Part 25.

Romance Completed 28900

" Nad, kenapa ni? " soal Eryna.

" Perempuan ni lah perosak hubungan kau dengan Izham. Dia lah yang aku nampak dengan Izham masa tu " cerita Nadia.

Eryna terkejut. Patulah Farah nampak peli sahaja tadi.

" Awak lah cinta pertama Izham? " soal Eryna.

Farah mengangguk perlahan.

" Maaf Eryna saya tak niat langsung untuk jadi perampas. Saya... " .

" Tapi awak dah pun jadi perampas! Awak dah hancurkan hubungan saya dan Izham. Awak dah jadi perampas " hambur Eryna.

Dadanya turun naik menahan marah. Ikutkan perasaannya mahu saja dia menampar muka Farah. Dasar tak tahu malu merampas hak orang.

" Eryna, awak bertenang jangan marah-marah. Kita selesaikan baik-baik " sampuk Syafa.

" Kau diam! Kau jangan masuk campur " marah Nadia.

" Maafkan saya Eryna " itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Farah.

" Tergamak kan. Tergamak awak jadi perampas suami orang. Awak perempuan sepatutnya awak faham apa yang saya rasa. Awak letakkan diri awak kat tempat saya. Perempuan macam awak ni lah yang musnahkan sendiri kaum perempuan. Seronok ya jadi perampas kebahagiaan orang? " .

" Eryna, awak tak boleh salahkan Farah seorang. Kalau bertepuk sebelah tangan, semua benda ni tak akan jadi. Kenapa awak nak salahkan Farah seorang. Habis Izham tu, tak salah? " bantah Syafa.

Farah sudah tunduk. Air matanya mengalir deras.

" Eh kau jangan nak masuk campur lah perempuan. Kau letakkan diri kau dekat tempat Eryn. Boleh kau bertahan? Kau boleh redha bila suami kau curang? Jawab lah! " tengking Nadia.

Sakit pula hatinya.

" Syafa sudah " Farah menggenggam erat tangan Syafa.

" Tapi Farah.. " .

" Jangan lupa, dunia ni berputar. Tak sentiasa awak dekat atas. Ambil lah Izham kalau itu yang awak nak kan. Saya redha andai jodoh saya dengan dia tiada. Mungkin dah takdir kebahagiaan saya dirampas oleh perempuan macam awak " .

Farah terdiam.

" Eryna bukan maksud saya untuk merampas kebahagiaan awak. Tolong dengar penjelasan saya dulu " .

Eryna menggelengkan kepalanya.

" Cukup. Cukuplah saya dah tak nak dengar lagi apa-apa alasan awak. Yang pasti awak memang perampas suami orang. Kifarah tu ada, ingat tu " Eryna terus berlalu keluar daripada butik pakaian muslimah itu.

Tidak betah lagi dia mahu berlama-lama di situ. Hatinya sudah cukup hancur. Nadia mengejar langkah Eryna.

Farah terduduk di atas sofa. Dia meraup wajahnya.

" Ya Allah Syafa, apa yang Farah dah buat ni? Farah dah hancurkan perasaan kaum sendiri semata-mata demi kepuasan diri " .

Syafa diam. Dia mengusap belakang Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience