Part 27.

Romance Completed 28892

Izham menolak pintu bilik yang tertutup. Matanya tertumpu pada Eryna yang sedang lena di atas katil.

Dia mendekati isterinya itu. Tadi lepas berjumpa dengan Abang Long, dia singgah di rumah keluarganya. Pedih telinganya mendengar bebelan Puan Sarimah. Dia terus menghantar pesanan ringkas pada Farah supaya jangan menganggunya lagi.

Jatuh kasihannya melihat wajah polos Eryna. Dia menarik bingkai gambar yang berada di dalam pelukan Eryna. Gambar perkahwinan mereka.

Izham dibayangi rasa bersalah dan kesal. Kenapalah begitu mudahnya dia berpaling pada Eryna.

Tanpa disedari air mata lelakinya mengalir perlahan.

" Maafkan abang Eryn. Maafkan abang sebab dah hancurkan hati Eryn. Abang janji tak akan sakitkan hati Eryn lagi. Maafkan abang sayang. Abang menyesal " .

Eryna tersedar daripada lenanya. Dia membuka mata.

" Eryn dah bangun? " Izham mengesat air matanya.

" Awak nak apa? " soal Eryna dingin.

" Eryn abang minta maaf. Maafkan abang. Abang tak sedar abang dah lukakan hati Eryn. Maafkan abang. Beri abang peluang " rayu Izham.

" Baru sedar semua tu? Hakikatnya awak dah pun sakitkan hati saya. Takpalah saya undur diri. Awak lepaskan saya. Lepas tu awak nak kahwin dengan perempuan tu, kahwinlah. Saya dah tak kisah " .

Izham tersentak.

" Eryn tak Eryn. Abang tak akan lepaskan Eryn. Tolong jangan cakap macam tu. Abang tak akan kahwin dengan dia. Abang janji tak akan sakitkan hati Eryn lagi. Tolong beri abang peluang " .

" Jangan berjanji kalau awak sendiri tak pasti sama ada awak boleh tunaikan janji awak tu. Apa pun alasan awak, saya tetap nak awak lepaskan saya. Saya dah tawar hati " .

" Eryn tolonglah jangan buat abang macam ni. Abang sayangkan Eryn. Abang tak nak lepaskan Eryn. Jangan buat abang macam ni Eryn " rayu Izham bersungguh-sungguh.

" Waktu awak menduakan saya ada awak fikir perasaan saya waktu tu? Ada? Tak. Awak tak pernah langsung fikir. Yang awak fikir diri awak jer " .

" Eryn maafkan abang. Abang betul-betul menyesal. Abang keliru dengan perasaan abang sendiri. Maafkan abang sayang " .

" Dah lah Izham. Tak guna awak minta maaf. Beribu kali awak ucap maaf pun tak kan dapat sembuhkan balik hati saya yang awak dah lukai " Eryna turun daripada katil.

" Eryn... " panggil Izham lembut.

Dia sudah tidak tahu lagi bagaimana cara untuk memujuk Eryna. Eryna sudah tawar hati dengannya.

Eryna membelakangi Izham. Air mata yang ditahan mengalir juga. Sejujurnya dia juga tidak mahu berpisah dengan Izham. Tapi hatinya terlalu sakit dengan perbuatan Izham.

Eryna terus berlalu keluar daripada bilik itu. Izham terduduk lemah di birai katil.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-06-23 09:24:58 

hah padan muka kau izham. memang patut pun erynna tawar hati dgn kau.


NovelPlus Premium

The best ads free experience