Part 32

Romance Completed 28892

Esok malam akan diadakan kenduri kesyukuran di rumah Puan Sarimah. Oleh itu Izham dan Eryna pulang ke kampung.

Pagi-pagi lagi mereka sudah bertolak ke sana. Walaupun rumah mereka tidaklah terlalu jauh, namun mereka datang awal kerana banyak persiapan yang perlu disiapkan.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam ha dah sampai pun menantu mak ni " Puan Sarimah terkocoh-kocoh mendapatkan Eryna.

Dia memeluk erat tubuh menantunya itu.

" Mak sihat? " soal Eryna ramah.

" Alhamdulillah mak sihat. Eryn macam mana? Ni baby dalam perut okay tak? " .

" Alhamdulillah Eryn okay jugak. Baby pun okay " .

" Dah jom masuk. Kita sarapan sama-sama " ajak Puan Sarimah.

Dia menarik tangan Eryna melangkah masuk ke dalam rumah.

" Mak, sampai hati lupa dekat Am " .

Langkah Puan Sarimah dan Eryna terhenti. Mereka berdua menoleh ke arah Izham.

" Alah Am mak rindu dengan Eryn. Am pandai-pandai lah bawak diri ea ".

Izham mencebikkan bibirnya. Eryna tersenyum kecil.

Izham gembira melihat senyuman manis Eryna. Sudah lama bibir itu tidak menguntumkan senyuman.

???

" Eryn masih alahan ke? " soal Puan Sarimah.

" Masih lagi mak. Dulu awal-awal lagi teruk, tapi sekarang dah okay sikit " jawab Eryna.

Puan Sarimah mengangguk faham.

" Biasalah kan. Lagi-lagi anak sulung. Tapi mak dulu waktu mengandung kan yang lain, okay jer. Tapi bila mengandung kan Izham, teruk betul alahan nya. Sampai bau ayah kau pun mak tak boleh terima " cerita Puan Sarimah.

Eryna ketawa mendengarnya.

" Nasib baiklah Eryn tak macam tu mak. Kalau tak kesian dekat Am, tak boleh dekat-dekat dengan Eryn " sampuk Izham.

Eryna menjeling sekilas ke arah Izham. Dia perli aku ke?

" Ada-ada jer lah Am ni " .

Puan Sarimah bersyukur rumah tangga anaknya itu masih dalam keadaan baik.

Namun dia tahu Eryna masih terluka. Dia perempuan, dia tahu apa yang Eryna rasakan.

???

" Hai Eryn " sapa Haris.

Eryna menoleh ke arah Haris.

" Eh Haris. Bila sampai Melaka? " soalnya.

" Baru jer. Eryn sihat? " .

" Alhamdulillah sihat " .

" Dah pregnant ya sekarang. Baby sihat? " .

Eryna tersenyum kecil.

" Baby pun sihat " .

" Eryn nak makan durian tak? Kat dusun banyak durian baru gugur " .

" Wah sedapnya durian. Nak " Eryna mengangguk.

Kebetulan tekaknya benar-benar teringin menikmati buah itu.

" Eryn tunggu kat rumah jer ea. Bahaya kat dusun tu. Buah tengah gugur sekarang ni, nanti tak pasal-pasal buah jatuh atas Eryn " .

" Okay. Terima kasih tau Haris " .

" Sama-sama " .

Izham yang baru sahaja keluar daripada bilik panas hati mendengar perbualan mereka. Sepupunya itu tidak habis-habis mahu memikat Eryna.

" Eryn kalau nak makan durian biar abang yang pergi kutip kat dusun. Tak perlu susahkan orang lain " Izham terus mencapai kunci motorsikal ayahnya dan berlalu keluar daripada rumah.

Eryna dan Haris terpinga-pinga di situ.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-06-23 09:33:21 

ha tahu pun cemburu


NovelPlus Premium

The best ads free experience