ni? " soal Izham.

" Ehh jangan nak 'no' sangat ea. Basuh sekarang. Basuh bersih-bersih. Periuk ni pakai untuk majlis kau orang. Kau orang lah yang kena basuhkan. Jangan nak mengada ea " .

" Banyak ni bang long. Ada satu...dua...tiga..lima? Ada lima bang long " Izham menghitung jumlah periuk belanga itu.

" Eryn okay kan? Tak kisah kan? " soal Abang Long pada Eryna.

Eryna mengangguk.

" Okay. Boleh jer. Tak ada masalah " jawab Eryna.

Izham menepuk dahinya. Aduh kenapalah lurus sangat isterinya ini.

" Haa dengar tu Am, Eryn okay jer. So selamat membasuh lah ya. Basuh bersih-bersih. Sampai berkilat tau " pesan Abang Long sebelum berlalu.

Izham mengeluh perlahan.

" Jom abang kita basuh " ajak Eryna.

" Ni semua Eryn punya pasal. Cakaplah tak nak. Penat ke apa ke " rungut Izham.

" Tapi kan tak baik menipu " jawab Eryna selamba.

" Abang tak suruh Eryn menipu pun. Cakap jer tak nak tadi " .

" Alah abang ni. Apa salahnya kalau kita basuh pun. Lagi pun periuk ni kan guna untuk majlis kita tadi. Kesian yang lain, mesti dah penat daripada kelmarin siapkan semua persiapan " .

Izham tersenyum.

" Kenapa abang senyum? " soal Eryna.

" Tak ada apa lah. Dah jom basuh. Abang basuh dua, Eryn basuh tiga ea".

" Mana aci kalau macam tu " bantah Eryna.

" Aci tak ada. Aci kat india " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience